Sabtu, 2 Oktober 2010

TARIF AIR NAIK DI KEDAH!! PAS PUSING SALAHKAN PUSAT! PUNGKOQ LA!!


Mc malas nak komen pasal kenaikkan air kat Kedah ni. Tapi bila rujuk balik jawapan yang Pas Kedah bagi kat rakyat apabila disoal. Mc rasa macam tak puas hati pulak. Blogger-blogger Kedah semuanya dah 'tembak' isu ni dengan pendapat masing-masing. Paling menarik bila Mc baca surat dari pembaca kat umno-online.

Ketika bekas Menteri Besar Kedah, Mahadzir Khalid mengumumkan penswastaan bekalan air di negeri Kedah sewaktu UMNO menjadi kerajaan, Pas dengan beberapa pemimpinnya menentang keras usaha tersebut dengan alasan penswastaan akan membebankan rakyat.


Beberapa pemimpin Pas telah menghimpunkan ratusan ahlinya untuk berdemonstrasi di hadapan Wisma Darulaman bagi membantah rancangan tersebut.


Kerajaan di bawah pimpinan UMNO telah membatalkan rancangan tersebut demi kesejahteraan rakyat.


Belum pun rakyat Kedah lupa akan peristiwa tersebut, tiba-tiba Jabatan Bekalan Air Kedah diswastakan oleh kerajaan Pas di bawah Syarikat Bekalan Air Kedah (SADA). Caj air pun akan dinaikkan sebanyak 27 peratus.


Di mana rasionalnya kalau Pas menentang UMNO menswastakan bekalan air di negeri Kedah sebelum mereka menjadi kerajaan, tetapi kini mereka melakukan sebaliknya.


Pemimpin jenis apakah ini?


Mungkin benarlah apa yang dikatakan oleh orang-orang Kedah sekarang SADA bermaksud Syarikat Air Datuk Azizan.

Itu satu 'tembakan yang bagus' memang kena tepat kat muka semua orang Pas yang baghal kat Kedah nuu... Bila UMNO buat semuanya salah, bila Pas buat pulak.. habis semua diam sepi. Ni apa punya pendirian ni.

Atau mungkin puak-puak ni geram kat Kerajaan Pusat, sebab Pas Kedah kata tarif air naik, sebab kerajaan pusat yang luluskan. Lepas tu depa dok merapu.. Mc ambil sikit dari warta Kedah, jawapan pusing dari puak Kerajaan Negeri Kedah. Paling pusing bila mereka kata semua ni arahan dari kerajaan pusat untuk sama tarafkan air dalam negari, kiranya semua negeri akan sama taraf airnya pada 2013.

Rasanya ini baru perancangan, bukan lagi perlaksanaan. Kenapa Pas terhegeh sangat nak naikkan tarif air di Kedah? Kalau kata 2013 semua negeri sama, bukankah ada dua tahun lagi untuk Pas tunggu naikkan tarif air. Kata pemimpin berjiwa rakyat, kalau betui jiwa rakyat, tunggu la dulu. Ala pasal kos-kos yang puak ni beritahu tu, dah lama dah BN Kedah bagitahu dulu, tapi semuanya ditolak tepi. Sekarang ni mau kena batang hidung, pandai pula kos itu kos ini. pii dahhh...

Dulu hangpa cuma tau komplain pasal kerajaan, lani dah jadi kerajaan, baru tau betapa susahnya nak tadbir. Tu baru negeri, bukan negara lagi. Kalau negara, sendiri mau ingat la.

P/s: Nak habaq ni, cakap memang senang. Nak buat susah wooo..

Mctheory:
Ustaz pusing, macam karipap pusing jugak la.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang tak guna le pas ni...

aku ada minta blogger pas ulas pasal kenaikan air.

Masa minyak dulu, sibuk marah.

Langsung tak balas, siap buang lagi komen aku...

Wake UP! berkata...

Ini bukan apa, satu cara nak kikis lagi duit rakyat sebelum mereka jatuh.

Tanpa Nama berkata...

bodo betola sape2 yg undi paspispus..pus nih..@ pakatan rapuh..
asik kena tipu je..

Tanpa Nama berkata...

situasi negeri2 di bwh pembangkang skg ni sama mcm keadaan pak lah bodowi mmrintah negara dulu.Terlalu bnyk kerosakan yg diorg buat di penang,kedah dan selangor,yg mnyebabkan rakyat tak puas hati.Mereka rasa rakyat boleh selama-lamanya diperbodohkan.Biarkan...biarkan mereka menikmati harta rampasan perang
Rakyat sdg menilai mereka,kalau situasi2 begini brterusan,ianya sesuatu yg baik utk BN.Rakyat akan menghukum mereka spt mana mereka menghukum BN pru 12.

Tanpa Nama berkata...

jom kita nyanyi lagu

oh bangau oh bangau

Tanpa Nama berkata...

Aku ada pasang paip air di kebun semenjak pemerintahan BN lagi di negeri Kedah ni. Oleh kerana aku tidak tinggal di sana maka tak lah guna sangat air paip itu malah ada masa tak digunakan langsung. Bayaran bil yang aku kena bayar masa BN perintah dulu hanyalah RM 3.00 sebulan walaupun air tidak digunakan, tetapi selepas PAS mengambil alih pemerintahan Kedah bil air untuk setiap bulan naik sampai RM 15.00 sebulan.

Sudah beberapa bulan aku tidak menggunakan air tersebut. Bil yang aku terima menunjukkan bacaan dahulu 145, bacaan sekarang pun 145, namun aku terpaksa membayar RM 15.00.

Dulu semasa BN tarif bil itu adalah tarif rumah kediaman, namun kerana aku tidak tinggal di situ maka SADA (PAS punya la tu) mengubah dari tarif rumah kediaman kepada kebun pertanian.

Apa dah jadi ni. Kata kerajaan berkebajikan, kebajikan kot mana Ostaz?

Zalim, Zalim, Zalim itu saja perkataan yang layak ditujukan kepada parti PAS yang kononnya memperjuangkan Islam dan negara berkebajikan.

Warga Sebelum Merdeka.