Jumaat, 20 Ogos 2010
AWAS SELANGOR! TAZKIRAH POLITIK SUDAH BERMULA!
Mc baru dapat berita ni dari blog Pemuda Selangor. Dah lama Mc tunggu berita ni muncul, akhirnya muncul juga. Ingatkan Badrul Amin gertak hangat-hangat taik ayam je, rupanya ada juga juaknya yang betul-betul buat tazkirah politik. Baca dibawah,
RAWANG - Pemuda UMNO Bandar Tasik Puteri (BTP) menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat unsur ceramah politik dalam masjid BTP.
Ketua Pemudanya,Mohd Khairuddin Hanapah berkata, penyampaian tazkirah di Masjid BTP oleh seorang pimpinan setempat Ahad lalu didapati tidak selari Garis Panduan Tazkirah Ringkas Bulan Ramadan Tahun 1431H/ 2010M ditetapkan.
“Jika merujuk garis panduan itu, tazkirah disampaikan tidak sepatutnya mempertikaikan kepimpinan Kerajaan Pusat berhubung isu judi bola dan perlesenan yang dikaitkan dengan pimpinan negara.
“Antara contoh, penyampai tazkirah hendaklah terdiri daripada mereka mempunyai tauliah daripada Jais, tidak menyentuh masalah khilafiah, politik kepartian dan peribadi seseorang samada yang hidup atau mati,” katanya.
Khairuddin berkata demikian selepas laporan polis dibuat berhubung penyampaian tazkirah oleh Pemuda Pas Kawasan Selayang, Zaidy Abdul Talib, malam Ahad lalu. - sambung baca Pemuda Selangor
Bodoh betul la puak-puak Pakatan Haram ni. Orang pergi masjid nak buat amal ibadat, nak tambahkan pahala. Tapi diorang ni saja nak dosa 'kering' supaya semua 'makmum' dapat dosa bawak balik rumah sorang sikit. Apa kata lepas ni kita pergi masjid bawak 'handphone' jika ada kes macam ni, kita rakam lepas tu lapor kat polis dan Jais, amacam? Ada berani ke?
MctHeory:
Demi untuk mempertahankan kesucian agama dari dipergunakan, tak salah kalau kita buat perkara macam ni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan