Khamis, 19 Ogos 2010

PANAS! BANJIR DI KEDAH, SIAPA YANG BERBOHONG!


Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Noor menerusi blognya sendiri, telah cuba memberikan fakta-fakta menarik tentang pembalakan di Kedah. Malah dalam beberapa blog yang turut menyerang Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh PAS, Sanusi Md. Noor turut muncul, sama ada untuk memberi penjelasan mahupun untuk menunjukkan bahawa dia pintar berkata-kata.

Sanusi Md. Noor adalah calon PAS yang kalah di tangan Y.B Tajuddin di kawasan yang dilanda banjir kilat itu.

Apabila Sanusi Md. Noor menyalahkan Kerajaan BN terdahulu, malah menuduh kerajaan terdahulu yang mengeluarkan lesen kepada pembalak iaitu pada tahun 2005 dan proses penebangan mengambil masa sehingga lebih tiga tahun, ia sememangnya SESUATU YANG SERIUS dan perlukan SIASATAN SEGERA.

Seperkara yang pasti, kawasan penebangan yang hendak dilesenkan, telah dikenalpasti terlebih dahulu akan segala faktor termasuk jenis kayu, anggaran jumlah kaki padu balak yang bakal dikeluarkan, penandaan, pemetaan dan sebagainya. Jabatan Hutan tidak akan terus mengeluarkan lesen dan kemudian baru pergi buat pemetaan dan penandaan sebagaimana yang didakwa oleh SETPOL ini.

Dari zaman Syed Razak sehingga zaman Det Khalid, tidak ada lesen pembalakan yang dikeluarkan untuk membalak di kawasan tadahan. Berdasarkan rekod, balak-balak di rimba Teloi pernah dikeluarkan tetapi pengeluaran balak dibuat ketika Empangan Beris BELUM LAGI dibina dan ianya bersifat TERKAWAL. Yang menjadi persoalan ialah, syarikat pembalakan dibenarkan membalak di kawasan bekas pembalakan pada zaman PAS memerintah Kedah, sekaligus menyaksikan balak-balak sebesar paha pun turut dikeluarkan sama atau dalam istilah lain, CUCI MANGKUK.

Ia menjadi ketara apabila Azizan Abdul Razak mengumumkan pertambahan ketara pembalakan hasil tender terbuka tanpa mendedahkan seluas mana pula kawasan hutan dibenarkan untuk pemusnahan dan kawasan mana yang menjadi sasaran. Sebelum itu, Azizan Abdul Razak pernah mengancam untuk menebang balak di kawasan tadahan sekiranya kerajaan pusat lambat menyalurkan bantuan kepada Kedah.

Lebih aneh, pada zaman Syed Razak dan Det Khalid, Jabatan Hutan dan Alam Sekitar tidak memberikan kelulusan untuk penebangan balak di kawasan berkenaan sekalipun kawasan pembalakan yang dicadangkan terletak jauh dari kawasan tadahan dan pembalakan pula dilakukan secara terkawal. Namun apabila berlaku peralihan kerajaan, ramai yang ternganga melihat begitu mudah kedua-dua jabatan berkenaan memberikan kelulusan sekalipun kelulusan berkenaan bakal mengundang bahaya kepada penduduk sekitar yang kebanyakannya adalah penyokong PAS sendiri.

Suatu ketika, Syed Razak, mantan Menteri Besar Kedah pernah mencadangkan pembalakan dengan menggunakan helikopter di kawasan berhampiran tadahan. Bagaimanapun, cadangannya itu bukan sahaja mendapat tentangan daripada AZIZAN ABDUL RAZAK sendiri selaku Ketua Pembangkang pada ketika itu, bahkan Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir turut menentang, sekaligus membuatkan cadangan Syed Razak tinggal cadangan.

