Jumaat, 20 Ogos 2010

RAKYAT MALAYSIA MALU NAK KIBAR BENDERA? APA PUNYA TURR LA!


Tahun ni kita punya bulan kemerdekaan agak istimewa, kerana kita menyambut hari kemerdekaan kita didalam bulan Puasa. Kiranya nanti perarakan kontijen beruniform didalam bulan puasa, ditambah pula dengan panas mentari pagi memang kesian la siapa yang kena kawad tu. he he he. .tapi takpa semua itu dugaan dan cabaran untuk mereka dibulan puasa. Pasti ada yang 'baik' disebalik pergorbanan sedimikian.

Mc taknak taip panjang, Mc cuma nak komen pasal bendera Malaysia (Jalur Gemilang) dengan perangai sesetengah rakyat Malaysia. Semestinya semua rakyat Malaysia mengenali Jalur Gemilang, bendera kebangsaan kita. Kalau yang tak kenal tu, Mc tak tahulah dia baru keluar dari gua mana atau baru datang dari 'time zone' zaman hang tuah kot. Yang pastinya, jika anda mengaku rakyat Malaysia, anda pasti kenal dengan bendera jalur gemilang.

Cuma, berapa kerat diantara kita yang bersifat patriotik? Yang sanggup memegang bendera ditangan dan mengibarkannya. Mungkin perkataan ini agak senang, cuma..perlaksanaan tu amat kurang diantara rakyat Malaysia. Bukan kata nak kibar kat tangan, nak letak kat rumah atau kereta pun malas, sebab apa? ada sesetengah mereka kata, malu nak kibarkan bendera.

Malu? Kenapa malu? Malu kerana berjiwa patriotik? Malu nak kibarkan bendera negara sendiri? Pehh..pelik tapi benar. Bukan sikit jumlah 'pemalu' yang nak kibarkan bendera negara sendiri ni. Rasanya berjuta jugak kot. Kita jangan ambil kisah dengan 'makhluk Allah' yang langsung tak kisah nak kibar bendera ni. Kita cuma kisah dan ambil berat, pada rakyat Malaysia yang 'malu' nak kibarkan bendera negara sendiri.

Dah nama pun hari kebangsaan, apa yang nak malunya kalau kibar bendera. Malah orang yang pandang pasti akan berasa bangga terhadap individu yang mengibarkan bendera. Kalau ada yang mengutuk tu, suruh dia tukar warganegara atau ambil I.C dia, buang je dalam longkang. Tak guna kalau jadi rakyat Malaysia, tapi 'malu' nak kibarkan bendera Malaysia.

Harga bendera bukannya mahal, baru berapa ringgit je. Bendera kecil letak kat kereta tu, tak sampai rm5. Bendera yang besar tu, sekali beli boleh pakai bertahun-tahun lamanya selagi tak koyak la. Jangan pulak kita sengaja pergi koyakkan. he he he. . Setahu Mc, orang Malaysia yang pernah koyak bendera dan bakar bendera ni, puak-puak reformis 1997-98, geng Pas dan parti keADILan. Hanya makhluk yang tak sedar diri ni je la yang sanggup bakar bendera negara sendiri.

P/s: Pada pembaca yang baca artikel ni, balik nanti pergi pasang bendera kat rumah dan kereta. Takde kereta, basikal pun boleh la.

MctHeory:
Alahh.. setahun sekali je, nak malu apanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Payah nak jawab la Bro.Ada juga kebenaran nya ni.Samaada malu atau tak mahu hanya depa saja yang tahu.Nak kata tak patriotik,nanti takut ada yang marah.

Jesteru itu saya meyeru kepada sesiapa yang membaca artikel ni,marilah kita bersama sama dalam jemaah yang tak malu untuk mengibarkan Jalur Gemilang malah bangga kerana kita adalah rakyat Malaysia.

Kibarkan lah Jalur Gemilang,tanda sayang dan cinta kita pada negara tercinta ini.

Rahim Janggut