Sabtu, 21 Ogos 2010

PAS KATA NAK JADI JUARA RAKYAT! BETUI KA?


Al kisahnya begini.. Pakcik kelmarin ada kawan-kawan jemput pi tengok bantuan kemanusiaan kepada penduduk-penduduk di 5 buah kampung yang rumah-rumah mereka terlibat dengan bencana banjir. Bantuan kemanusiaan tersebut adalah sumbangan daripada Yayasan Sultanah Bahiyyah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Kedah. Majlis diatur dan dilaksanakan oleh Majlis Daerah Sik.

Pak Cik nak cerita sikitlah. Pak Cik sebelum tu ada pergi melawat rumah-rumah yang rosak teruk kena banjir termasuk yang kena banjir lumpur. Masalah utama sekarang ialah penduduk di kawasan Chepir tidak lagi mendapat bekalan air bersih ekoran paip yang di atas bukit telah dihentam oleh kayu-kayu balak yang dibiarkan hanyut dek air sungai. Bagus betul kerajaan negeri Kedah sekarang. Pembalak di Kedah sudah terpecah kepada 2. Satu yang ada lesen sah dan satu lagi yang hanya diberi permit.


Pak Cik, rakyat yang dok atas pagar. Pak Cik sembang-sembang dengan penduduk-penduduk yang menghadapi bencana tersebut. Yang marah kepada PAS punyalah ramai. Sebab, satu dulu PAS yang paling kuat menyalak tentang isu penebangan hutan. Hari ini, PAS lebih dasyat lagi. Sebab terlampau rakus, 2 kali dah banjir besar melanda Sik. Tahun lepas yang paling besar dan tahun ini pula berganda dengan lumpur.


Kedua, Kerajaan Negeri senyap sunyi. Tak jawab langsung tentang isu balak.

Hari ini, dalam Sinar, PAS akan ambil calon bukan islam untuk bertanding atas tiket PAS. PAS makin merapu dan sudah tidak macam dulu. Inilah akibatnya kalau terlalu mengata dan mengutuk sesama islam.

Pak Cik terlajak lah pulak. Sambung balik ye nak... Pak Cik menjadi pemerhati setia dalam majlis di atas. Kemudian tempat-tempat kosong mula diisi oleh penerima-penerima bantuan. Tiba-tiba ada satu kumpulan penduduk yang berkopiah putih datang. Mereka juga adalah penerima bantuan. Yang paling Pak Cik tersentak bilamana yang mengatur bantuan itu (mungkin ketua kampung) berkata, "Hah! Sini untuk orang-orang kita saja. Orang-orang PAS datang masuk khemah ni. Kita jangan bercampur dengan orang lain. Ni 'group PAS saja."

Pak Cik pun tengoklah dengan mata kepala Pak Cik sendiri. Sama-sama usia dengan Pak Cik datang dengan muka yang bongkak dan megah. Ada juga sebahagian lagi terpinga-pinga. masuk dalam satu khemah yang kosong. Salah seorang dari mereka, siap duduk atas kerusi buat sila panggung. Sambil tangan berdepang seolah kata,"Ni aku orang PAS."

Pak Cik menggeleng-geleng kepala kerana pada pak cik jangalah buat sikap biadap macam tu. Malu kat anak-anak muda yang lain.

Kemudian Pak Cik pun tengoklah majlis dari mula sampai habis. Yang berucap ialah Pegawai Daerah. Yang derma ialah Yayasan Sultanah Bahiyah dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

Masalah satu lagi yang Pak Cik nak tegur ialah, ADUN Belantik ada disebut-sebut sewaktu penghargaan dibacakan tetapi orangnya tak ada. Pak Cik tengok ADUN Jeneri (PAS) hadir juga walaupun rakyat marah kat PAS kecuali satu khemah yang walau hilang rumah pun tak apa, janji undi PAS. Yang ADUN Belantik bila dirisik tanya, tak sertai program sebab permintaaanya buat kat surau tak dipenuhi tapi buat kat masjid. Agaknya sebab masjid tu kepunyaan PAS kot sebab tu YB tak datang.


Peduli apa Pak Cik kalau kawasan tu UMNO ke PAS. Sebagai wakil rakyat, jangan buat macam tu. Suka masuk tempat yang ada penyokong UMNO saja. Kalau ada penyokong PAS tak mahu pergi. Macam tu ka?

Sepatutnya, datanglah juga. Biar media tangkap gambar UMNO dan PAS ada dalam majlis tersebut. Apa salahnya. Inikan bantuan untuk rakyat?

Walau siapa pun bagi.

Itu hanya pendapat pak Cik sajalah. Maklumlah, Pak Cik ni bukan orang cerdik pandai. Pak Cik membaca, cucu yang menaip. Rakyat dok menilai macam mana PAS dan UMNO ni. Bagi Pak Cik, ahli politik ni memang handal. Handal berlakon. Bila buat salah, buat macam tak salah. Bila takut dibuat alasan pelbagai. Pak Cik kalau nak mengundi nanti, biarlah yang boleh nampak prinsip dan ketetapan diri. Lidah jangan bercabang, buat kerja bukan terletak pada gaya dan spek hitam. Itu saja pesanan Pak Cik.

Mesej Pak Cik jelas tak? Kalau jelas, nanti Pak Cik boleh masuk bertanding tahun depan. Parti mana tak tahu lagi.

Kedah Times

MctHeory:
Pas sibuk menuduh UMNO punca segala-galanya. Kontrak ini ikatan antara UMNO dan Kontraktor terdahulu, jika benar ia kontrak dari UMNO, ianya masih boleh dibatalkan, cuma perlu membayar sejumlah ganti rugi pada kontraktor, apakah Pas sanggup perjudikan nasib rakyat daripada mengeluarkan wang untuk membela nasib rakyat? Mana lebih penting bagi Pas? Wang ke Rakyat? Lupa lak, dulu cakap lain, sekarang jadi lain. Dulu tak pandai kira-kira duit, sekarang? Dah kenal mana hijau,mana biru..ye tak?

MctHeory lagi:
Dulu kata UMNO teruk, rupanya Pas Kedah lagi Buruk!

Tiada ulasan: