Pendirian mengenai hukum hudud pun 'flip flop' lagi mau cakap banyak! |
Presiden PAS mengajak orang Melayu-Islam agar memberikan sepenuh kepercayaan kepada PAS untuk menerajui dan mengambilalih 'tugas' UMNO setelah parti yang ditubuhkan pada 1 Mei 1946 hasil pertemuan dan perundingan 200 pemimpin Melayu daripada 41 buah pertubuhan Melayu pelbagai aliran di Kelab Sultan Suleiman Kampung Bharu, tidak lagi kelihatan MAMPU menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.
Ajakan Tuan Presiden itu dilihat sebagai ikhlas dan penuh kesedaran. Apatah lagi, UMNO sendiri dipimpin oleh barisan kepimpinan yang LEMBIK, TIDAK BERPENDIRIAN, LEMAH, TERLALU MENURUT dan HILANG HALUAN.
Namun, Hadi Awang juga sebenarnya hanya melihat lompang di dalam barisan kepimpinan UMNO yang berperut buncit, berbadan gempal, bila bercakap, cakapnya hanya projek, berkereta mewah dan berumah besar. Hadi Awang tidak melihat fenomena dan ciri-ciri yang sama, turut melanda dan menjadi imej utama di dalam kepimpinan PAS sekarang ini. Bentuk tubuh badan tawadduk dan zuhud hampir tiada. Bahkan kalau ada pun, pakaian mereka pula melambangkan mereka dari golongan mewah dan mencintai keduniaan.
Kata Hadi, UMNO tidak lagi boleh dipercayai kerana parti tersebut kerapkali mengelirukan masyarakat dengan ajaran-ajaran Islam yang diputarbelit dan menggunakan isu-isu perkauman untuk kelangsungan parti berkenaan. (Blog Tuan Guru Presiden)
Kenyataan berkenaan sebenarnya TERPERCIK ke muka PAS sendiri. PAS sebenarnya yang terlalu keliru dengan Islam. Hukum-hakam Islam di tangan PAS sentiasa berbolak-balik. PAS tidak ada ADAB dan bagaikan tidak pernah MENGAJI tentang AKHLAK.
Daripada teladan yang ditunjukkan oleh para pemimpin PAS, parti berkenaan sebenarnya tidak menepati ciri-ciri syahsiah Islam langsung. Sebaliknya para pemimpin parti tersebut seperti sedang MENENTANG FIRMAN ALLAH TAALA (Al-Maidah, 5:54) yang antara lain tafsirnya ialah, golongan MUNAFIK yang mencari-cari alasan yang tidak rasional atau alasan yang diada-adakan bagi membantu golongan sekutunya.
Terlalu banyak kerugian yang dialami oleh umat Islam apabila parti politik seperti PAS terlalu memberi muka dan mencari-cari alasan untuk mengambil hati golongan kafir dan musyrik. Antara alasan TERBAIK yang pernah difikirkan oleh barisan kepimpinan PAS adalah DAKWAH BIL-HIKMAH yang sebenarnya ia tidak lebih daripada doktrin dan promosi politik semata-mata.
Sama halnya apabila pemimpin-pemimpin Cina kafir memasuki surau dan masjid dengan alasan untuk menyampaikan bantuan dan derma. Perhatikan bagaimana barisan kepimpinan PAS mencari-cari alasan dan dalil untuk membenarkan perlakuan tersebut tanpa menghiraukan ADAB dan TERTIB yang diajarkan oleh Islam. Perhatikan juga bagaimana kembangnya para pengikut PAS apabila melihat orang kafir berada di dalam masjid tanpa mengambil kira maksud sebenar pemimpin kafir berkenaan berada di masjid dan surau.
Terlalu bersangka baik kepada golongan kafir tetapi sangat keras sikap permusuhan sesama Islam disebabkan ideologi politik, sebenarnya ia sangat bertentangan dengan PERINTAH ALLAH TAALA dan RASUL-NYA. Al-Maidah ayat 55 itu sudah cukup untuk dijadikan panduan seandai benar golongan pengikut PAS benar-benar mencari keredaan dan taqwa daripada Allah Taala.
'Jemputan' yang dilakukan oleh Hadi Awang, dari satu segi memang kelihatan sangat baik dan mulia. Namun Hadi Awang juga sebenarnya tidak mengambil kira 4 Golongan Penghancur Islam. Kebanyakan pemimpin PAS adalah tergolong dalam salah satu daripada 4 golongan terbabit. Berapa ramai daripada pemimpin PAS yang tidak berilmu dan tidak beramal? Berapa ramai pula pemimpin PAS yang berilmu tetapi tidak beramal?
Rasa-rasanya ramai yang dapat menjawab dan membuat pengelasan para pemimpin PAS mengikut dua persoalan terbabit. Terlalu ramai si jahil di dalam PAS yang cuba berlagak sebagai ulama....
Lebih aneh, terdapat ramai ulama di dalam PAS tetapi kesemua mereka menjadi Ulama Su' yang sudah dibisukan mulut dan gerak-geri mereka. Mereka redha dengan kemungkaran yang berlaku di dalam jemaah asalkan mereka tetap dalam jawatan dan tidak dicop dengan gelaran 'Konco UMNO' dan sebagainya...
Hadi Awang sepatutnya menggiatkan semula dan menyuburkan lagi semangat perpaduan di kalangan umat Islam-Melayu. Tidak guna meletak dan menarik Melayu-Islam di dalam satu parti politik yang akhirnya akan menyaksikan mereka sebagai penafsu-penafsu politik seperti yang duk ada la nih, sebaliknya mengajak umat Islam menyelami ajaran sebenar Islam yang bebas daripada nafsu dan serakah politik PAS mahupun UMNO.
Tetapi mampukah Hadi Awang berbuat begitu? Apatah lagi dia dikelilingi oleh Dajjal-Dajjal dan Syaitan-Syaitan yang sedang mengintai kedudukan dan jawatan di dalam partinya?
Sumber The Flying Kick
P/s: Sedangkan berhadapan dengan Dap pun mereka kencing bercucuran, macam ni ke nak bela nasib Islam dan Melayu. Adehh.. tak harap dehh..
MctHeory:
Lemahnya UMNO dalam mentadbir, lemah lagi Pas dalam mempertahankan Islam.
1 ulasan:
nice fact.
Catat Ulasan