Rabu, 8 September 2010
LAGI BUKTI PAS KEDAH GAGAL DALAM MENGAWAL KERAJAAN DAN MENTADBIR! Gheja Out! Akhlak Out!
Ini adalah surat terbuka dari seorang ahli NGO yang menyokong kerajaan Pas Kedah. Beliau menceritakan luahan hati dan pandangannya untuk kerajaan Pas Kedah kekal memerintah. Baca artikel dibawah,
Pakatan Rakyat yang diterajui PAS telah memerintah negeri Kedah masuk tahun yang ketiga. Dalam masa yang singkat ini berbagai pandangan rakyat yang didengari. Mereka yang rajin mengikuti perkembangan politik dengan mentafsirkan cara politik sementara rakyat biasa mengikut pesepsi media dan penyampaian dari orang politik. Dalam masa PR terus mendapat kepercayaan dari rakyat untuk terus memerintah, pihak lawan pula hari demi hari mencari isu yang boleh diketengahkan untuk menonjolkan diri dan parti. Maka hari demi hari kita menyaksikan pergelutan politik. Pakatan Rakyat Kedah yang diterajui oleh nakhoda seorang ustaz dan berpengalaman luas dalam sepak terajang pilitik terus boleh bertahan walaupun saban hari ada saja isu yang cuba dibangkitkan. Bagi kami yang bergerak dalam NGO ada beberapa perkara dapat kami kesan yang memerlukan pembaikan segera. Antaranya ialah:
1. Pusat hiburan
Pusat hiburan di Langkawi masih menjalankan operasinya sehingga ke pukul 4 pagi. Ketidakpatuhan pusat hiburan terhadap undang-undang PBT seakan-akan mereka mendapat restu dari PBT. Saya kerap kali mengadu kepada sahabat saya yang berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat, namun aduan saya itu hanya dipandang sinis. Pernah pada satu malam saya bersama teman-teman aktivis LANDAS Langkawi beserta Ahli Majlis dan pegawai-pegawainya turun ke lapangan mengajak mereka menyaksikan sendiri apa yang kami dakwa. Pada masa itu kami menjangkakan akan ada penguatkuasaan pada hari berikutnya. Harapan saya meleset kerana sehingga kehari kesemua pusat hiburan masih beroperasi seperti biasa. Memang tepatlah slogan "Kedah sejahtera nikmat untuk pemabuk dan penzina". Mungkin rakan-rakan saya dalam ahli majlis boleh tidur lena tetapi kami anak Langkawi sebaliknya. Kami dihantui oleh kerosakan akhlak dan aqidah anak remaja sementara kerajaan tidak berbuat apa-apa. Saya tak nampak peranan kerajaan dalam membendung gejala social, sebaliknya hanya menambah kerosakan yang sedia ada. Orang parti yang bercakap "berjuang untuk Islam" pun tak nampak kerja mereka. Mereka hanya mengungkapkan kata-kata "kita mesti memartabatkan Islam dan berjuang untuk Islam".
Saya kerap kali menghantar sms kepada mereka yang mengakui pejuang Islam bila ada aktiviti turun ke lapangan. Mungkin dalam fikiran mereka Islam akan kuat dengan sendirinya tanpa perlu bekerja untuk menyebarkannya. Aktiviti rutin yang menjadi tradisi hanyalah ceramah politik hentam sana hentam sini. Natijahnya hanyalah untuk mereka yang telah lama mengikuti tradisi ini tetapi bukan untuk menarik mereka yang tak kenal Islam.
2. Arak
Arak adalah menu utama di Langkawi. Menjadi satu kerugian kepada pelancung atau anak tempatan jika tidak meneguk arak. Arak semurah RM1.30 membolehkan semua orang merasai air kencing syaitan itu. Kemana sahaja anda pergi anda akan menyaksikan anak-anak melayu memegang plastik hitam yang mana di dalamnya adalah tin-tin arak. Cuba bayangkan jika harganya hanya RM1.30 setin. Pelancung Eropah yang datang ke Langkawi mampu membeli selori carlberg dan dijamu kepada anak-anak orang Islam. Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang dipimpin oleh orang Islam telah menjadikan anak Langkawi sebagai mangsa kemajuan. Biar anak orang Islam lingkup asalkan pelancung datang melimpah dan langkawi terus dibanjiri pelawat.
