Ahad, 5 September 2010

PAS PERJUANGKAN ISLAM? BERAPA RAMAI YANG MASUK ISLAM SEBAB PAS?


Oleh JEFRI ZACHARIAH

Bila isu khatib mendoakan Lim Guan Eng dan wakil rakyat bukan Islam masuk ke ruang solat di surau serta masjid 'meletup', pemimpin Pas adalah orang yang paling tak senang duduk.

Mereka tahu, isu ini akan 'backfire' mereka. Mereka tahu masyarakat akan mempersoalkan pendirian mereka dalam isu tersebut, apatah lagi yang membenarkan para wakil rakyat kafir ini untuk berbuat demikian adalah orang mereka sendiri.

Maka mereka seperti biasa para pemimpin Pas yang diketuai oleh jeneralnya, Nik Aziz, akan menggunakan apa saja dalil dan nas untuk mengharuskan perbuatan tersebut.

Namun alasan yang diberikan pada masyarakat cukup melucukan, malah memualkan... kononnya ia bertujuan memberikan kesedaran serta hidayah kepada wakil-wakil rakyat kafir ini, ishk!

Saya ingin bertanya kepada pemimpin Pas, berapa ramai orang kafir yang memeluk Islam disebabkan Pas? Berapa ramai orang kafir yang mengucap kalimah syahadah disebabkan mereka dibenarkan masuk ke ruang solat seperti mana yang Pas katakan itu? Maaf, orang kafir sebenarnya lagi bencikan Pas disebabkan sikap ahli dan pemimpin parti tersebut yang ekstrem dan suka memfitnah orang itu!

Dalam hal ini, Pas patut malu pada Perkim kerana merekalah sebenarnya yang selama ini bersungguh-sungguh berdakwah dan berjaya menarik ramai orang bukan Islam untuk memeluk agama kita yang tercinta ini, bukan Pas yang hanya tahu berceramah, berceramah dan berceramah.

Dosa Perkim hanya satu, mereka bukan jenis bertelurnya sebiji dan riuhnya sekampung macam Pas.

Tahukah Pas, Perkim bukan saja bertindak mengIslamkan saudara baru kita, malah mereka mengajar saudara-saudara baru kita ini membaca al-Quran, tafsir, hadis, sejarah Islam, fardu ain dan fardu kifayah, dibekalkan al-Quran dan pelbagai bahan bacaan mengenai Islam.

Jika mereka mempunyai masalah tentang alam kehidupan yang baru, mereka boleh menghubungi atau berjumpa sendiri pegawai-pegawai dakwah Perkim yang sedia membantu 24 jam. Pada zaman moden ini, Perkim menyediakan laman web dan mereka boleh menggunakan ruang aduan dalam web Perkim yang dapat diakses di mana sahaja tempat yang terdapat Internet.

Malah, baru-baru ini Perkim membuka Pusat Aduan Perkim di lobi Bangunan Perkim, yang berperanan bukan sahaja memberi bantuan kepada masalah agama tetapi berfungsi menerima pelbagai aduan berkaitan masalah rakyat yang kemudian dipanjangkan kepada pihak-pihak berkuasa.

Untuk pengetahuan Nik Aziz dan orang Pas, apabila Malaysia ditubuhkan pada 1963, Perkim menjalin hubungan dengan BINA/HIKMAH (Sarawak) dan USIA (Sabah) menubuhkan Badan Dakwah Islam (Badai) bagi tujuan berdakwah kepada kaum Iban, Kadazan dan suku kaum lain di Malaysia Timur.

Seperkara yang sering terlepas pandang oleh pengkaji Islam adalah sumbangan besar Perkim, BINA (kemudian HIKMAH di Sarawak) dan USIA di Sabah dalam mencegah dan mematahkan gerakan mubaligh Kristian di pedalaman Malaysia yang cukup aktif dalam kalangan masyarakat Iban dan Kadazan. Walaupun peruntukan dan sumber yang cukup terhad, namun pada 1980-an, dianggarkan lebih 100,000 orang telah memeluk Islam melalui usaha dakwah Perkim, BINA dan USIA.

Selain itu, Perkim juga membuka rangkaian klinik termasuk klinik bergerak yang dikendalikan oleh doktor dan jururawat sukarela yang memberi rawatan percuma kepada pesakit kurang mampu.

