Semalam Mc ada post tajuk artikel yang sama macam ni. Pelbagai komen yang Mc dapat, tak tahulah sama ada ikhlas atau tidak. Tapi Mc berterima kasih kerana sudi meninggalkan komen didalam blog Mc. Kalau kritikan tu, Mc terima aje, kritikan tu adalah satu benda yang baik, untuk muhasabah diri kita menjadi lebih baik.
Nanti Mc ulas topic yang Mc buat tue, kat sini Mc cuma nak jawab sikit komen yang pembaca bagi kat Mc (orang kata cakap biaq terang). Blogger bebas macam Mc ni tidak terikat dengan sesiapa pun, Mc buat blog, tulis blog, buat kajian, cari berita, bayar duit broadband, semuanya dari hasil titik peluh sendiri. UMNO? Kerajaan? mana ada nak pandang orang macam Mc ni. Dorongan untuk menjadi blogger pun disebabkan menyampah dengan puak-puak blogger upahan Pakatan Haram yang bersepah di internet ni membuat fitnah sana-sini.
Nak jawab fitnah mereka, kalau bagi komen, jangan harap nak lepas, haram nak siar. Jadi untuk membetulkan keadaan, Mc terpaksa buka blog dan jawab balik apa yang mereka dok merapu membohong rakyat dalam internet ni. Walaupun sudah ada blog pro-BN, tapi kata orang, kalau kita berjuang, lagi ramai lagi bagus. Otak dia ada benda lain, otak Mc pulak tak sama macam otak dia. Masing-masing ada pendapat sendiri, pengalaman sendiri. Maka setelah difikirkan masak-masak, lahirlah blog yang tak seberapa ni.
Kepada pembaca yang kata ayat dalam blog Mc ni macam kedai kopi, Mc memang setuju sangat. Memang Mc buat blog ni tidak mengunakan perkataan 'skema' dalam DBP. Buat apa nak pakai ayat skema? Blog kena ada kelainan dari akhbar atau portal rasmi yang lainnya. Jika nak 'skema'kan ayat, baik pergi baca akhbar je, dah tentu ayat-ayatnya mengunakan bahasa rasmi. Tak bosan ke kalau 'skema' je, otak pun boleh pusing tau. he he..
Haa.. masuk balik topic kenapa melayu tak suka UMNO. Senang aje jawapannya, baca kat bawah,
- Melayu tue sahih geng Pas atau PKR.
- Melayu tue mungkin tak suka individu dalam UMNO.
- Melayu tue dah kena rasuk dengan racun puak Pakatan Haram yang dok fitnah sana-sini.
- Melayu tue banggang macam Mahfuz Bean.
- Melayu tue bodoh macam Mat Sabu.
- Melayu tue tak pernah baca akhbar lain, selain harakah.
- Melayu tue dulu tak sekolah, sebab suruh sekolah lari sembunyi bawah jambatan (macam mahfuz).
- Melayu tue dok sembah atau puja gambar N.ajis saja.
- Melayu tue gay atau homoseksual (sebab gay sekarang sokong anwar).
- Melayu tue tak suka sejarah, bila kelas sejarah dulu dia ponteng (macam mahfuz jugak).
- Melayu tue lebih suka dengar tazkirah dari puak Dap dari saudara sama Islamnya sendiri.
- Melayu tue tak sedar diri melayu.
- Melayu tue yang sanggup kafirkan saudara sama Islamnya dari bini haramnya Dap.
- Melayu tue kena hasut sebab ada orang kata UMNO parti perasuah.
- Melayu tue yang boleh korek lubang, tanam diri sendiri.
Itulah ciri-ciri dan sebab kenapa melayu benci UMNO. Jika seseorang tue berbangsa melayu dan beragama Islam, tiada sebab kukuh kenapa dia patut benci pada UMNO. Sedangkan UMNO banyak berjasa pada rakyat dan negara. Mungkin disebabkan faktor-faktor diatas menyebabkan dia terlupa semuanya. Apa yang dia ingat, hanya apa yang pemimpin dia dah set dalam kepala otaknya. Kalau tidak takkan dia akan benci UMNO teruk-teruk.
Walaupun ciri-ciri diatas diselitkan dengan gurauan dan jenaka, tetapi ada sesetengah faktor yang Mc ketengahkan itu adalah bercirikan kebenaran. Jangan kita pandang enteng dengan hasutan sulit puak Pakatan Haram kepada kaum melayu, kerana jika melayu sudah termakan racun mereka, maka melayu akan lupa diri dan lupa jati diri yang ada.
UMNO parti perasuah! Itu kata mereka, kata Mc pulak, bukan semua ahli UMNO makan rasuah. Mc ahli UMNO dan Mc bencikan rasuah!.
P/s: Pas bukan lagi parti yang perjuangkan Islam dan Melayu, Pas hanya parti yang sanggup buat apa saja untuk berkuasa walaupun terpaksa lacurkan agama dan bangsanya.
MctHeory:
Sebenarnya Guan Eng sudah korbankan lembu, Lembu yang dikorbankan itu ialah Pas.
3 ulasan:
AKU SETUJU DENGAN SEMUANYA...
SERATUS PERATUS! SOLID...
Aku sendiri, masuk dan menyertai dunia blog sebab aku menyampah dengan PENYELEWENG-PENYELEWENG AGAMA yang bersepah-sepah di kalangan PEMIMPIN serta BLOGGER PAS dan PAKATAN RAKYAT. Golongan ini tak segan silu untuk menyesatkan umat Islam...
Dan anehnya, puak-puak UMNO tak ramai yang nak membahaskan penyelewengan tuh...
Tengok sajalah kisah Nik Aziz kata Allah tu SAMSENG apabila dia merujuk kepada AL-QAHHAR, salah satu nama Allah Taala.... begitu juga apabila Aduka Taruna apabila memulakan BASMALLAH dengan Nama Allah Yang Maha Ego....
alahai... terasa muflis sebagai orang Islam....
Tu yang aku geram sangat tuh!!!
CTW,
Sama la kita, dari berdiam diri, baik kita cari jalan untuk menyelesaikan masalah akhlak dan akidah yang sudah terpesong jauh.
YA MC..
AKU NAK TAMBAH SATU POINT LAGI YG KO TERLUPA NAK MASUKKAN IAITU SEBAB APA ORG MELAYU TAK SOKONG UMNO LAGI IALAH KERANA :
1. HANYA ORG MELAYU YANG BODOH MCM LEMBU SAHAJA YG MENYOKONG UMNO KINI..!!
Catat Ulasan