Rabu, 18 Ogos 2010
TEORI: APAKAH PERLEMBAGAAN BARU? PERANCANGAN SIAPAKAH INI, ANWAR?
Apa yang diperkatakan oleh Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan tidak boleh dilihat sebelah mata. Pertamanya, yang mengeluarkan kenyataan adalah seorang Mufti. Yang keduanya, apakah benar draf ‘Perlembagaan Baru’ ini wujud – rakyat Malaysia layak agaknya untuk mendapat tahu apakah bentuk kerajaan dan perlembagaan yang bakal dirubah dan dianjak. Kita yakin, perubahannya bukan bersifat ‘piecemeal’; tetapi melibatkan perkara-perkara dasar yang penting dan menjadi struktur asas kepada negara Malaysia ini.
Sememangnya cita ‘merubah Perlembagaan’ tidak salah. Ianya mungkin menjadi ‘the highest endeavour’ in politics. Menukar kerangka asas hubungan rakyat dan kerajaan bukan perkara main-main. Ianya serius. Ianya menggambarkan ‘bentuk kerajaan’ yang sebenar-benarnya mahu diwujudkan di Malaysia ini.
Pernah blog ini tuliskan dahulu, jalan ke hadapan yang diinginkan oleh sesetengah pihak adalah ‘sebuah republik’. Ada yang menulis, mengutuk dan mengeji – kononnya ini adalah satu telahan politik yang silap. Blog ini dikatakan terlalu bersifat ‘mengagak’ dan tidak berdasarkan kepada alasan fakta yang betul.
Pada hakikatnya, DAP dan PKR masih belum berani mengemukakan ‘sentimen’ itu; walaupun kita boleh beri jaminan bahawa ianya ada dalam kepala. Sebagai sebuah parti ‘sosialis’, DAP memang ‘pantang’ dengan wujudnya elemen-elemen ‘kelas, strata dan kedudukan’. Sebagai sosialis, Negara mesti menjadi kenderaan semua rakyat. Tidak kira kelas, strata – dan apatah lagi ‘darah’ yang tidak relevan lagi pada ketika ini. DAP menganggap ‘institusi’ yang terlalu melonjak-lonjak kedudukan ini hanya merosakkan cita sosialisme yang mereka mahukan.
Nah, perubahan BESAR yang dibuat oleh PAS untuk menggugurkan Negara Islam; dan mengetengahkan Negara Berkebajikan adalah KEMENANGAN besar DAP. Ini kemenangan besar kepada idea sosialisme. Kemampuan untuk melakukan ‘merger’ dengan Islamic Socialism adalah satu ‘rezeki politik’ yang tidak pernah DAP jangka.
Tak kira lah pakai kitab sosialis mana sekalipun; samada Robert Owen, Henri de Saint Simon, Friedrich Engels atau Marx; tidak seharusnya ada kelompok yang terlalu perlu diberikan hormat dan hak yang melampau. Kejayaan utama DAP adalah meyakinkan rakyat bahawa ‘institusi’ yang tidak perlu; wajar diruntuhkan. Apakah DAP mampu menafikan idea ini?
Kita semua tahu, PAS tidak akan mampu ‘berfikir sendiri’ dengan idea Islamic Socialism. Itu di luar kemampuan PAS. Maka, pemikiran ‘sosialisme’ ini digamkan oleh kepentingan politik seorang yang sangat ‘licik’ dan berilmu. Siapa?
Tidak ada orang lain yang beria berfikir untuk menjadi ‘Presiden’ kepada sebuah republik Malaysia. Ini bukan cita mainan. Kemenangan 2/3 dalam pilihanraya mampu menjadikan Malaysia – menerima ‘Harapan Baru’ sebagai sebuah republik.
Apakah ini HARAPAN BARU yang dimaksudkan? Harapan Baru mungkin juga didahului oleh PERLEMBAGAAN BARU.
Gelagat Anwar
P/s: Apakah ini yang kita harapkan?
MctHeory:
Tak sanggup nak fikir! Nauzubillah...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
ANWAR IBRAHIM HARAM MENJADI PM ATAU PRESIDEN DI BUMI MALAYSIA. BANGSA MELAYU HARUS TAHU DAN HARUS YAKIN SEKIRANYA ANWAR YG DUDUK DIPUNCAK KUASA,BERMAKNA MELAYU BAKAL MENERIMA MALAPETAKA YG AMAT DAHSYAT MUNGKIN LEBIH TERUK DARI MELAYU SINGAPURA DAN SELATAN THAILAND.INI SOAL DENDAM CINA PADA MELAYU YANG TAK HABIS HABIS HANYA KERANA PERKARA 153 PERLEMBAGAAN. ANWAR AKAN MENYONYOT BUTOH GOBIND SINGH DAN LIM GUAN ENG SETIAP PAGI DEMI MAHUKAN SOKONGAN PALSU CINA INDIA.INILAH ANWAR MANUSIA YG MENGAKU ISLAM TAPI SANGGUP BUAT APA SAJA WALAU PUN MEMUSNAHKAN AGAMA DAN BANGSANYA SENDIRI.
Catat Ulasan