Sabtu, 21 Ogos 2010

ISU KHUTBAH JUMAAT! PAKATAN HARAM KATA UMNO FITNAH! TAPI JEMAAH MASJID KATA MEMANG ADA!


Isu nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng disebut dalam doa khutbah kedua mengantikan nama Agong dan TYT semakin bercelaru. Pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya mengenai perkara ini,

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim dalam sidang medianya di Tingkat 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pagi tadi menafikan kenyataan Zahid itu dengan menganggap ia adalah kenyataan berbau politik yang sempit.

"Kerajaan negeri dan JHEAIPP menafikan perkara itu dan menggangap ia adalah mainan politik Datuk Zahid Hamidi untuk bangkitkan kemarahan masyarakat Islam," terangnya.

Abdul Malik berpendapat kejadian itu merupakan sabotaj untuk menggambarkan kerajaan negeri tidak prihatin terhadap khutbah yang disampaikan di masjid-masjid.
- sambung baca sini

haprakdaily dan blog pencacai Pakatan pun bertalu-talu menuduh Zahid Hamidi memfitnah. Mereka kata ini tuduhan tanpa bukti. Maka ketua lanun Pakatan Haram pun keluarkan kenyataan media yang katanya memandang serius mengenai hal ini. Nak baca sini.

Dalam kenyataannya, si Anwar mengatakan perkara ini adalah fitnah UMNO? Mana dia tahu benda ni fitnah? Dalam tv3 dah tunjuk jemaah masjid yang ditemubual oleh wartawan mengakui memang wujud sebutan ketua menteri dalam doa khutbah kedua. Kalau geng Pakatan tak percaya, pergi tanya semua jemaah masjid yang ada waktu tu. Semestinya jawapan yang sama akan diberi. Takkan puak pakatan nak kata UMNO yang rasuah semua jemaah masjid pulak kot. Berapa ratus jemaah yang nak dirasuahkan kalau macam tu. Tak logik langsung.

Salah seorang saksi tampil memberitahu Buletin Utama Tv3 pada 20 Ogos 2010. Apakah Exco Agama Islam Pulau Pinang mahu berbohong lagi dengan kenyataan ini?

Para jemaah dan AJK masjid telah bertindak membantah tindakan Zakaria Ahmad. Namun aduan jemaah tidak diambil peduli oleh masjid yang dikuasai oleh orang -orang PAS itu kerana mereka berpendapat, itu adalah hak imam untuk mendoakan sesiapa pun yang mereka mahu dalam solat Jumaat. Memang mereka ini tidak waras menurut kata Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang). Abdul Malik jangan cepat menafikan, perlu menyiasat kariah solat jumaat di Masjid Padang Menora pada 25 Jun lepas.
- sambung baca sini.
Tempat kejadian!

Siasat tak, apa pun tak. Bangun tidor, berak, mandi, keluar rumah, sampai ofis, tiba-tiba buat kenyataan semua ni fitnah. Apa kebenda la.. siasat la dulu, takkan orang nak bising kalau benda ni tak betul. Ingat kami semua suka sangat ke nak bagi publisiti murahan pada Guan Eng ni? Kalau tak ada angin, pokok takkan bergoyang, kecuali la bila tangan hantu yang dok tolong goyang. he he. .

Senang cerita la.. Alah bisa, tegal biasa, main dengan puak Pakatan Haram ni, kalau salah diorang, semua main pukul canang kata UMNO yang buat. Agak-agaknya nanti, kalau perkara ini dibiarkan berterusan, mau si Guan Eng pulak yang dibenarkan baca khutbah pulak ye. he he. . lantak korang la puak melayu Pas dan PKR, malas nak layan korang yang bodoh tahap lumbu ni.

P/s: Korang bela la si Guan Eng habis-habisan, belalahh..mana tau dapat habuan seketoi dua.

MctHeory:
Pinjam kata-kata Husin Lempoyang, Dunia sekarang ni, Jual Orang lagi untung dari jual unta (lumbu).
WOW!..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KM JAMBAN TGH TARAH MARUAH AGAMA ATAS KELULUSAN WALLY SLIPOR TU BROO!

hangkedee berkata...

pas semakin sesat!!!!!!!!!!!!!!?????????????? Harun din,Ismail kamus p mana?!

Tanpa Nama berkata...

Dah lama aku sangsi dengan PAS sebab ramai kaum keluarga aku terlibat aktif dan taksub dengan PAS. Tapi sejak akhir-akhir ini pengaruh PAS semakin pudar difahaman politik keluarga aku. Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t. kerana beri kesedaran pada mereka sebelum menutup mata buat selama-lamanya.

Antara sebab :-
1. Ulamak dan Ustaz PAS semakin melalut serta jauh dari ajaran Islam sebenar.

2. Orang PAS memang diasuh untuk tidak menanam sifat kasih sayang sesama umat Islam hata saudara kandung mereka dik kerana berlainan fahaman politik.

3. Nik Aziz dan Hadi Awang lebih mementingkan kaum kapir yang menentang Islam dari umat Islam sendiri.

4. Kepentingan habuan politik dan material semakin tertanam di benak fikiran pemimpin-pemimpin PAS seperti UMNO.

5. Apa yang PAS limparkan dulu kepada UMNO, kini mereka (PAS) sendiri lakukan.

6. Yang paling sedih PAS dah hilangkan slogan MEMBANGUNKAN NEGARA ISLAM.

7. PAS sanggup bersaudarakan DAP yang terang-terangan menentang negara Islam dari bersaudara sesama umat Islam seperti UMNO.

Banyak lagi yang membuat keluarga-keluarga aku dah mula menjauhkan diri dari PAS. Syukur kehadrat Allah s.w.t. sekali lagi kerana memberi hidayatnya.

Sekarang mereka tidak melibatkan diri dengan sebarang parti politik seperti PAS, UMNO apa tah lagi PKR. Mereka lebih rela melibatkan diri dengan NGO Islam.