Ahad, 5 September 2010

LAGI ORANG TAK PUASA KAT KEDAH! Orang Pas lanih!

gambar kurang jelas

SUNGAI PETANI - Dengan berlaukkan sambal sosej dan telur goreng, salah satu restoran di Jalan Kolam Air di sini terus mendapat sambutan daripada golongan yang tidak berpuasa termasuk dua pekerja kontrak yang dicekup dalam Ops Ramadan, Khamis lalu.

Dua pekerja kontrak yang dicekup sedang membungkus nasi yang berlaukkan sambal sosej dan telur goreng itu memberikan alasan mereka tidak berpuasa kerana melakukan kerja berat.

Pekerja kontrak terbabit berkata, dia bersama seorang lagi rakannya sering membungkus makanan di restoran berkenaan kerana tidak tahan dengan kerja berat yang dilakukan setiap hari.

Menurutnya, dia mengetahui mengenai khidmat restoran terbabit yang menjual makanan kepada orang tidak berpuasa di sini apabila sering melihat ia dipenuhi kenderaan walaupun pintu tidak dibuka.

“Hari ini saya dan rakan membungkus lima nasi berserta lauk untuk rakan lain yang bekerja di tempat sama, namun tidak sampai beberapa minit kami di sini, kami dicekup.

“Bukan kami tidak mahu puasa tapi skop kerja kami memaksa kami untuk berbuka puasa lebih awal kerana kami perlu mengangkat barang-barang berat.” katanya.

Menurutnya, nasi berlaukkan sambal sosej dan telur goreng itu hanya berharga RM2 sahaja dan memadai sebagai hidangan untuk ponteng puasa kepadanya.

Dalam perkembangan lain, Ops Ramadan yang diadakan kali keempat oleh Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Muda bersama Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Bahagian Penguatkuasa, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dan Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Tentera turut menyerbu sebuah restoran di Tanjung Dawai.

Semasa serbuan dilakukan, dua lelaki yang ponteng berpuasa tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa kerana leka memilih lauk untuk dibungkus, malah mereka tidak menyedari tindakan mereka dirakamkan Sinar Harian.

Apabila kehadiran pihak berkuasa disedari, salah seorang daripada mereka cuba melarikan diri mengikut pintu belakang restoran berkenaan, namun gagal akibat tergelincir dan berjaya di tahan pihak berkuasa.

Lelaki yang cuba melarikan diri itu berkata, dia hanya membungkus makanan untuk anaknya yang berusia empat tahun yang ditinggalkan di rumahnya di Merbok.

Namun setelah diperiksa, nasi yang sudah dibungkus mengandungi masakan pedas dan tidak bersesuaian untuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun. - sinar

P/s: Dah la tak puasa, menipu pulak tue.. ishh laa.. ni la ajaran Pas kat Kedah rupanya. Patut la depa tak mau hukum hudud.

MctHeory:
Pas memang teruk la!

Tiada ulasan: