Khamis, 30 Jun 2011

PANAS!! ANWAR ASYIK BERBOHONG TAK KENAL ESKAY!!




AIDCNews – 30/06/11 – Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika diwawancara AIDC, di bangunan Parlimen, 23 Jun, menegaskan adalah satu pembohongan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau tidak mengenali Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan yang dirakamkan CCTV bersama-sama di sebuah apartment, tempat rakaman video seks yang heboh diperkatakan.
Pada 24 Jun lalu, pihak polis telah mengemukakan bukti di mahkamah tentang satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan Anwar dan Eskay di lobi sebuah apartment di Ampang pada 21 Februari 2011, tarikh rakaman seks itu dilakukan.
“Dia (Anwar) berkawan dengan Datuk Eskay bukan hanya kawan (biasa). Dulu, masa dia jadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, dia banyak tolong Datuk Eskay, projek-projek. Kami tahu.
“Tapi, kalau dia kata dia tak kenal, dia pembohong lah. Kami pernah tengok Datuk Eskay bersama dia. Tapi tak lah (nak) pergi tanya siapa dia. Tapi kami (pernah) tengok (jadi) kami cam lah”, kata Zahrain.
Ikutilah wawancara itu sepenuhnya.
AIDC : Datuk kenal Datuk Shahzryl Eskay Abdullah?
YB Datuk Seri Zahrain : Saya tak kenal dia secara peribadi, tapi saya tahu dia.
(Maksud saya) Semasa Datuk aktif dalam PKR, datuk pernah berjumpa beliau?
Saya pernah lihat dia, pernah jumpa (dia). Saya tahu (Eskay), kami semua tahu pada masa itu. Dia (Eskay) (salah) seorang kawan Anwar Ibrahim. Anwar punya sahabat lah.
Adakah Datuk tahu Datuk Shahzryl merupakan pakar fisioterapi sakit tulang belakang Anwar pada masa itu ?
Itu saya tak tahu. Saya tak tahu kata dia (fisioterapi). Tapi (yang) saya tahu, (dia) kawan (Anwar) lah.
Bermakna, kalau Anwar kata dia tidak kenal Datuk Shahzryl Eskay, adakah itu bohong?
Itu bohong !
Saya mendengar daripada Datuk Nallakarupan..Anuar Shaari dan sebagainya mengesahkan bahawa Anwar berkawan dengan Datuk Shahzryl Eskay.
Dia (Anwar) berkawan dengan Datuk Eskay bukan hanya kawan (biasa). Dulu, masa dia jadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, dia banyak tolong Datuk Eskay, projek-projek. Kami tahu.
Tapi, kalau dia kata dia tak kenal, dia pembohong lah. Kami pernah tengok Datuk Eskay bersama dia. Tapi tak lah (nak) pergi tanya siapa dia. Tapi kami (pernah) tengok (jadi) kami cam lah.
Seperti yang saya kata, saya tak kenal Datuk Eskay secara peribadi, tapi saya tahu dia.
Betulkah Datuk Eskay kecewa dengan Anwar apabila Anwar tak mahu jadi saksi untuk kes jambatan bengkok ?
Itu saya tak tahu. Saya tak boleh nak komen, not fair.
Adakah Datuk dilibatkan dalam perancangan 16 September?
Saya terlibat.. beberapa orang (ahli Parlimen) diminta kepada saya untuk saya bercakap dan menyampaikan pesanan Anwar kepada mereka.
Sebab saya dulu masa (dalam) UMNO, saya kenal lah kawan-kawan Anwar yang masih ada lagi (sebagai ahli parlimen).
Ada beberapa orang (ahli parlimen) yang saya ditugaskan untuk berbincang..bersembang dan kalau boleh tarik untuk menyokong Anwar Ibrahim.
Jadi, saya cuba lah. Beberapa orang yang saya kenal, MP (Ahli Parlimen). Tapi tak berhasil.
Sebab masa tu, 16 September, Anwar memang beritahu saya, ‘you better tell (awak baik beritahu) dua..tiga (orang ahli parlimen) ni, mai (mari) cepat, sebab saya dah ada, 30 orang (ahli parlimen). Don’t miss the boat(Jangan ketinggalan perahu)’. Ni, Anwar punya stail.
