Jangan sampai bangunan ni jadi gajah putih tengah bandar Alor Star |
Biar la orang nak kata Blog ni jahat sebab selalu kutuk UMNO Kedah, atau orang nak kata blog ni berhaluan kiri ka kanan ka. Yang pasti niat nak suruh UMNO Kedah berubah memang kuat tersemat didalam hati. Lepas satu, satu lagi cerita pasal UMNO Kedah. UMNO Selangor sekarang dah garang, UMNO P.Pinang baru nak sedaq dari tidoq. UMNO Kedah jangan cakap la, ayaq liuq dok meleleh lagi. Baca cerita dibawah,
Jumaat lalu, ana ke Lapangan Terbang Sultan Abd Halim, Alor Star menunggu kawan-kawan dari Kuala Lumpur. Sesampai di bangunan terminal, ana terkejut melihat banyak kereta Perdana dan Merz hitam. “Ai PM nak mai ka? Atau Muhyiddin. Tapi tak ada polis,” tertanya saya. Dalam terminal ana jumpa seorang kawan yang juga bekas orang kuat UMNO Bahagian Kota Star.
Biasalah bila bertemu kawan lama, banyaklah perkara kami borak. Ana tanya kawan ana, siapa yang nak mai. Ramai juak-juak UMNO dok tungggu. “Entah,” katanya. “Hai hang orangkuat UMNO tak kan tak tau?” tanya ana. “Manalah aku tau. Aku tak ambil kisah langsung bab UMNO. Buang masa. Aku dah lama tinggal UMNO. Lebih baik aku joint puak-puak tabligh,”jawabnya.
Ketika pesawat tiba, ana nampak mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Mahadir Khalid keluar dan disambut oleh tiga empat orang kuatnya dan terus keluar. Sebentar kemudian, nampak pula bekas Exco Kedah, Datuk Osman Aziz seorang diri keluar terus ke kereta yang menantinya.
Selang beberapa minit keluarlah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang diimport, Datuk Shafie Afdal. Adalah empat lima orang kuat UMNO datang bersalam dan menyambutnya. Merekapun terus ke kereta dan keluar. Kemudian keluar pula Datuk Othman Abdul mantan Ahli Parlimen Pendang seorang diri keluar dan terus ke keretanya.
Disini terbuktilah bahawa geng-geng UMNO Kedah masing-masing bawa hal. Hang hang! Aku aku!. Kalau betulah UMNO Kedah masih bersatu padu sudah tentu peristiwa di Lapangan Terbang Alor Star tidak semacam itu. Masing-masing bawa hal. Sudah tentu mereka akan tunggu dan keluar bersama.
Terbuktilah sudah seperti yang dihebuh UMNO Kedah tunggu masa saja nak lingkup - Kedah Lanie.
Presiden UMNO kena buat sesuatu kepada UMNO Kedah. Cari suntikan vaksin untuk neutralkan kembali UMNO Kedah yang sedang berserabut sekarang ni. Mana boleh jenih buat kerja sendiri. Kerjasama adalah penting dalam satu pasukan. Cuba bayangkan, satu pasukan bola, pakat semua nak bawak bola main sendiri-sendiri, semua pakat nak tendang gol. Agak-agak boleh dak? Boleh.. Boleh blah je la..
P/s: Pada Admin blog puak pakatan, hangpa tak gentlement, curi cerita orang tak boh link. Penakut ka hapa!.
MctHeory:
Bujur lalu melintang patah, dah patah dah pun. heh!
3 ulasan:
MACAMTULAH UMNO KEDAH DARI PERHUBUNGAN NEGRI...KE BAHAGIAN...HINGGA KE CAWANGAN...SEMUANYA MACAM TU...ADA KRONI MASING-MASING WALAUPUN DALAM SATU MANGKOK YANG BERAYUN UNTUK DAN PECAH....ADA PENAWAR MUJARAB...MUSTAHIL...PRESIDEN PUN DENGAN MASALAH TERSEMBUNYI TUNGGU ARAHAN MEMNYA BARU BOLEH CAKAP DAN BUAT.....KALAU TAK TUNGGULAH....
UMNO Kedah masih lagi di takuk lama sedang mimpi tak sedar sedar lagi yang Keadh bukan di peintah oleh mereka. Dari Bahagian sampai ke cawangan masih lagi berserabut dok lawan mencantas hang aku. Jika sokong ketua bahagian boleh pegang jawatan lama sikit jika tidak tetap kena cantas. Ahli Pas pekat pun depa lanti k pegang jawatan pengerusi JKKP asal janji sokong depa dalam pemilihan bahgian, tak menang dalam pilihanraya pun tak apa. Bagaiman UMNO nak menang kalau ketua ketua bahagian pun bersikap macam ni.
kahkahkah...
xyah bincang psl ni dh bro..
UMNO kdh dh tggl spesis laaast jek..
bek lu g survey mana yg ada lg tu bwk g smpn kt zoo ke..kangpupus..
kahkahkah..
kalo jmpa yg mati lu awet smpn kt muzium beb..
leh gk anak cucu kta tgk nnt muka2 lahanat..
kahkahkah
Catat Ulasan