Isnin, 2 Mei 2011

OMEGA HILANG!! ANWAR DI SAMAN LAGI!!??

lihat perut saya.. rampingkan??

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri berkata bahawa beliau akan teruskan dengan niatnya untuk menfailkan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkannya dengan video seks yang pelakunya mirip Ketua Pembangkang itu.

Dakwaan oleh Anwar itu perlu dijawab di mahkamah agar masyarakat tahu kedudukan sebenar isu tersebut.

Beliau berkata kepada pemberita selepas penutupan mesyuarat perwakilan Puteri UMNO Sembrong di Kluang bahawa perkara ini perlu dibawa ke mahkamah kerana kalau tidak, apa yang disebar melalui luar dan internet orang akan percaya kerana kita tak jawab katanya.

Tindakan ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengaitkan Hishammuddin dengan video seks tersebut semata-mata nak mengalihkan perhatian masyarakat.

Strategi Anwar ialah bila dia tidak boleh jawab soalan wartawan, dia akan alih pandangan kepada orang lain. Naib Presiden UMNO itu menambah kenapa hendak takut jika tidak berdosa.

Sementara itu pula, laporan polis telah dibuat berkenaan dengan kekecohan yang berlaku di Masjid Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur pada hari Jumaat lalu.

Tujuh buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Terengganu semalam telah membuat laporan polis di Kuala Terengganu.

Diantara tujuh NGO tersebut ialah Kelab Belia Generasi Prihatin, Sahabat Laut Malaysia (Selam), Gerakan Belia 4B Terengganu, Kelab Permotoran Parlimen Kuala Terengganu, Persatuan Pendekar Marang, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Alumni 4B Terengganu. - Malaysia Instinct

McTheory:
Kah kah kah.. padan muka ko Anwar!!..

1 ulasan:

Ular Menyusur Akar berkata...

Dah berapa lama kata nak saman? Lebih baik diam dari bercakap. Buat jadi bahan jenaka.