Ahad, 8 Ogos 2010

Gempar!! Isu Baru Untuk Melayu Selangor- Yayasan Selangor menuju KEHANCURAN!!


1. Yayasan Selangor telah ditubuhkan pada 5 November 1970 di bawah Akta Syarikat iaitu sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan. Tujuan utama ditubuhkan adalah untuk memberi peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan pelajaran, biasiswa dan latihan untuk warganegara Malaysia dan rakyat Selangor khasnya.

2. Yayasan Selangor wujud adalah hasil daripada keinsafan beberapa cendekiawan yang menyedari bahawa bilangan pelajar bumiputra sangat berkurangan di sekolah-sekolah menengah yang baik dan terbesar di bandar seperti Kuala Lumpur. Bilangan pelajar bumiputra dalam jurusan sains dan matematik sangat ketara jauh ketinggalan dengan kaum-kaum yang lain. Menyedari hakikat ini, maka kumpulan cendekiawan telah mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ketinggalan tersebut daripada berlanjutan.

3. Kelemahan dan kekurangan yang terdapat di kalangan pelajar-pelajar bumiputra perlu dibaiki segera. Mereka mencadangkan Kerajaan Negeri menubuhkan sebuah badan pendidikan yang berasingan yang boleh mengeluarkan perbelanjaan dan memberi bantuan supaya lebih ramai anak-anak bumiputra terutamanya dari luar bandar, memperolehi peluang yang sama menikmati kemudahan-kemudahan pendidikan yang hanya didapati di sekolah-sekolah yang besar di Kuala Lumpur.

4. Dengan kerjasama Kementerian Pelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia), maka satu rancangan telah dibuat di mana pelajar-pelajar yang baik prestasinya di peringkat awal prasekolah menengah, dipilih dan diserapkan ke sekolah-sekolah yang besar di Kuala Lumpur di bawah Dasar Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor.

5. Penubuhan Asrama Yayasan Selangor telah dapat menempatkan pelajar-pelajar terpilih di sekolah-sekolah yang terpilih di sekitar Kuala Lumpur. Asrama yang pertama didirikan oleh Kerajaan Selangor ialah Asrama Dr Latif (ADL), di Persiaran Gurney, Datuk Keramat pada 1971.

6. PERKEMBANGAN PENTADBIRAN YAYASAN SELANGOR - Yayasan Selangor telah mengalami perkembangan yang baik dengan pentadbiran yang telah dikendalikan oleh 4 orang pentadbir (Pengurus Besar selaku Ketua Pegawai Eksekutif) sebelum diambilalih oleh pentadbir baru. Antara pentadbir adalah seperti berikut - sambung baca Sini

MctHeory:
Kita Gempur telah membawa satu isu baru yang melibatkan orang Melayu. Bagaimana Yayasan Selangor menuju kehancuran! Mesti baca!

Tiada ulasan: