Jumaat, 20 Ogos 2010

BUKTI KERAJAAN PAS KEDAH 'MELEBURKAN' WANG RAKYAT KEDAH!



Kulim Hi-Tech Park, yang menempatkan Pelaburan Langsung Asing dahulunya adalah sebuah projek kebanggaan dan dianggap lubuk emas oleh Kerajaan Negeri.

Namun, kini Kulim Hi-Tech Park adalah penggali lombong emas kerana asyik menghabiskan wang negeri tanpa membawa apa-apa pelaburan baru.


Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di bawah teraju Dato’ Ahmad Shukri Tajuddin, mantan Ketua Eksekutif Kulim Technology Park Corporation (KTPC) yang menjadi pengurus projek telah berjaya membawa masuk RM23 billion pelaburan asing sejak beroperasi pada tahun 1996.

Projek ini telah berjaya mendapat anugerah antarabangsa antaranya 4th Asia’s Top Business, Industrial & Technology Park, 2nd Top Asian High Technology Park dan Fiabci Property Award of Distinction 2003 (Industrial Category).

Setelah PAS mengambil alih negeri Kedah, Ustaz Azizan, MB Kedah telah melantik suami kepada sepupunya iaitu Tuan Haji Muhammad Sobri Osman, sebagai Presiden KTPC dan secara langsung memberi tekanan kepada Dato’ Ahmad Shukri sehingga membawa kepada perletakkan jawatan.

Sobri mempunyai ijazah Elektronik Engineering dan jawatan terakhirnya adalah HR-Training & Development di Renesas. Pastinya, kelayakan dan pengalamannya amatlah tidak bersesuaian dan tidak layak untuk menerajui syarikat pelaburan langsung asing bertaraf global seperti KTPC.

Akibatnya, selama 6 bulan lebih setelah Sobri memegang jawatan tersebut pekerja-pekerja KTPC hidup dalam ‘gelap’ kerana tidak tahu arah tuju dan apa yang perlu dilakukan. Memo-memo dan surat senyap sepi bila masuk ke bilik Sobri.

Sobri, kononnya ditugaskan untuk mengawal dan mengorek ‘sampah’ kerajaan BN di KTPC terutamanya Dato’ Shukri. Maka, itu sajalah yang cuba dibuat oleh Sobri iaitu menghabiskan masa cuba memastikan siapa UMNO dan siapa PAS agar boleh disoal siasat bagi mendapat maklumat yang boleh digunakan untuk mengenakan pengurusan lama.

Sobri juga tidak mahu menerima tunjuk ajar dari orang lama. Apabila mereka cuba memberi taklimat berkenaan latar belakang projek, Sobri pantas menolak dan menyatakan yang semua itu membuang masa.

Sobri lebih suka berbual kosong di dalam mesyuarat. Malah, ada juga rungutan yang Sobri bersikap ‘gatal’, yang mana amat sinonim bagi lelaki-lelaki PAS.

Pekerja-pekerja yang telah terbiasa bekerja secara professional di bawah Dato’ Shukri mengalami kejutan budaya kampung PAS yang dibawa oleh Sobri.

Sobri kemudian melantik orang-orang baru bagi menjawat jawatan penting. Tetapi Sobri mengekalkan dan memberikan lebih kuasa kepada Annuar Mohd Saffar, seorang Pengurus Besar sedia ada, kerana Annuar diketahui ramai sebagai penyokong kuat PKR.

Annuar Mohd Saffar sebelum ini pernah bekerja di Teknologi Park Malaysia tetapi dinasihatkan berhenti kerana terlibat dengan korupsi.

Malah apabila diberi peluang kedua oleh Dato’ Shukri untuk menerajui anak syarikat KTPC, iaitu Kulim Technology Managementm(KTM), Annuar telah sekali lagi dibuktikan korup.

Lembaga Pengarah KTM telah menghantar surat tunjuk sebab kepadanya tetapi entah bagaimana nasib menyebelahinya bila PAS mengambil alih ketika kes tersebut belum lagi selesai.

Annuar telah lama mengidamkan jawatan Dato’ Shukri, dan ini bukanlah rahsia di kalangan pekerja KTPC. Dia memusuhi Dato’ Shukri dan disyaki terlibat menghantar SMS layang bagi menjatuhkan Dato’ Shukri sebelum ini.

Annuar juga seorang yang bongkak dan tidak boleh ditegur. Bukan rahsia juga bagaimana dia berdendam dan sengaja menyusahkan hidup orang bawahan yang pernah menegur kesilapan dalam suratnya.

Maka, bila Sobri memberi kuasa kepadanya, dia pantas memastikan pekerja tersebut ‘dibuang’ atas tuduhan korup. Tuduhan ini tidak pernah dibuktikan tetapi Sobri tetap menurut cakap Annuar.

Beberapa kakitangan pengurusan serta bekas kakitangan yang ditelefon oleh Sobri telah mengemukakan bukti berkenaan dengan korupsi Annuar dan menasihatkan Sobri agar lebih berhati-hati.

Sobri, bagaimanapun tidak mengendahkan nasihat mereka dan terus memberi sepenuh kepercayaan kepada Annuar.

Namun, semua bukti dan saksi yang ditemuduga dalam siasatan korupsi yang diterajui Sobri telah menjurus kepada salah laku Annuar Saffar semata-mata. Akibatnya, Sobri termalu dan mengambil keputusan mendiamkan saja hasil siasatan tersebut dan berlagak seolah-olah siasatan belum selesai.

Sobri kemudian melantik seorang pegawai bank bernama Awang Hashim sebagai Vice President (Finance). Seperti juga Sobri, Awang tidak layak untuk mengurus kewangan syarikat korporat seperti KTPC kerana Awang hanyalah seorang pegawai rendah Bank Hong Leong sebelum ini.

Awang tidak mampu memahami akaun pelaburan langsung asing dan menyebabkan pekerja bawahan di Bahagian Kewangan pening kepala. Awang juga dikatakan bongkak serta sering menggunakan kuasanya untuk memilih vendor dan kontraktor tanpa melalui prosedur.

Jika dahulu Dato’ Shukri mengadakan misi pelaburan 1 – 3 kali setahun tetapi kini, Sobri dan Annuar Saffar serta kuncu-kuncunya keluar negara hampir setiap bulan tanpa membawa masuk apa-apa hasil.

Di bawah adalah jadual keluar negara mereka bagi Jun hingga Disember 2010:

Country City Exhibition From To
Malaysia K Lumpur MIHAS 23-Jun 27-Jun
Australia Cairns AABI/BAIA 12-Sep 15-Sep
Russia Moscow CeMAT 28-Sep 1-Oct
Germany Hannover Biotechnica 5-Oct 7-Oct
Malaysia K Lumpur PSMB 19-Oct 20-Oct
USA Las Vegas AAPEX 2-Nov 4-Nov
USA Orlando I/ITSEC 29-Nov 2-Dec
India Ooty APIN Workshop 29-Nov 1-Dec
France Paris Maritima 8-Dec 11-Dec
France Paris Microbiota 14-Dec 15-Dec

Jadual Januari – Jun 2010 juga tidak jauh berbeza dari di atas. Bayangkan berapa ratus ribu yang dibelanjakan oleh syarikat ini sejak PAS mengambil alih negeri?

Di bawah pula adalah perkembangan pelaburan di KHTP. Lihat apa yang terjadi sejak PAS mengambil alih Kedah pada 2008:

Di era Dato’ Shukri, misi pelaburan selalunya diadakan bersama dengan MIDA bagi memastikan keberkesanannya kerana pelabur asing lebih mudah membuat keputusan apabila pihak kerajaan pusat ada bersama.

Ini bagi mengelak lawatan keluar negara yang sia-sia kerana setiap lawatan memakan perbelanjaan puluhan ribu bagi mengadakan seminar, expo dan perbincangan-perbincangan berasingan dengan pelabur yang berpotensi.

Namun, di bawah Sobri dengan nasihat Annuar Saffar, misi pelaburan dan lawatan keluar negara tetap dilakukan walaupun secara bersendiri meskipun dilihat tidak mampu membawa hasil.

Lebih buruk, walaupun pelaburan KHTP menjunam, Sobri tidak lupa untuk menaikkan gajinya sehingga 15%. Gaji terakhir Dato’ Shukri adalah RM15,000 dan Sobri mengambil alih dengan menaikkan gaji Presiden sehingga RM22,000.

Kenaikan yang tinggi diberikan kepada ‘orang-orangnya’ manakala En. Zulkefli, Pengurus Besar (Development) yang telah lama berkhidmat iaitu sejak penubuhan KTPC lagi, diberi kenaikan paling sedikit iaitu RM1000 kerana dianggap sebagai orang UMNO/Dato’ Shukri.

KTPC kini bukan lagi pusat pelaburan langsung asing negeri Kedah tetapi merupakan pusat dakwah dan ceramah politik PAS. Saban minggu pasti ada tazkirah dan program-program agama berbaur politik yang diadakan di pejabat tersebut.

Kalau dulu KTPC sering menerima lawatan dari pihak yang berpotensi untuk melabur tetapi kini, pelawat terdiri dari lebai-lebai PAS yang entah apa tujuannya.

