sekadar hiasan |
Oleh Susan Lim - Malaysian Instinct
Kes paderi menghina Islam di Kuching menambahkan ketegangan dalam masyarakat. Di kala sentimen perkauman masih lagi hangat, apa yang dilakukan oleh paderi tersebut dilihat sebagai provokasi nyata yang ingin menyalakan bara.
Penulis sendiri merasa tidak selesa dengan apa yang berlaku sekarang. Penulis juga tahu, orang Islam pastinya tersinggung dengan perbuatan yang dianggap biadap itu.
Di Amerika baru-baru ini penghinaan terhadap Islam berlaku apabila seorang paderi mengugut akan membakar Al-Quran. Sememangnya, Islam sering menjadi sasaran penghinaan golongan rasis dan berfikiran sempit.
Namun begitu, masyarakat Islam yang rasional jarang sekali bertindak balas dengan membakar kitab atau menghina sembahan agama lain apabila Islam dihina. Ini kerana Islam tidak mungkin terhina walau apapun yang dilakukan oleh mereka.
Orang Islam yang waras, percaya bahawa Islam itu adalah agama yang lengkap dan mereka yang mencemuh agama ini yang akan berakhir dalam kehinaan.
Tatkala Katy Lim menghina Allah, umat Islam di Malaysia tidak pula membalas dengan mencemuh berhala atau Tuhan yang disembah oleh Katy Lim.
Orang Islam juga tidak mentertawakan buah-buahan dan makanan yang diletak bagi tujuan sembahyang walaupun semua orang tahu yang Tuhan itu tidak ‘mampu’ menjamah makanan yang dihidangkan.
Mereka juga tidak menghina roh nenek moyang orang bukan Islam yang tidak dapat bercakap setelah menjamah kuih bakul yang liat dan melekat-lekat.
Apabila Namawee menghina Azan, orang Islam tidak pula membalas dengan menghentam gendang Cina dan suasana bising tangisan lakonan upahan bila ada kematian kaum itu.
Melayu marah apabila agama dan bangsanya dihina tetapi masih bersikap rasional dan matang serta tidak sanggup menghina agama lain sebagai tindak balas. Itulah bukti tingginya nilai-nilai diri bangsa Melayu serta kesucian dan kebenaran Islam.
Sebagai seorang Cina, penulis kadang-kadang merasa malu dengan gelagat orang bukan Islam cuba menghina dan memalukan orang Melayu dan agama anutan mereka.
Sebaliknya, perbuatan paderi Kristian di Kuching pula secara langsung telah merendahkan martabat agamanya sendiri. Pasti orang Islam tertanya-tanya, apakah Kristian membenarkan perbuatan itu? Apakah agama Buddha atau Hindu juga menggalakkan penganutnya mempersenda agama lain?
Ini kerana sehingga kini kita masih tidak mendengar komen atau kecaman dari pihak pemimpin politik beragama Kristian berkenaan perbuatan paderi tersebut. Theresa Kok, misalnya, apakah dia tidak ada apa untuk diperkatakan tehadap paderi tersebut?
Pemimpin DAP dan PKR yang rata-ratanya merupakan penganut Kristian, Buddha dan Hindu juga sama, tidakkah terpanggil untuk membuat kecaman terhadap paderi tersebut hanya kerana bukan agama mereka yang menjadi sasaran?
Apakah ajaran agama-agama mereka membenarkan penganutnya menghina orang lain? Adakah ajaran agama selain Islam turut mempunyai mempunyai silibus menghina Tuhan agama lain?
Atau apakah pemimpin-pemimpin ini semua sememangnya rasis dan anti-Melayu yang tegar?
Agak memalukan bukan, apabila ada orang masih mahu bergaduh kerana soal kaum dan agama. Kalau semua agama membawa ke syurga, kenapa perlu kita bergaduh?
Apabila anak Cina menyimbah cat di surau, Melayu menerima permohonan maaf mereka dengan baik. Tidak ada politikus Melayu yang melalak meraung dan melolong mencemuh dan membangkitkan kebencian terhadap anak-anak Cina tersebut.
Tidak pernah kita dengar pemimpin Melayu kata ``Mari Kita Parangkan Mereka``. Sebaliknya, politikus Cina pantas membela perbuatan anak-anak Cina itu sebagai kenakalan anak-anak muda semata-mata.
Tetapi, bila seorang pengetua Melayu menyatakan hakikat bangsa lain yang menjadi pendatang ke negara ini, semua politikus terutamanya dari DAP menyalak-nyalak tanpa henti, riuh rendah, bising lagi membingitkan.
Politikus Melayu tidak pula bertindak membela pengetua tersebut tetapi bersikap rasional dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasatnya.
Politikus Cina juga secara terang-terangan membela Namawee seorang rasis dan pengkhianat negara yang jelas, malah mengangkatnya sebagai wira kaum Cina pula.
Semua ini membuktikan bahawa DAP dan PKR sememangnya didominasi oleh rasis dan anti-Melayu. Jika tidak, tidak mungkin suatu ketika dulu pemimpin DAP di Perak pernah menjanjikan yang tidak ada masalah undang-undang bagi umat Islam yang ingin murtad di Perak.
Melihat dari kesungguhan DAP khasnya dan pembangkang amnya, untuk menyemarakkan ketegangan kaum dalam setiap perbuatan dan kata-kata mereka, kita musykil apakah paderi tersebut juga sekadar bertindak mengikut perancangan mereka untuk mencetuskan kemarahan orang Melayu?
Apakah DAP dan pembangkang benar-benar ingin bermain dengan api? Jika tidak, tolonglah bersuara mengutuk penghinaan paderi tersebut terhadap Islam. Tidak apa jika tidak ikhlas, lagipun pernahkan DAP melakukan apa-apa kebaikan terhadap Melayu atau Islam secara ikhlas?
Tolonglah jangan dimalukan bangsa Cina di Malaysia ini.
Mctheory:
Dap sebenarnya lagi suka paderi tu buat macam tu!! Kalau nak tahu la..
1 ulasan:
nak nangis aku baca tulis diatas
ada gak orang cina yang memahami ..
huhuhu
Catat Ulasan