Menjadi lebih aneh ialah, siapa sebenarnya yang meluluskan jalan masuk ke kawasan penebangan balak tersebut dengan jarak antara jalan dan tebing sungai tidak sampai pun 10 meter? Mengapa tiada pemantauan daripada Jabatan Hutan dan Galian serta Alam Sekitar mahupun agensi penguatkuasaan negeri sedangkan pengeluaran balak begitu ketara dan ianya berlaku di kawasan tadahan air?

Lebih aneh, mengapa pula lesen penebangan hanya valid selepas 5 tahun proses pengeluaran lesen padahal Jabatan Hutan sendiri mengakui proses berkenaan mengambil masa selama 6 BULAN SAHAJA.

Lesen untuk mengeluarkan hasil hutan akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh kelulusan diberi, setelah semua syarat-syarat kelulusan dipatuhi. (Piagam Pelanggan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah)

Bagaimanapun, perkara yang paling menarik, mengapa SETPOL yang bercakap mendahului Pejabat Menteri Besar, Jabatan Hutan dan Galian serta Jabatan Alam Sekitar dalam soal banjir ini? Mana kenyataan rasmi daripada Pejabat Menteri Besar? Adakah Menteri Besar nanti terpaksa mengikut skrip SETPOLnya bagi melindungi sesuatu dan seseorang seperti yang berlaku dalam kes pembalakan di Papua New Guinea yang berkesudahan kerajaan Kedah kerugian jutaan ringgit?

Jawapan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan Jabatan Alam Sekitar diperlukan untuk menyelesaikan kemelut siapa menipu dalam kes ini. Kita tengok nanti, apa pula jawapan kedua-dua agensi kerajaan tersebut tentang musibah yang melanda di Kedah.

Yang sohehnya, penduduk yang terlibat dalam banjir kilat ini yang ditemui, MENGUTUK dan MENGEJI SETPOL Menteri Besar Kedah yang dianggap pandai bercakap, tetapi banyak 'rahsia'.

Sudah ada ura-ura yang mengatakan, kisah SETPOL MB akan dilondeh oleh penduduk tempatan. Apa yang hendak dilondeh, Allahualam... hanya mereka yang terlibat dan tuan punya badan yang lebih mengetahui.... Apa pun kisah peribadi bekas calon PAS untuk DUN Belantek ini, tidak mempunyai kaitan dan kepentingan dengan banjir lumpur kilat yang melanda penduduk di kawasan malapetaka. Mungkin kekecewaan mereka terhadap sikap lepas tangannya, yang membuatkan penduduk melampiaskan kata-kata sebegitu.

The Flying Kick

MctHeory:
Jawapan balas untuk SETPOL MB yang mangkuk tu!

2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Mct, bukankah puak-puak ini sudah terkenal dengan lidah berputar belit... apa nak heran.. oarang buang bayi pun depa nak salahkan UMNO...

mat itam berkata...

ha ha ha..tulisan syok sendiri...
lepas kena bedal kelam kabut pulak belit san belit sini...

so far pengarah hutan dah jawab dalam sinar harian bab nie... saja hang buat2 tak baca....

satu lagi isu nie bab lesen membalak dah diluluskan oleh BN bab nak lulus kwsn tebang tu pejabat hutan.. hangpa pie tanya pejabat hutan laa takan MB nak jawab plak...

yg dia tau bab keluaq tender sapa bet harga banyak dia bagi laa...

pasai hang kata hasil hutan balak yg dapat kaut banyak sampai 30juta tuu hang tak baca laporan audit negara kaa..kwsn dia adalah sama dengan keluasan yg BN dok buat dulu... itu pun nak belit jugak kaa...

sudah2 laa tu bro.. terima lah kenyataan yg YB hangpa mentedarah dah duit hasil lesen balak tuuu... lanie dok kalut suruh hentikan lesen tuu...awat kalau hentikan kontartor tu saman dia nak bagi balik ka duit yg dia dah tibai tuuu...

masa nak keluaq lesen balak awat tak pikiaq semua tuuu mai dah bagi lesen menebang kalut dok suruh tarik balik....

cakap belit tak sudah2 hangpa nie...