Kalau sebelum memerintah kerajaan terdahulu diasak dari berbagai sudut kononya menjadikan anak langkawi sebagai mangsa pembangunan dan membangun tidak mengikut acuan Islam namun hari ini ianya tidak menampakkan perbezaan. Saya selaku pengerusi dan Penyelaras LANDAS Langkawi pernah beberapa kali dipelawa bergabung dengan sebuah parti politik untuk menjalankan aktiviti mendekati remaja namun saya menolak pelawaan tersebut. Alasan saya ialah mahu mereka mendesak kerajaan pusat menari balik status bebas cukai terhadap arak.
Jika ini tidak dilakukan tak perlulah berpura-pura mahu mengubati remaja yang rosak. Kerajaan negeri juga tidak berusaha untuk mengurangkan orang Islam Langkawi dari ketagih arak. Kami pernah menyerahkan memorandum secara terus kepada MB meminta beliau mengkaji status bebas cukai ke atas arak namun sehingga kini belum ada jawapannya. Kami tidak menghalang orang bukan Islam mabuk tetapi jangan sampai kami turut menjadi mangsa.
Ali Abdullah
Pengerusi dan Penyelaras LANDAS
Langkawi
Mc nak tambah sikit la, cerita ni bukan saja di Langkawi, malah di Bandaraya Alor Setar sendiri keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi. Tumbuhnya pusat karaoke, snooker dan kelab malam baru juga menjadi punca kerosakkan akhlak pemuda-pemudi di Alor Setar. Apakah kerajaan Pas Kedah tidak sedar dengan semua ni? MB Kedah tu, tahu ka dak pasal semua ni? Tah-tah dia apa pun tak tau.
Ingat kerajaan Pas baguih sangat, kot-kot boleh jaga anak-anak muda boleh jadi baik. Rupanya sejak Pas memerintah Kedah ni, keruntuhan akhlak dikalangan remaja semakin mejadi-jadi. Tue laa.. dulu hangpa semua takbirrrr!! lanih dah pandai Takeebeeerr!! sebab tue habis rosak. he he he..
P/s: Mana tak rosak, ceramah ja lebih dari gheja. Lingkup la semua!
MctHeory:
Baru dua tahun setengah! Habis semua dah rosak!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
orang2 pas dah lama nak minum arak...cuma segan2 sikit takut orang umno kutuk.
depa ni lagi teruk....orang umno dah besa dah benda2 lagu.
bagi oghang2 kedah la ni.perangao depa macam teruk dari kambin jantan.
bukan bulih nampak betina lawa.
duit dah banyak..apa lagi...cuba2 hang pi sempadan..ramai dah ahli pas cukorq janggut....takut oghang kenai depa tu ahli pas.
pi danok...la tuuuu...
Masa aku kecik dulu, pernah dengar seorang ustad kata: kalau kita tak suka sesuatu kemudian kita dengan sombongnya mengutuk pulak, nescaya Allah akan kembalikan kepada kita keburukan itu. Tapi kalau kita berdoa dalam hati minta Allah jauhkan dari kita dan sentiasa berusaha menjadi baik, InsyaAllah akan berhasil. Apa yang aku tengok hari ni memang dah jadi. PAS bukan main lagi kutuk kalau ada yang tak kena masa BN dulu. Bukan main sombong lagi muka-muka lebai janggut sejemput tu. Siap dengan takbir lagi. Nah, HARI NI GILIAQ DEPA PULAK. Macam tulah hidup...
ce p kat aloq janggus belakang pekan aloq janggus tu ada 1 kedai mkn cina,yg tersembunyi serta gelap dpn dewan serba guna mca,tiap2 kali bulan posa penuh pak lebai duk mkn minum kat situ tgh2 ari buta.lagi sakan..rasa2 ayaq kencing setan pun ada.
pemuda padang lalang...
satu lg blog pro umno.......
Catat Ulasan