Isnin, 20 Jun 2011
KASI PANAS!! BOIKOT UTUSAN?? BOLEH JALAN DAA PAS!!
Marah betul Pas pada Utusan Malaysia. Dua hari lepas, Pas melancarkan kempen boikot Utusan. Kemudian semalam, Kerajaan Pok Nik Aziz, mengharamkan Utusan untuk menjejakkan kaki ke mana-mana majlis rasmi Kerajaan “bapak dia punya” untuk membuat liputan media. Marah sungguh Pas dan Nik Aziz pada Utusan…!!!
Kenapa Pok Nik dan Pas marah sangat pada Utusan? Alasan Pas dalam versi agama anutannya, Utusan telah menghina “Islam”, mempersendakan “hukum hakam Islam” dan “meresahkan umat Islam” kerana menyiarkan karikatur hasil karya kartunis Miki pada 15 Jun yang lalu.
Itu versi penganut ajaran agama Pas! Itu hukum Pas! Itu keresahan penganut Pas terhadap karikatur tersebut!
Sebenarnya, karikatur tersebut jelas sekali menunjukkan kritikan, sindiran sinis dan perli dari kartunis Miki terhadap fahaman penganut agama Pas mengenai “Amanat Hadi Awang” yang terbaru!
Jelas sekali di dalam dialog karikatur tersebut, tertera ungkapan “tidak boleh jadi saksi, tak ada telinga, tak ada mata,” dan “dia hanya besi”! Saya ingin bertanya, adakah sesiapa yang menyebut ungkapan dialog tersebut selain Presiden Pas, Abdul Hadi bin Awang? Ada tak..???!!!
Semua orang dengar dengan jelas bagaimana Hadi dengan bangganya melafazkan ungkapan itu ketika menyampaikan “Amanat Hadi terbaru”nya pada ucapan penggulungan Presiden Pas, pada Muktamar Pas ke-57. Saya ada di situ ketika Hadi berucap dan saya tidak pekak untuk mendengar, tidak bisu untuk menyampaikan, dan mampu berfikir dengan akal untuk menilai ungkapan Hadi!
Justeru itu, ungkapan tersebut yang diguna kembali di dalam dialog karikatur tersebut, jelas menunjukkan bahawa kartunis Miko mengajuk ungkapan Presiden Pas itu, dan bukannya mengajuk Islam sebagaimana yang didakwa oleh bahlul-bahlul pak-pak lebai Pas itu! Itu pun tak boleh fikir ke?
Mempersenda hukum Islam? Saya fikir, semua orang yang rasional dan waras mampu menilai sama ada Miko mempersendakan hukum Islam atau Hadi sendiri yang mempersendakan hukum Islam. Sekiranya Miko mempersendakan hukum Islam, maka jelaslah Hadi lah yang menjadi “Tok Guru” kepada Miko kerana kartunis itu hanya menyampaikan apa yang diungkapkan Hadi sebelum itu. Faham ke “keldai-keldai” semua?
Meresahkan umat Islam? Betul ke umat Islam resah dengan karikatur itu? Atau penganut-penganut Pas saja yang resah? Pada pengamatan saya, hanya Pas saja yang keresahan dengan karikatur itu kerana ia jelas menyindir dan memerli Presiden Pas dan bertepek tepat di dahi Hadi Awang!
Tidak ada pun laporan polis dibuat oleh rakyat yang terhadap karikatur itu. Kalau ada pun yang buat laporan polis, itu hanyalah ahli Pas yang mahu membodek Presidennya. Samalah dengan Nasrudin Tantawi yang menyerahkan memeorandum bantahan dan mengugut Utusan baru-baru ini. Jadi, jelas sekali, hanya penganut Pas saja yang resah, rakyat yang lain okay saja…
Baiklah, kalau nak sangat boikot Utusan, boikotlah. Boikot sepenuhnya. Pegang pada kata-kata itu. Jika mungkir, maka jangan marah sekiranya semua umat Islam akan menuding jari kepada Pas sambil menyebut “KAMU MUNAFIK!”. Saya cabar semua penganut-penganut Pas..!!!
Boikot semahu-mahunya. Jangan sentuh, pinjam, beli, atau baca Utusan langsung! Jangan ambil tahu langsung! Sekiranya Utusan dijadikan pembungkus nasi lemak pun, jangan sesekali mencuri baca pembungkus nasi lemak itu. Jangan masuk Utusan Online selamanya..!!!
Saya mahu lihat bagaimana hebatnya Pas mengotakan kata-katanya. Ingat! Jangan mungkir! Sekiranya mungkir, maka kami akan beramai-ramai “declare”..PAS adalah munafik! Dan jangan salahkan kami kerana sememangnya Rasulullah menghukum melalui hadis Baginda bahawa antara tanda-tanda orang munafik itu adalah “berkata-kata, namun mendustakan kemudiannya”! Jadi buktikan kata-kata boikot itu!
My KMU
McTheory:
Pas sama N.ajis.. boleh pergi mampus..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
betul mc,
dah berjuta kali boikot, sejak dulu sampai kini tapi masih lagi nak baca utusan...hj hadi sendiri tak pernah miss baca! kalau tidak, mcm mana tahu ada kartun menyindir dia????
Ungkapan "penganut PAS" harus digunakan secara rasmi dalam kita memerangi mereka yang merupakan pengkhianat agama ini.Siapa kata Al-Quran itu tidak diubah?Mereka sudah sekian lama mengubahnya.Ingat!"Penganut PAS".
Catat Ulasan