Jumaat, 3 September 2010

GEREJA GAY DI MALAYSIA! LAMBANG KEJAYAAN ANWAR!


Rasanya 15 tahun lalu, isu gay, liwat dan sebagainya adalah sesuatu yang agak asing dalam masyarakat kita.

Satu Hala tidak kata ia tidak berlaku ketika itu, tetapi jumlahnya sedikitnya dan sama sekali tidak berani dibuat atau diperbincangkan secara terbuka.

Ia agak asing dan masyarakat kurang senang dengan mendengar perkara-perkara seperti itu.

Namun, selepas bekas Timbalan Perdana Menteri negara (sape lagi kalau bukan Anwar Ibrahim) disabitkan terbabit dalam gejala seumpama itu, maka isu hubungan romantik antara jantan dengan jantan secara perlahan mula diterima sebagai bukan sahaja berlaku, malah mula berkembang.

Untuk dua lelaki melakukan hubungan seks seperti Anwar dengan Saiful bukan lagi dilihat sebagai sesuatu yang benar-benar memeranjatkan....tidak lagi.

Nilai moral kita mulai musnah sedikit demi sedikit apabila seorang Timbalan Perdana Menteri dibuktikan terbabit dalam kegiatan penuh hina itu.

Dan sejak itu, umpama satu anjakan tambahan dalam perjuangan kaum gay di negara ini, budaya itu semakin berkembang dan percayalah cakap Satu Hala....ia sudah mencapai tahap yang mengerunkan.

Mereka (gay) kini berada di mana-mana sahaja......di mana-mana ok.

Dan perkembangan budaya gay di negara ini bakal mencapai satu lagi dimensi baru.....Rev Ou Yang Wen Feng yang berkerja di Metropolitan Community Church (MCC) di New York kini berada di Malaysia dan merancang untuk membuka gereja gay pertama di negara ini.

Mengapa dia berani tampil dengan idea ini?

Kerana gay semakin ramai dan yang terpenting, penerimaan masyarakat terhadap idea gay atau dua lelaki melakukan hubungan seks semakin baik di negara ini.

Dan Satu Hala ulangi...ia adalah 'berkat' seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang terbabit dengan sikap itu beberapa tahun lalu...dipenjarakan dan kemudian dikatakan mengulangi perbuatan yang sama (dengan budak kopi - Saiful).

Macam mana budaya ini hendak berakhir jika seorang yang memiliki kedudukan yang begitu penting dan berpengaruh berulang kali disabitkan dalam budaya songsang itu?

Berlaku liwat atau tidak.....soal yang lebih penting ialah mengapa Anwar meletakkan dirinya dalam situasi yang boleh dipersoalkan secara berterusan?

Mengapa barisan peguamnya lebih sibuk mahu memastikan kemenangan teknikal daripada menegakkan kebenaran?

Ini semua menyemarakkan gay dan pemikiran liwat boleh dan halal untuk dilakukan.

Begitu tersebarnya idea mengenai gay ini sehingga datang orang seperti Rev Ou Yang Wen Feng, 37 melontarkan idea penubuhan gereja mesra gay yang pertama di negara ini.

Iyelah itu gereja....tapi kalau lihat senario politik hari ini, takut nanti ada mamat DAP gila mana yang cadangkan masjid mesra gay pulak......dan percayalah Nik Aziz kemungkinan besar akan pertahankan benda itu!

Dan terimalah hakikat bahawa semua ini bertitik tolak apabila seorang Timbalan Perdana Menteri terbabit dalam aktiviti tidak bermoral berkenaan.....

Bukankah perjuangan gay menuju ke arah yang lebih cemerlang di negara ini dan semua itu berkat Anwar Ibrahim?

Anwar - anda bukan sahaja mengucar-kacirkan Islam.....kini agama lain seperti Kristian pun mula merasa bahana dengan kewujudan personaliti seperti anda di negara ini......

Dan untuk masyarakat di Sabah dan Sarawak (kawasan majoriti Kristian)....apakah anda bersedia menerima orang yang mencetuskan budaya yang kurang menyenangkan ini.

Klik sini untuk membaca mengenai cadangan gereja gay di Malaysia.

Malaysia Instinct

MctHeory:
Anwar pasti berasa bangga dengan perkembangan ini!

2 ulasan:

udanggalah berkata...

Negara bakal berhadapan dengan budaya songsang dalam beragama kalau tidak dibenteras dari sekarang..

Tanpa Nama berkata...

Ko rang umno n salah orang nih!! Sepatutnya ko rang umno bagi trophy tu kat Chua Soi Lek The Legend King of PornStar Malaysia...sebab Raja Porno Malaysia tu dah bikin filem pun dan boom pulak tuh...

Tapi ko nak bagi kat Nuar ni, musykil lah aku sebab Nuar tak de filem pun, tapi skrip ciptaan umno tu adalah, tapi dah basi pun...