Sabtu, 4 September 2010
SETUJU DENGAN KULI PENEROKA FELDA TIDAK BODOH, YANG BODOHNYA PAKATAN HARAM!
Oleh Salahuddin Hassan
Membaca wawancara Akhbar Siasah dengan Ku Li yang bertajuk Melayu Kritikal Perlu Kuasa Ketiga, penulis merasa terkejut dengan kritikan Ku Li terhadap pengurusan Felda.
Walaubagaimanapun kita percaya niat Ku Li hanyalah untuk membela peneroka dan bukannya bermotifkan politik. Sekiranya segala kritikan tersebut benar, eloklah pengurusan Felda mengambil inisiatif memperbaiki dan memperbetulkan kelemahan dan kesalahan.
Namun, kita juga percaya Ku Li telah disalahmaklum mengenai beberapa perkara terutamanya mengenai pendapatan peneroka. Entah peneroka mana yang membuat fitnah memberitahu Ku Li yang pendapatan mereka hanyalah RM350 sebulan.
Purata pendapatan sekarang pun antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan. Tanyalah mana-mana peneroka Felda, ayat yang sama akan mereka sebut.
Satu ketika peneroka memperoleh pendapatan sehingga RM12,000 sebulan iaitu sewaktu harga sawit tengah melambung di pasaran dunia.
Peneroka juga pada dasarnya, hidup selesa dan tidaklah daif sepertimana yang cuba digambarkan oleh sesetengah pihak. Malah diwaktu harga komoditi jatuh sama ada sawit atau getah, pendapatan peneroka terjamin iaitu tidak kurang RM1,000 sebulan.
Mengenai wang Felda yang dipersoalkan oleh Ku Li yang kononnya tidak digunakan untuk faedah peneroka juga adalah tidak tepat. Ku Li mempersoalkan kenapa wang itu tidak diberi kepada peneroka secara langsung agar peneroka dapat merasa titik peluh mereka.
Dalam bab ni, nampaknya Ku Li kelihatan bodoh sedikit. Bukankah wang tersebut diguna untuk program tanam semula untuk peneroka? Maknanya, wang disalur terus untuk keperluan mereka di samping membina prasarana lain di kawasan tanah rancangan.
Wang Felda juga digunakan untuk menjana pendapatan Felda bagi persediaan di masa depan agar tidak terlalu bergantung kepada sumber perladangan. Selain itu, wang Felda juga digunakan untuk membina kemudahan prasarana dan pembelajaran untuk anak-anak Felda.
Semua faedah ini pastinya tidak boleh dilihat dalam bentuk tunai. Ia lebih merupakan pelaburan yang hanya akan dinikmati dalam jangka panjang.
Sebagai seorang yang mahir dalam kewangan mungkin Ku Li mampu mendidik warga Felda untuk melihat ‘faedah kewangan’ dalam skop yang lebih luas. Kita percaya, warga Felda, bukan bodoh, seperti kata Ku Li, dan kita yakin majoriti mereka dapat memahami bahawa faedah tidak semestinya boleh dilihat dengan mata kasar iaitu dalam bentuk tunai setiap bulan.
Seperti kata Ku Li, tidak wajar juga mengenepikan terus unsur-unsur hasutan pembangkang dalam isu ini kerana kita tahu betapa jumlah warga Felda itu begitu signifikan jika diterjemahkan dalam bentuk undi.
Lebih dari itu, kita perlu ingat bahawa setiap penempatan Felda juga merupakan kelompok besar bangsa Melayu. Dan selagi ada parti rasis Cina seperti DAP di Malaysia, kita perlu memikirkan juga apakah ertinya Felda kepada mereka.
Apa yang lebih penting ialah memastikan keselesaan, kesejahteraan, kesinambungan dan peningkatan dalam hidup warga Felda di masa kini dan masa depan. Jangan biarkan politik menghancurkan Felda.
Sumber Malaysia Instinct
MctHeory:
Kerap Pakatan Haram fitnah pasal felda, kenapa ya? Ohh lupa lak, kawasan felda kan lubuk kuat UMNO/BN.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
JIKA TANPA POTONGAN2 YNG MENGARUT KAT PENEROKA FELDA, SUDAH PASTI PENDAPATAN SEBENAR PENEROKA BUKAN
RM 1500-RM2000 SPT MC DAKWA, TAPI LBH RM3000.00...SEBAB FELDA SENDIRI MENGAUT KEUNTUNGAN ATAS ANGIN SAHAJA KE ATS PENEROKA...
DIA MEMBUAT KEUNTUNGAN BILION RM, TAPI PENEROKA DAPAT RM 100-RM300 JE KAT RAYA...FAHAM SGT DAH DGN GELAGAT FELDA NIH!!
jawapan yang patut dari kuli -
Ambo dah tua ingat-ingat lupa macamana nak kira 1 + 1 = ?
hantam je lah labu, asal ko bahagia, ada hati lagi nak jadi PM kot...
Catat Ulasan