Jumaat, 22 Oktober 2010
GEMPAR! LAGI LOMBONG PASIR HARAM DISERBU!!
Sedang kita mengikuti Perhimpunan Agung UMNO, ada jugak puak2 yang tak sudah2 dok curi pasir. Pasukan penguat kuasa Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat (PTDHL) bersama agensi penguat kuasa lain, menyerbu kawasan perlombongan pasir haram di Sungai Kembong Hulu semalam dan menemui sebuah mesin pengaut pasir yang disorokkan.
Operasi diketuai Pegawai Daerah Hulu Langat, Zainal Abidin Aala, mendapati timbunan pasir yang dilonggokkan sebelum ini dipercayai sudah dibawa keluar oleh pihak yang menjalankan perlombongan haram di kawasan berkenaan.
Ketika operasi berkenaan enam kenderaan dipercayai dipandu tonto turut mengekori kenderaan penguat kuasa tetapi tidak ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Zainal Abidin berkata, operasi itu dibantu 12 anggota penguat kuasa PTDHL, 10 anggota dari Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) serta 10 anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
“Berdasarkan kepada pemantauan hari ini (semalam) kita mengesyaki masih berlaku aktiviti mencuri pasir kerana terdapat jentera yang disorokkan di kawasan itu. Kami akan terus melakukan pemantauan serta meninjau kawasan terbabit sepanjang masa,” katanya.
Semalam Sentral melaporkan sebuah lagi kawasan melombong pasir haram dikesan kira-kira 17 kilometer (km) dari lokasi pertama di Kampung Pasir Baru berhampiran kawasan jirat Cina Nirvana Memorial Park di sini.
Kegiatan yang dimulakan sejak Sabtu lalu selepas dihentikan sejak Disember tahun lalu dijalankan di Kampung Sungai Kembong Hulu.
Sementara itu, Zainal Abidin berkata, pihaknya mengenal pasti lebih 30 kawasan di daerah berkenaan yang menjadi lokasi melombong pasir dan mengorek tanah secara haram sejak beberapa tahun lalu.
Katanya, mereka bertumpu di kebanyakan sungai di daerah ini yang mempunyai pasir dan mengeluarkan hasil bumi itu dalam kuantiti yang kecil kurang 10 lori untuk setiap kali aktiviti bagi satu-satu kawasan.
Beliau berkata, pihaknya sukar menahan pihak terbabit kerana kawasan Hulu Langat yang luas, pengeluaran dalam jumlah yang sedikit, jumlah sungai yang kebanyakan berpasir selain kelicikan pencuri pasir itu menjalankan kerja mengorek ketika waktu malam hingga lewat pagi.
“Kita sering menjalankan pemantauan termasuk mengambil tindakan terhadap pencuri pasir ini tetapi disebabkan kekangan tertentu dan permintaan tinggi pasir sungai menyebabkan aktiviti itu tetap berlaku walaupun penguatkuasaan sudah dijalankan.
“Sehubungan itu, kami akan melakukan pemantauan pada waktu malam. Kita juga akan bekerjasama dengan polis dan agensi penguat kuasa lain bagi memastikan kes kecurian pasir ini dapat dibanteras,” katanya.
Selain itu, katanya, pihaknya akan terus memberikan permit kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan Selangor untuk menguruskan pengeluaran pasir di Hulu Langat.
sumber Pembangkang Selangor
P/s: Pantau betul2 jangan main2, dah lama dah kes pasir ni, bila nak selesai?
Mctheory:
Kerajaan negeri macam tak sungguh2 je pun. Ada syer ke?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Selangor negeri yang luas. Penguatkuasa tak cukup. Kalau orang ramai bekerja sama sampaikan maklumat pasti cepat tindakan. Kalau aduan dibuat, senyap aje, mesti orng yg terima aduan perapkan. Ada syer le. Kalau repot kat orang bawah, dia akan ajukan pada bos dia. Bos dia senyap, mesti ada syer. Repot kat BPR juga senyap sebab bos dia yg lagi atas kata tak ada apa2. Diam aje.
Dpt kat pemberita, dia kata PR selangor tak pantau. Sebab editor dia kata buat yang sensasi, supaya paper org beli. Semasa khir toyo, pemberita nak tulis, ketua editor kata tak sensasi, nanti aku kena buang kerja. maka tak keluar paper.
Itulah cerita sebenarnya yang nampak tak sebenar.
cari jalan mcm mn nk hapus kan tonto2 ni..kalau bleht tembak.tembak je dia orang ni dulu..kalau tak sampai bila pun tak abis la kes curi pasir ini...
Sokong....
Tubuh squad tembak curi. Sesiapa nampak mcm tonto, tembak kasi mati. Lama2 tak ada siapa nak kerja jadi tonto.
Catat Ulasan