Sabtu, 14 Mei 2011

FITNAH!! 3000 EKAR TANAH JOHOR DIBELI SINGAPORE??



Fitnah dan terus memfitnah!. Apabila fitnah terbaru kepada kerajaan negeri Johor yang dikatakan menjual tanah kepada Singapork untuk membangunkan projek New Singapork. Tanpa dinyatakan tempat atau kawasan pembelian, fitnah ini terus dipercayai dan menjadi buah mulut dikalangan puak pembangkang.

Jika benar Kerajaan Johor, ataupun kerajaan Malaysia ada menjual tanah seluas 3000 ekar kepada Kerajaan Singapore, sila nyatakan tempat, kawasan dan kepilkan dengan dokumen untuk jadikan bukti. Jangan hanya menyebut dan mendengar cakap-cakap mulut.

FITNAH MEMANG MUDAH DILAKUKAN, HANYA REKA DAN SEBUT, KEMUDIAN SEBARKAN!!

Fitnah yang disebarkan!!

PM Lee Hsien istiharkan..... Singapore.... bulan lepas....
dengan bangga ... kami dah beli 3,000 ekar tanah kat Johor...
dgn nama 'New Singapore"...
dah macam Israel Baitul Muqaddis laaa pulak....
tapi.... tak ada dalam berita....DAH JADI TANAHAIR SINGAPORE...DAH TAK BULEH NAK USIK...!!! - inilah luahan hati rakyat singapura yg berbangsa melayu dan beragama islam di sana.

Mc harap kerajaan Johor mengambil tindakan undang-undang kepada si pemfitnah terbabit.

Jika ada Singapore beli tanah pun mungkin dikawasan Wilayah Iskandar, itu pun hanya beberapa ekar, bahkan semua negara yang berminat boleh melabur dikawasan Wilayah Iskandar, kerana kerajaan memang mahu pelabur luar masuk melabur didalam negara, untuk meningkatkan ekonomi.

Jangan mudah percaya dengan fitnah. Sekarang ni, puak Pakatan sudah mula menyerang Johor. Harap UMNO Johor bangun dan beri perhatian. Pertahankan kubu UMNO di Johor!

Jawapan terbaru dari Ts Muhyiddin Yasin,

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau kesal dengan dakwaan pembangkang itu semata-mata bagi membangkitkan perasaan benci rakyat kepada kerajaan.

“Saya jelaskan bahawa saya tidak pernah menjual walau seinci pun tanah di Johor kepada Singapura.

“Saya kesal pembangkang membuat tohmahan seperti itu yang saya percaya dibuat hanya ingin mewujudkan rasa benci rakyat terhadap kerajaan,” katanya dalam ceramah Perdana di Tanjong Putus sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di sini, malam kelmarin.

Muhyiddin berkata, parti pembangkang membuat fitnah itu kerana mereka tidak tahu sejarah sebenar kewujudan loji pemprosesan air di Sungai Linggiu, Johor.

Oleh itu, beliau perlu menjelaskan perkara sebenar bagi mengelak rakyat keliru akibat fitnah yang dilakukan pembangkang.

Muhyiddin berkata, Kerajaan Malaysia perlu membina loji pemprosesan air berdasarkan perjanjian antara Johor dan Singapura pada 1961 hingga 1965.

Dalam hal ini, Muhyiddin berkata, Perdana Menteri ketika itu (Tun Dr Mahathir Mohamad) memanggilnya secara mengejut berikutan lawatan Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew ke Kuala Lumpur untuk berbincang mengenai dua perkara iaitu saluran gas dan bekalan air.

Dalam pertemuan di antara Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan ketika itu), Lee dan beliau di Kuala Lumpur, Perdana Menteri Singapura mendesak mahukan bekalan air yang cukup dari Johor.

Katanya, Singapura menuntut Malaysia mengikut perjanjian itu kerana air yang dibekalkan kepada negara itu oleh Johor tidak mencukupi.

“ Lee kata pada saya, kalau tidak bekalkan air atau hentikan bekalan air ke Singapura, kita akan berperang dengan Johor. Ini benar,” katanya.

Justeru, bagi memenuhi perjanjian itu, kerajaan memutuskan untuk membekalkan air dengan syarat Singapura mengeluarkan belanja membina loji berkenaan.

P/s: kerap benar Mahfuz, Khalid gereja dan Nurul Izzah datang JB..

McTheory:
Modal takdak reka cerita kemudian sebarkan.. akai ada ka?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau Anwar yg jadi PM, dia yg dulu menjual tanah kpd Spore.. Bukan setakat tanah kat Johor, Pulau Pinang pun Anwar akan jual kat Spore..

Tanpa Nama berkata...

kalau pas yang cakap tu makna dia dah jual 3000 ekar kat kelantan kepada singapork, sebab apa yang dia cakap dia dah lakukan ataupun akan kembali kepada orang yang bercakap.