Jumaat, 5 November 2010

PERHATIAN!! ORANG KEDAH DAN PERLIS JAGA-JAGA HUJAN MAKIN LEBAT MALAM NI!!


KUALA LUMPUR - Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana di Perlis dan Kedah terutama di Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar dan Pulau Langkawi dijangka berterusan sehingga malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata bagaimanapun keadaan itu dijangka tidak akan memburukkan keadaan banjir di kedua-dua negeri terbabit.

Angin kencang timur laut selaju 40-50km/j dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang kini melanda perairan Condore, Reef North dan Pulau Layang-Layang pula dijangka berterusan sehingga Sabtu, kata jabatan itu.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab menasihati orang ramai terutama di negeri yang dilanda banjir supaya sentiasa mengikuti siaran amaran yang dikeluarkan menerusi radio dan televisyen.

"Orang ramai juga perlu mematuhi arahan pemindahan yang dikeluarkan oleh agensi-agensi tindak balas bencana. Apabila dikeluarkan arahan berpindah, golongan yang berisiko tinggi seperti Orang Kelainan Upaya, warga emas, wanita mengandung dan kanak-kanak akan diberi keutamaan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, sebanyak 160 pusat pemindahan dibuka di Kedah, Perlis dan Kelantan sejak awal minggu ini bagi menempatkan mangsa banjir di tiga negeri terbabit.

Dua puluh empat pusat telah ditutup apabila keadaan banjir di beberapa kawasan semakin pulih dan mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, katanya.

Kedah merupakan negeri yang kini teruk dilanda banjir dan sehingga kini seramai 39,512 penduduk dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di seluruh negeri itu.

Mengenai persiapan keseluruhan dalam menghadapi banjir, Mohamed Thajudeen berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengenalpasti 5,124 pusat pemindahan di seluruh negara yang boleh memuatkan 1.3 juta orang bagi menghadapi banjir tahun ini.

Beliau berkata, JKM juga melalui Rancangan Malaysia Kesembilan telah membangunkan lima Depot Simpanan Keperluan Bencana iaitu di Bedong, Kedah; Muar, Johor; Kemumin, Kelantan; Marang, Terengganu dan Sungai Buloh, Selangor bagi menempatkan barang-barang bantuan bencana. - Sinar

P/s: banjir di Kedah paling buruk dalam 100 tahun ni..

Mctheory:
jangan main air..hati2..

1 ulasan:

Abu Garcia berkata...

Menteri Kesihatan datuk liow tiong lai mengeluarkan peringatan tentang penyakit-penyakit berjangkit yang berkemungkinan merebak ketika banjir. Katanya Leptospirosis atau kencing tikus amat berbahaya kepada manusia.

Kita juga perlu lebih berhati-hati juga dgn pastospirosis atau kencing pas kerana terbukti penyakit ini benar-benar telah memberi kesan kini kepada rakyat kedah setelah dijangkiti pada 2008.