Perkim juga telah membuka Pusat Pemulihan Dadah di Perak, Pusat Perlindungan Wanita di Negeri Sembilan dan Kompleks Anak Yatim di Kedah.

Dalam bidang pendidikan, Perkim membuka Institut Perkim-Goon yang menawarkan kursus peringkat diploma kepada saudara baru dan tadika Tasputra Perkim khas untuk anak-anak kurang upaya (OKU). Sebuah asrama untuk anak-anak Orang Asli dibuka di Bukit Persekutuan Kuala Lumpur.

Perlu disebut sumbangan Perkim tidak terhad kepada rakyat tempatan sahaja kerana sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) badan kebajikan Islam, Perkim telah diberi peranan penting oleh kerajaan, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Rabitah Islami untuk membantu Pelarian Perang Islam (PPI) dari beberapa negara ASEAN yang bergolak antaranya dari Kemboja (Melayu Champa), Mindanao (bangsa Moro) dan Myanmar (Rohingya) untuk mendapat perlindungan sementara atau menjadikan Malaysia sebagai negara transit sebelum berhijrah ke negara lain.

Sejak 2006, Tun Dr. Mahathir Mohamad memimpin Perkim dan sebagai seorang negarawan berpengalaman dan dihormati di dalam dan luar negara khasnya di negara-negara Islam, beliau membawa nafas baru ke dalam Perkim sekali gus melonjak prestasi Perkim ke tahap yang lebih tinggi dalam gelanggang dakwah.

Perkim juga sedang giat mempromosi konsep Tajdid Islami di semua universiti awam dan universiti swasta melalui Kelab-Kelab Perkim Universiti. Tajdid Islami merupakan hala tuju Perkim yang baru bagi memberi fokus kepada golongan muda, di samping meneruskan kerja-kerja kebajikan.

Saya berterima kasih kepada En. Zuber dari Perkim kerana memberi maklumat sumbangan Perkim ini dalam penulisannya, sekurang-kurangnya ia boleh menyedarkan pihak Pas yang dakwah Perkim jauh meninggalkan Pas yang cuma sebuah parti politik penuh retorika ini.

Jadi bila Nik Aziz dan konco-konconya menyatakan merekalah yang memperjuangkan Islam di Malaysia ini, saya hanya mampu tersenyum KELAT sajalah nampaknya

Semoga Pas terus sukses dalam menipu rakyat Malaysia dan orang Islam di negara ini.

Jangan bimbang, orang Perkim tak pernah kecil hati kerana mereka tahu mereka ikhlas berjuang di bumi Allah, bukannya Pas yang berjuang dan menggunakan agama demi kertas undi.

Jangan marah....

Sumber Malaysia Instinct

MctHeory:
Pas cakap je gempak, tapi habuk pun tarak!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DLU WALLY SLIPOR KATE ORG BKN ISLAM MCM TEO AKAN DPT HIDAYAH BILE MASUK MESJID. TP SKANG TEO DH MENGAKU KATE DIA TAK NK MASUK ISLAM PUN. SIAP CKP ADE PENYOKONG DIA TAKUT DIA DAH KENE BOMOH SUPAYA MASUK ISLAM..AKU RASE WALLY SLIPOR YG DH KENE BOMOH SAMPAI BODOH NGAN DIA KOT KEHKEHKEH

joecharlie berkata...

RAMAI SAMPAI PATONG BUDDHA TERBESAR PUN BOLEH TERTIDUR LETIH MELAYAN N.AJIS DIKELANTAN MENGISLAMKAN SAMI-SAMI BUDHA DIKELANTAN.

Tanpa Nama berkata...

rasanya perlu blajar lagi tntang ilmu dakwah dan tarbiyah...orang y ditarbiah x kan mengutuk atau mencaci sesama umat islam..ad cara y b'hikmah..

oldman berkata...

Usah petikaikan pejuangan PAS kan sekarang ni DAP lebeh mehormati Islam ni semua kerja PAS lah,PAS tak perlu berkata mengeluarkan arahan cukup tunjuk dengan jari je mengelupur DAP buat keje..tenguk kat Perak sedikit masa dulu siapa yg tepekik yg baring atas jalan raya menghalang keinderaan sultan....... Pas hanya tenguk dari jauh peluk tubuh...tesenyum lagi.