Isnin, 1 November 2010

BUKTI!! NIK AZIZ MENIPU!! BAGI GERAN PALSU PADA PENDUDUK!!

YB Dato Hamidah semasa di Rumah En Rozali Di Kampung LapanJaya 
Gua Musang 31 Okt - Hari ini merupakan hari kelima saya mengikuti program kempen bersama kumpulan Skuad Sayang Pergerakan Wanita Umno Malaysia yang diketuai oleh YB Dato Hamidah Osman sebagai Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Umno Malaysia.Lokasi yang menjadi tumpuan ialah Kampung Lapan Jaya iaitu sebuah Kampung agak terpencil di sekitar Gua Musang.Apabila kumpulan YB Dato Hamidah sampai kami telah disambut oleh Ketua Kampung LapanJaya dengan penuh gembira seolah-olah menyambut wakil rakyat mereka. 
Rozali Bin Rodin menunjukkan sijil yang dianugerahkan oleh Nik Aziz sambil diperhatikan oleh YB Dato Hamidah dan Dato' Rosni
Masalah yang dibangkikan kepada kami adalah pemberian sijil geran tanah palsu yang dianugerahkan sendiri oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada 300 penduduk Kg. LapanJaya pada tahun 2007 iaitu sebelum PRU12. program tersebut diadakan di Sekolah kebangsaan Limau Kasturi dekat sini. Menurut Rozali Rodin iaitu seorang penerima sijil geran tanah, 300 penduduk tersebut telah dijanjikan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, pemilikan Ladang Rakyat sejumlah 10 ekar seorang dan sebuah rumah untuk didiami. 

Malangnya sehingga kini tiada apa-apa pemilikan yang berlaku, malah rumah yang dikatakan bakal diduduki oleh mereka selepas PRU 2008 juga cuma hanya tinggal janji sahaja. Ini bermakna sijil yang dikurniakan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz pada tahun 2007 iaitu sebelum PRU12 tahun 2008 adalah sijil palsu. Difahamkan juga Nik Aziz berjanji sendiri dengan 300 penerima sijil geran tersebut supaya mengundi PAS jika mahu program pemilikan tanah itu diteruskan. Nik Aziz juga berjanji, jika Pas berjaya menang dalam pilihan raya (PRU 2008), semua pemegang sijil itu bukan sahaja akan diberikan lot tanah seluas 10 ekar, tapak rumah malah akan  menerima bayaran sebanyak RM700 serta bonus RM200 setiap bulan.Tetapi apabila PAS menang dan dapat menubuhkan kerajaan di Kelantan dengan majoriti 2/3 pemilikan tanah sepi sahaja seolah-olah tiada apa-apa janji yang pernah ditabur oleh mereka, tetapi tanah di Lojing semakin rancak digondolkan oleh syarikat dari Singapura.
Sijil pemilikan tanah yang diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz 
Sijil sebenar yang ditunjukan oleh En Rozali
Apa yang saya kesalkan kenapa penipuan harus berlaku kepada orang Melayu yang sangat daif. Difahamkan juga En Rozali mengalami sakit kronik iaitu sakit dibahagian perut , ini membuatkan beliau tidak dapat pergi mencari nafkah untuk keluarga. Kampung LapanJaya juga tidak pernah dikunjungi oleh wakil rakyat PAS selepas memenangi PRU 2008. Wajarkah seorang yang bergelar Tuan Guru sanggup menipu orang kampung demi kepentingan politik mereka semata-mata. Tetapi inilah kenyataannya mereka mengatur penipuan yang begitu sistematik supaya kerajaan PAS dapat berkuasa di negeri Kelantan.  Adakah ini tidak dikira rasuah?

 Sumber PSSR

Mctheory:
Macam mana tok garu? tergaru2 lagi la ye.. rahsia dah pecah.

1 ulasan:

opisboi berkata...

aauuuuuwwwwww dashat nyer pas