Sabtu, 23 Oktober 2010

GEJUT! RANCANG STRATEGI RAMPAS BALIK KEDAH!


KUALA LUMPUR  Okt. - UMNO Kedah telah menggariskan tujuh strategi dalam misi menawan semula negeri tersebut daripada tangan pembangkang.

Wakilnya, Datuk Othman Aziz berkata, strategi itu juga akan melibatkan 13 aktiviti teras termasuk memantapkan semula hubungan dan keupayaan kepimpinan di semua peringkat bahagian.

Dalam usaha merealisasikan impian tersebut katanya, UMNO negeri juga akan memastikan pengundi dan penyokong sedia ada sentiasa dijaga, mengambil hati pengundi muda serta mengukuhkan hubungan dengan agensi kerajaan.

"Peralihan kuasa ke tangan pembangkang telah menyebabkan kita terpinga-pinga dan hilang pedoman buat seketika.

"Tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh berdiam diri sebaliknya bermuhasabah dan mengatur gerak kerja untuk kembali memerintah Kedah.

"Justeru kita memerlukan bantuan daripada segenap ahli UMNO untuk sama-sama membantu merealisasikan misi ini," katanya ketika berucap membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Othman berkata, dalam konteks memenangi semula hati rakyat, mereka yang memegang jawatan mesti melakukan kerja secara fokus dan terancang serta mempunyai sasaran.

Mereka yang memegang jawatan, tegas beliau, tidak boleh lagi leka dan berseronok dengan jawatan sebaliknya harus bertanggungjawab memegang amanah yang diberikan.

"Kita kena segerakan kerja, jangan tangguh-tangguh lagi," jelasnya.

Dalam memastikan kejayaan itu, kata Othman yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerlun, empat peringkat UMNO iaitu bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri juga harus memiliki semangat berpasukan yang tinggi serta bersedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Malah setiap ahli dan pemimpin juga katanya, perlu memiliki 'rasa terancam' sebagai satu dorongan dan motivasi untuk mencapai impian tersebut.

"Oleh yang demikian, kita ingin meminta jasa baik para menteri yang turun padang melakukan kerja rasmi masing-masing untuk turut meluangkan masa menyusun program UMNO.

"Bukan itu sahaja kita juga amat berharap bapa angkat Majlis Tertinggi (MT) yang dilantik Perdana Menteri dapat mencetuskan sesuatu sebagai peniup semangat," katanya. - Utusan Malaysia

Patut diselitkan, jangan buat kerja depan presiden saja. Jangan buat kerja nak tunjuk rajin ja tapi tak ikhlas. Buat kerja bukan sebab jawatan saja, Paling penting jangan ikut rasmi Pas, cakap saja, kerja haram tak buat.

Patut mula buat kerja dari sekarang, lagi awai lagi baguih. Gempur semua kubu Pas kat Kedah nu.. ada berani ka?


P/s: paling penting, buang buah yang dah busuk, jangan simpan lama2 nanti berulat.

Mctheory:
Orang kata kita mulut jahat, takpa, janji hati baik.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

disini saya ingin bicara sadikit tentang umno kedah dgan sikap yang amat2 saya kesali,terjadi terhadap saya,pada 7hb okt saya dgan isteri melangkat kaki memanjat bangunan tunku tingkat 7 dengan satu harapan agar satu masaalah yg saya alami dapat diuraikan oleh sesiapa sahaja yg berada dipejabat umno ,saya ahli umno sudah 30 tahun apa dengan sedikit masaalah meka tak dapat tolong,sasampai saya dibangunan umno tingkat7 saya dilayan saperti insan kg yg kebodohan,masalah tak mahu didengari malah menolak membabi buta,apa guna kita berjawatan tinggi di pejabat umno klu ahli umno tak mahu mendeagari dan menolong masaalah yg ahli hadapi,lihat lah parti cina meka menolong org nya,kita apa cantek saja slogan umno menang kedah senang,senang apa tolong ahli pun tak mau,saya sayang umno,bantu lah kami ahli yg susah,berbicara lah dgan kalimah yg elok,jangan anggar org kg semua nya bodoh,berkempen bukan main bagus semua nak tolong..tapi hampas pun tak ada,,fikir2 lah renong2 lah,apa sikap bagini harus ada dlm umno dan apa kah kedah akan kembali kapangkuan umno.

Tanpa Nama berkata...

UMNO dah semakin korup.bilamana mereka berkuasa mereka terus lupakan rakyat marhean seperti kita.selagi UMNO tidak berubah,selagi itulah undi aku tetap kepada Parti Ajaran Sesat.walaupun pahit untuk memangkah Parti Ajaran Sesat,tapi dengan cara terakhir inilah aku harap UMNO dapat disedarkan.