Jumaat, 22 Oktober 2010

PANAS! PUSAT HIBURAN AKAN DI PASANG KAMERA SKODENG!!



CCTV AKAN DIPASANG!

Ini satu lagi idea bernas yang terkeluar dari kepala otak Khalid gagap selepas cadangan pembinaan kandang babi mega berhawa dingin di Sepang, Selangor. Walaupun cadangan terbaru ini nampak mulia dan kelakar sedikit, tapi ia masih boleh diterima dek akal. Wak harap pembaca yang lain setuju dengan idea si gagap nih.

Kerajaan Selangor yang diketuai oleh Khalid gagap ingin mencadangkan pemasangan CCTV di setiap lokasi pusat hiburan yang terdapat di seluruh negeri Selangor. Ia bertujuan untuk mengawal gejala sosial yang tidak bermoral dari berleluasa. Idea bernas ini telah mendapat sokongan penuh oleh seorang pak lebai dari Pas, kalau nak tahu siapa pak lebai tu pi baca HAPRAK Daily sekarang, bukan main melambung lagi si pak lebai ni puji khalid gagap.

Daripada dok beri cadangan yang membazir macam ni, apa kata kerajaan Khalid gagap ambil sahaja pak lebai dari Pas yang tengah duduk tanam anggur setiap malam, bekerja sebagai JAGA di pusat hiburan tersebut, kalau pak lebai Pas tak sanggup, khalid gagap boleh upah unit anjing pengesan (amal) Pas supaya berkawal di sana. Ini akan memudahkan aktiviti pemantauan dan mengenal pasti bahawa setiap pengunjung pusat hiburan tersebut bukan terdiri dari kalangan anak muda beragama Islam. Sekiranya keadaan sudah tak terkawal lagi dalam pusat hiburan yang dijaganya. Suruh aje je pak lebai ni bertakbir dalam pusat hiburan tersebut, maka bertempiaran lari lah segala syaitan-syaitan yang tengah seronok berhibur.

Diharap cadangan bernas lagi genius khalid gagap ini akan mendapat sokongan penuh tanpa belah bagi daripada exco-exco kerajaan negerinya, Terutama sekali exco yang bukan beragama Islam dari DAP dan PKR. Lepas ni kita tengok tauke-tauke pusat hiburan panas bontot dek kerana cadangan si khalid gagap nih.

Sumber Wak Jengkol

Mc rasa Mc tahu dari mana si Khalid gagap dapat idea nak pasang cctv ni. Masih ingat lagi kisah si Khalid terjumpa kamera pengintip didalam biliknya? Sejak pada peristiwa itulah Khalid mendapat idea untuk menskodeng orang lain pulak selepas dia diskodeng oleh spy bingai yang memasang kamera sebesar bata, hingga merencatkan aktiviti 'projek' baik dengan Rahimah kesayangannya.

Sebab itu Khalid berpendapat kalau pasang cctv dapat mengelakkan banyak kejadian tidak senonoh berlaku.

P/s: Banyak sangat pub dan club kat Selangor sekarang ni, sapa nak jadi tukang tengok cctv tu nanti? Pasang aje tanpa pengawasan pun tak guna jugak.

Mctheory:
Agak2 Dap setuju tak??

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tutup je la pusat hiburan tu.. senang.. tak de maksiat.. tak de fitnah..

MymassaVoice berkata...

ha'ah. aku setuju bebenor dgn mindanelayan. walaupun dia hanya mempunyai minda seorang nelayan, tapi ternyata jauh lebih bijaksana daripada kalid gagap. tidak perlu lagi pikir camana nak tarah lagi duit rakyat utk pasang cctv kat disko n pusat maksiat yang semakin subur bercambah kat selangor sekarang ini.

JoN berkata...

yap aku pun setuju gak kalau tutup terus.. tp yg herannya pasai pa geng2 pas tak paksa suruh tutup terus pusat2 maksiat tu ye..

Tanpa Nama berkata...

tutup je..kalau pasang CCTV ..PAS tu dah kira subahat jugak...mcm ni ke perjuangan Islam?..Kilang arak tak tutup juga..

ISAC berkata...

Kalau pasang cctv X reti2 nak tutup kamera tu dengan apa2 masa tengah "buat projek"...?

Lainlah kalau cctv X berfungsi terus pelanggan kena halau keluar!!!

Lagi satu... Mcm dalam bilik karaoke, takkan dah tua2 datang sana takat nak menyanyi...

Ada lojik ke? Suara dah lah mcm tin pecah...

Lepas tu awek cun2 yang apit....