Ahad, 12 Jun 2011

KASI PANAS!! APABILA KETUA CAWANGAN UMNO JADI SPY PAS!!


Merujuk pada cerita di blog pembangkang dari negeri Kedah, nak baca boleh klik sini. Mc mengambil ini sebagai kes yang amat serius!!. Ini bukan perkara main-main. Jika benar ada ketua cawangan UMNO yang menjadi spy Pas dalam UMNO dan mematahkan segala aktiviti UMNO. Ini adalah perkara berat! baca petikan cerita dibawah.

MK tertarik dengan isi ceramah Haji Zul sebab sentuh isu UMNO Bahagian Alor Setar. Katanya orang kita (maksudnya orang PAS) dah ada dalam UMNO Alor Setar. Setiap program dalaman UMNO laporan sampai dekat PAS. Begitu jugak kata Haji Zul dalam Keda pun berlambak orang kita, sampai boleh hadir dalam semua program dalaman depa. Kalau Mat Kering dok tempat Mat Bashah pun pening jugak, licik permainan PAS sampai dalam sarang depa pun PAS dah boleh masuk. 


Kalau benar bagai dikata, Ahmad Bashah perlu lakukan sesuatu untuk mencabut duri dalam daging. Mengikut apa yang mereka cuba sampaikan, UMNO cawangan Taman wira juga telah berpaling tadah kepada Pas. UMNO Kedah terutamanya UMNO Alor Setar perlu menyiasat perkara ini dengan teliti dan sulit kerana mungkin telah ramai ahli UMNO sudah hilang wibawa jadi UMNO dan terhegeh nak jadi Pas.


Atau?

Ini mungkin juga perang psiko dari puak Pas untuk menghilangkan keyakinan UMNO di Kedah. Namun apa yang pasti, rakyat Kedah sudah muak dengan Pas. Cuma UMNO Kedah kena pandai mengambil hati mereka semula. Tawan semula Kedah dari tangan Pas dan Dap!

Masa untuk Pas di Kedah sudah Tamat!

McTheory:
Expired date on time for Pas!

2 ulasan:

KELISA DURI berkata...

Yesss..... kasi ranap sama dia orang.ili

MELAYU KULAI berkata...

penulisan yang mantap dan bernas..

mohon dipautkan blog saya
http://melayukulai.blogspot.com