Bermakna, dia nak tekankan kepada mereka ni (supaya) masuk cepat, sign statutory declaration, tinggal Barisan (BN), menyertai dan menyokong pimpinan Pakatan Rakyat.
Jadi, itu mesej yang harus kita sampaikan dan katakan kepada mereka, ‘nun ramai daripada Sabah..Sarawak, di Semenanjung pun dah ramai, dah bagi surat akuan’. Jadi, ini cara dia buat.
Pada masa itu kami percaya. Saya percaya sebab saya ditugaskan kepada dua..tiga orang (ahli Parlimen)…
Datuk antara orang yang percaya bahawa Anwar akan bentuk kerajaan 16 September ?
Ya. Sebab dia (Anwar) beritahu begitu. ‘Tugas you dua..tiga orang ni’. Tak payah saya namakan sesiapa lah… ‘Dua tiga orang ni, you target depa (mereka). Sebab I buat only 30 over surat akuan. 30 lebih akuan yang saya (sudah) ada, depa ni akan masuk (Pakatan). We take over the government, kalau dia tak join, dia akan tertinggal’.
Itu mesej saya kepada mereka.
Bila saya dengar arahan begitu daripada Anwar, percayalah, tak kan tak percaya.
Saya ceramah pun, turun bawah, saya cerita Anwar akan jadi Perdana Menteri Malaysia. Dan saya percaya kepada Anwar, saya kenal dia, 30 tahun. (Saya kenal) dia bukan kaki bohong. Atas dasar kepercayaan.
’16 September dia (Anwar) akan jadi Perdana Menteri’. Ini mesej kita turun ke bawah, kita beritahu (dalam) ceramah begitu. Begitu juga (saya beritahu) kepada MP-MP yang (ada) dalam BN.
Tak terlintas dalam fikiran, (bahawa) 16 September itu, pembohongan Anwar ?
Tak. (Sebab) Dia guna nama Agong. Dia guna nama Panglima Angkatan Tentera. Kalau adaproblem, army (tentera) dah backing(sokong). So, macam mana you tak percaya. Akhirnya, (selepas 16 September) baru tahu semua.
Tapi masa tu, hebat cara dia. Dia, luar biasa kan. Pandai.
(Anwar kata Yang DiPertuan) Agong dah setuju. Panglima Angkatan Tentera kalau adaproblem akan backup. Kami pun percayalah.
Sebab dia (Anwar) kata, dia nak table surat-surat akuan tu.
Oleh sebab itu, dia desak Perdana Menteri pada masa tu, Abdullah Badawi suruh buat persidangan Parlimen, dia nak bentang.
Persidangan Khas ?
Persidangan Khas untuk bentang itu, yang buat keputusan bawa (semua Ahli Parlimen yang bakal melompat) pergi kepada Agong. Tapi mana ada.
Dia tulis surat kat Abdullah Badawi tapi tak tunjuk surat akuan. Fotostat pun tak bagi.
Apa jadi pada tarikh 16 September ?
Tak ada apa. Semua senyap. Kami pada masa tu pun diarah tunggu keliling, jangan lebih daripada beberapa kilometer. Jangan pergi mana-mana, duduk sini. Kot ada persidangan Parlimen, terus datang Parlimen.
Tapi, tunggu-tunggu, telefon apa tak ada mai.
Lepas 16 September baru nilai (pembohongan Anwar) ?
Lepas (tarikh) tu, kita mula keraguan. Bila kita tanya dia…(dia kata) tak apa..tak apa..masih dalam perancangan, kita akan ambil alih. Sampai hari ini tak ada apa.
Saya keluar parti, (saya) ingat Februari 2009, beberapa bulan selepas itu. Memang saya dah ragu betul-betul.
Boleh saya simpulkan dua kejadian besar iaitu kes 16 September dan Saiful betul-betul mengugat keraguan Datuk?
Kes Saiful, kes 16 September dan penghinaan terhadap saya selepas saya tegur Lim Guan Eng di mana saya dirujuk ke Lembaga Dispilin.
Itu yang saya kata, keraguan mengatasi keyakinan. Hilang kepercayaan terus.

AIDC

Tiada ulasan: