Khamis, 11 November 2010

INGIN TAHU? PERKARA YANG KITA TAK TAHU MENGENAI FELDA!!


Mc percaya ramai yang tidak tahu dan tidak faham, Daripada Manakah Pendapatan Felda? Saya dan rakan-rakan telah membuat satu kajiselidik ringkas dengan 500 orang sebagai responden. 70% responden adalah berumur 40 tahun ke bawah dan berbangsa melayu. Soalan ringkas kami adalah seperti berikut :-

Dari manakah sumber pendapatan Felda :

a) Hasil dari peneroka
b) Hasil dari ladang Felda yang diuruskan secara komersial dan pelaburan Felda
c) Dua-dua di atas
d) Tidak pasti

Dari 500 responden, 98% memberikan jawapan (c) iaitu dua-dua diatas dan 2% tidak pasti. Di sini, jelas memberitahu kita bahawa, ramai orang tidak tahu dari mana sumber pendapatan Felda.

Tahukah, sebenarnya Felda tidak mendapat apa-apa pendapatan dari ladang milik peneroka. Sebenarnya sumber utama pendapatan Felda ialah dari 3 sumber utama iaitu :-

1) ladang tanpa peneroka yang di uruskan secara komersial
2) pelaburan Felda
3) sumber dalaman Felda

Sebaliknya Felda yang memberi perkhidmatan PERCUMA kepada peneroka dengan membiayai sepenuhnya kos pengurusan, membina pelbagai kemudahan, infrastruktur, mengadakan program pembangunan sosial, insentif, kebajikan, pendidikan serta kemahiran kepada generasi muda Felda.

Inilah fakta yang sering orang salah faham terhadap Felda dan perkara inilah juga yang diputar belit oleh pembangkang untuk memburuk-burukkan Felda seolah-olah Felda zalim kepada peneroka. Siapakah Yang Zalim?


Pada sesiapa yang berminat untuk mengetahui pasal Felda dengan lebih lanjut, sila ke blog Anak Jati Felda

P/s: kita kena selidik dulu sebelum percaya sesuatu perkara.

Mctheory:
Felda untuk kebajikan rakyat, bukan perkena rakyat!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TU SI MAZLAN ALIMAN PATUT KENE BACE BLOG TU BROO. DIA KENA BACA FAKTA DRP BYK BIKIN AUTA KEHKEHKEH