Samseng ketot buat kacau!! |
Bawa geng AMK yang dunggu! |
Gambar di atas ialah gambar Samsul Ketua AMK PKR. Siapa tak kenal Samseng taik kucing ni. Kaki bodek dan kaki kencing dalam seluar. Nampak je macam berani, tapi kalau sekali kena gertak mau terkencing hancing dalam seluar. Dia berani sebab bawak geng saja, kalau benar-benar lawan, mau lari tak cukup tanah.
"AMK di ketuai oleh Ketua Angkatan Muda nya saudara Shamsul Iskandar Mad Akin yang turut di sertai lebih kurang 50 orang AMK yang lain.
Turut di laporkan Shamsul Iskandar Mad Akin cuba merampas Mikrofon mimbar bagi menghalang Sumpah Laknat di lakukan oleh Trio Datuk T.
Upacara lafaz Sumpah Laknat oleh Trio Datuk T di batalkan dan pengerusi masjid meminta agar orang ramai beredar tampa membuat kekacauan." Seterusnya baca SINI
Walaupun ada usaha nak menghalang, tetapi dengan kecekalan dan keberanian berlandaskan kebenaran, Trio Datuk T hadir juga untuk bersumpah laknat. Tengok video dibawah!
Kenapa yang dikatakan membuat fitnah berani bersumpah laknat? Bukan sumpah-sumpah biasa, bersumpah dengan nama Allah lagi tu. Sepatutnya Anwar yang patut angkat sumpah, kononnya dia tak buat.
Doa orang teraniaya lagi cepat termakbulnya. Jika Anwar dipihak yang benar, teraniaya dan difitnah, suruh la dia buat sumpah laknat macam Datuk T ni buat. Setakat buat sidang media je apa kes. Betul la kata orang, Anwar lebih percaya Polis dari Allah swt.
P/s: Beranikah Anwar nak bersumpah laknat??
McTheory:
Berani kerana benar..takut kerana salah!!
2 ulasan:
Sumpah Eskay adalah sumpah orang jahil - bekas Mufti WP
Jumaat, 29 April 2011
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.
Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi.
Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.
“Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan,” ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Bagaimanapun, sumpah li’an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam.
Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar.
Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li’an.
“Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah.
“Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li’an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan.
“Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila.
“Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak,” ujar beliau.
Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang ke atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam.
“Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.
“Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah.
“Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman,” ujarnya.
Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6.
“Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina,” ujarnya.
jadi kalau org kena rogol xde 4 saksi macammane plak.. boleh lah berzina lepas ni.. sbb tanpa 4 saksi kita x salah.. wakkakaakaka...
Catat Ulasan