Mereka ini merasa hebat agaknya apabila rakan dari PAS dapat menduduki kerusi korporat sehinggakan ada kes di mana mereka menengking kakak pembuat air, sesuatu yang tak pernah berlaku sebelum ini.

Selain itu, antara yang tidak pernah berlaku di KHTP ialah masalah bekalan air sehingga pelabur-pelabur mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri tahun lepas. Masalah air yang melanda telah mengakibatkan pelabur kerugian sebanyak RM53 juta ringgit.

Tidak tahan dengan suasana kekampungan dan memalukan, ramai pekerja peringkat pengurusan atasan KTPC mengambil keputusan untuk meninggalkan KTPC.

Ada diantara mereka yang menyertai Dato’ Shukri di Senai Hi-Tech Park yang kini sedang rancak menerima pelaburan walaupun baru setahun jagung beroperasi.

Langsung tidak merasa tercabar, jauh sekali merasa malu dengan keupayaan Senai yang infrastrukturnya juga belum siap berbanding KHTP yang telah siap tersedia, Sobri tidak mengendahkan kehilangan pekerja yang merupakan aset syarikat.

Kekosongan jawatan ini diberikan oleh Sobri kepada ‘orang-orangnya’ walaupun mereka tidak layak atau tidak sesuai. Antara yang terkini ialah Ahmad Sabky Yusof, Setiausaha, Dewan Pemuda PAS Pusat yang diberi jawatan Legal Advisor untuk KTPC.

Maka, terjunlah KTPC dengan labu-labunya iaitu dengan pihak pengurusan yang korup lagi tidak berkelayakan dan hanya menghabiskan wang negeri.

Di waktu PAS mula-mula berkuasa di Kedah dahulu, Yusrin, bekas menantu Azizan pernah menghina Dato’ Shukri dan pihak pengurusan konon bukan sukar untuk menguruskan KTPC, malah monyet juga mampu menguruskannya.

Jelas, Yusrin, Azizan, Sobri dan semua EXCO-EXCO PAS tidak punya idea pun tentang bagaimana menguruskan atau apa itu Pelaburan Langsung Asing.

Jika tidak, pastilah mereka tidak mengotakan kata Yusrin dengan benar-benar meletakkan monyet untuk menguruskan KTPC.



McTheory:
Ekonomi negeri Kedah sudah berada ditahap membimbangkan semasa pentadbiran BN. Kini Pas membuatkannya berada ditahap kritikal. Bak kata orang, dah patut masuk ICU dah ni.

5 ulasan:

C L J berkata...

Pencapaian sebenar akan terukur oleh kemasukan pelabur pelabur sambil mencetuskan peluang peluang pekerjaan baru. Nampak jelas ini tidak berlaku. Kalau ada jadual kemasukan pelaburan dan terbaik kalau ada perbandingan pula antara dulu dan kini.

Satu lagi perkara menarik ialah kemasukan pelaburan pelaburan strategic iaitu kelahiran industri yang cenderung kepada menarik minat dan memikat industri lain dalam jangka pendek dan jangka panjang.

Apakah semua ini berlaku atau ada tindakan terancang ???

Tanpa Nama berkata...

Dato' Fakhrorrazi Exco yang bertanggungjawab, jangan diam. Jawab segala yang diperkatakan dalam artikal ini.

Jika Amiruddin jawab, banyak kelentong.

MB tak payah jawab, sebab dia tak tahu apa-apa.

Dato' Mahfuz mR bIN Kedah? lagi bengap hahal yang berkaitan dengan KHTP ini.

Presiden KHTP? la dah bengong. Gaji rm22,000?. Buat harta je lah yang dia boleh.

Bingai @ Bangang berkata...

Monyet dapat bunga?

hehehe

Aku Yang Bingai
Cina Mulakan Perdagangan Dengan Yuan Berbanding Ringgit

aNakDeGiL berkata...

Assalamualaikum,tulah peel PAS,ketuk dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih.Dan sebagai Umat Islam saya ingin berkongsi cerita tentang ketakutan yang amat sangat puak Yahudi kepada Islam sehingga mereka sanggup ---->www.Ragam1Malaysia.Blogspot.Com

Tanpa Nama berkata...

KEHKEHKEH PUAK FUCKATAN KUAR MKN ANGIN JEK. DPT ATAU TAK DPT BELAKANG KIRE. ALA APE NK RISAU, KERAJAAN PUSAT BLH TLG CARIKAN PELABUR. BILE DAH DPT BLEY LA CILOK ATAS PENAT LELAH ORG LAIN. LEMBU PUNYE SUSU KAMBENG HAPRAK DPT NAME! HUHUHU