Jumaat, 22 Oktober 2010

INI DIA CALON KONTROVERSI PAS BAGI DUN GALAS!! CERITA MENARIK DISEBALIK CALON PAS!


Semalam Pas sudah pun mengumumkan calon mereka bagi Dun Galas.

GUA MUSANG – Timbalan Dipertua Pas Kawasan Gua Musang, Dr Zulkifli Mohamed, 44 diumumkan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 November ini bagi mempertahankan kerusi DUN terbabit.

Pemilihan Zulkifli yang juga pengamal perubatan sebagai calon itu diumumkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan sewaktu menyampaikan ceramah perdana sempena sambutan 20 tahun pemerintahan kerajaan Pas Kelantan di Dataran Ilmu di sini, malam tadi.

Hadir sama pada ceramah tersebut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, Tmbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Ngeh Koo Ham.

Dr Zulkifli anak ketujuh daripada 10 adik beradik merupakan anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Guchil pada tahun 1974, Mohamad Awang.

Beliau merupakan graduan perubatan Universiti Malaya pada tahun 1992 dan memiliki klinik sendiri di Chiku.

Dr Zulkifli merupakan bekas calon Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008 yang tewas kepada calon BN, Tengku Razaleigh Hamzah.

Pada pilihan raya umum 2004, beliau tewas kepada Tengku Razaleigh Hamzah dengan majoriti 6,598 manakala pada Pilihan Raya Umum 2008 tewas 4,394 undi bagi kerusi Parlimen Gua Musang.

Dr Zulkifli juga pernah menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Gua Musang selama dua penggal iaitu 2005 sehingga 2009 sebelum jawatan itu disandang oleh Allahyarham Chek Hashim Sulaima. - Sinar

Inilah calon kontroversi Pas, calon ni ramai orang Pas tak suka. Kalau tak percaya baca kat sini. Tapi bila si N.ajis dah pilih, siapa boleh larang?? ada berani ka nak lawan N.ajis? nanti tak masuk syorga kamu. he he he..

Dengar cerita calon Pas ni pernah ditangkap Khalwat? Benarkah?? Boleh baca kat sini.

P/s: Calon ni bakal jadi 'punching bag' Ku Li kat Galas ni.

Mctheory:
Pas siap sedia nak kalah je laa..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

psst, dia merokok tak? kalau tak merokok, kira okla menurut perkiraan n.ajis.. lain-lain tak penting..:-)

mokmek