Amoi cina memang cute.. he he he.. |
Kata-kata DS Najib kepada kaum cina!!
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kaum Cina di negara ini perlu membuat pilihan sama ada mahu menyokong MCA pada pilihan raya umum akan datang atau kehilangan wakil dalam kerajaan.
Menurut Perdana Menteri, masyarakat Cina telah diberi mesej yang jelas mengenai perkara itu oleh MCA yang menyatakan parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan Pusat dan negeri sekiranya gagal meraih sokongan masyarakat berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.
Jelasnya, masyarakat itu perlu memilih antara kepentingan suara dalam kerajaan atau menyokong pembangkang.
"Mereka tidak boleh menyokong pembangkang tetapi dalam masa yang sama mengharapkan penyertaan yang kuat kaum itu di dalam kerajaan. Mereka (pengundi Cina) perlu memilih antara dua, jika mahu menyokong pembangkang maknanya mereka perlu korbankan parti-parti dalam kerajaan.
"Namun, jika mahu suara mereka lebih didengari dalam kerajaan, mereka perlu menyokong parti komponen Barisan Nasional (BN). Mesej itu jelas dan mereka (pengundi Cina) tidak akan dapat apa yang dikehendaki jika mereka tidak memilih," katanya selepas merasmikan Perumahan Rakyat Mampu Milik di Pulau Duyung di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian MCA semalam yang sebulat suara tiada akan menerima sebarang jawatan dalam Kabinet mahupun negeri jika parti itu gagal di dalam pilihan raya umum akan datang.
Ditanya mengenai kesediaan MCA untuk terus berada dalam BN selepas keputusan itu dibuat, jelas Perdana Menteri, MCA tetap akan bekerjasama dengan BN kerana mereka yakin hanya parti itu dapat mewujudkan keharmonian dalam negara.
"Kita sudah ada rekod, negara aman di bawah parti ini dan apa pun yang diputuskan oleh MCA, mereka tetap akan berada di dalam BN," jelasnya.
Dari TS Muhyiddin pun ada juga!
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan MCA untuk tidak menerima sebarang jawatan jika gagal mendapat sokongan masyarakat Cina dalam pilihan raya umum akan datang, sebagai satu mesej kepada kaum tersebut.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, bagaimanapun beliau berharap perkara itu tidak akan berlaku kerana sebagai pemimpin dalam Barisan Nasional (BN), mereka perlu mendukung nasib semua rakyat dengan perwakilan yang adil dari setiap kaum sejak 54 tahun lalu.
"Kita faham mungkin ada perubahan sentimen yang memerlukan mereka melihat semula pendekatan dalam mengembalikan keyakinan masyarakat Cina kepada mereka," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Dewan Seri Pekembar Pagoh di sini hari ini.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek semalam mengumumkan keputusan parti itu untuk tidak menerima sebarang jawatan di peringkat Pusat, negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) malah ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) jika gagal menunjukkan prestasi yang baik pada pilihan raya umum akan datang.
Muhyiddin bagaimanapun menyuarakan keyakinan bahawa MCA akan dapat meraih kemenangan dengan usaha lebih keras kerana sokongan kepada semua komponen BN kini semakin bertambah.
Jelasnya, peningkatan tersebut masih memerlukan kemantapan melalui usaha para pemimpin untuk mendekati masyarakat dan menyelesaikan isu setempat yang kadang kala lebih mendahului isu nasional.
"Kita boleh bercakap tentang perkara-perkara besar tetapi isu setempat yang menyentuh kehidupan mereka," katanya.
Tambahnya, antara yang menjadi perhatian adalah soal pendidikan, bantuan dan kemudahan asas seperti yang telah dikenalpasti dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini. -Utusan
McTheory:
Jangan tamak sangat, fikirkan elok2..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan