Sabtu, 18 Jun 2011

SARANAN KEPADA PERKASA DAN PEMUDA UMNO UNTUK HADAPI BERSIH!!




Oleh: Tarmizi Md. Jam

Nampaknya Pengerusi Bersih, Ambiga, peguam yang mempertahankan murtad dan memperjuangkan pluralisme agama nekad untuk meneruskan perhimpunan Bersih yang amat kotor pada 9 Julai ini. Begitu juga dengan Mat Sabu, Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia, berikrar untuk meneruskan demonstrasi ‘aman’ dengan mengganggu kehidupan harian warga kota dan mengsabotaj ekonomi negara.

Jika dulu PAS menentang Ambiga atas nama Allah, kini atas nama siapa pula PAS menjadi lembu kepada Ambiga? Dan kenapakah PAS dan Bersih perlu berdemonstrasi menuntut pilihanraya yang bersih? Mungkinkah pembangkang menang di 4 negeri sebelum ini kerana pilihanraya begitu kotor? Apakah pembangkang telah menyogok SPR dan memanipulasi undi sehingga mampu memenangi negeri-negeri yang kaya dan terus mengekalkan negeri termiskin di tangan mereka selama 2 dekad?

Sebenarnya, semua orang sedia maklum bahawa pilihanraya yang bersih bukanlah matlamat Bersih.

Matlamat Bersih tidak lain tidak bukan ialah mencetuskan huru-hara.

Pembangkang tahu yang mereka sudah terperangkap dalam isu peribadi Anwar yang tidak menampakkan penyelesaian. Di samping itu, mereka juga gugup dengan kemenangan BN dalam pilihanraya-pilihanraya kecil akhir-akhir ini.

Walaupun mereka cuba memujuk diri bahawa sokongan orang muda masih cenderung kepada mereka, mereka tetap tidak berani berhadapan dengan demokrasi sebenar. Mereka enggan menerima hakikat yang bukan semua rakyat bodoh, percaya dan suka dengan cara mereka. Walaupun mulut mereka melaungkan demokrasi, mereka tahu, demokrasi belum tentu dapat memenangkan mereka, dan mereka perlu mencari jalan kotor untuk mengambil-alih negara melalui cara lain selain demokrasi.

Ini kerana, di dalam pakatan pembangkang, terutama PKR dan DAP, demokrasi sememangnya tidak pernah wujud dalam ertikata yang sebenar. Kedua-dua parti itu memperlihatkan kronisme dan nepotisme menjadi amalan ketat dan turun temurun. Pemerintahan mereka adalah pemerintahan kuku besi, kejam dan tiada kebebasan bersuara dan ini telah terbukti dengan jelas dalam pemilihan PKR sendiri dan juga melalui ‘kiblat’ DAP iaitu PAP di Singapura.

Dalam pemerintahan mereka, siapa yang membangkang akan diabaikan, disenyapkan atau ditendang begitu saja.

Perhimpunan Bersih dirancang atas kemarahan dan kebencian tanpa asas terhadap kerajaan. Api kemarahan dan kebencian adalah kerja syaitan. Dan adalah tidak bijak untuk menghadapi api dengan api, kerana kelak akan terbakar semuanya.

Kerana itu, kita harus menghadapi kebencian dengan kasih sayang iaitu melawan api dengan air.

Selamanya perjuangan UMNO adalah berdasarkan sayangkan bangsa. UMNO membantu kaum Melayu tanpa mengira parti. Walau ditohmah dan dibenci, penyokong-penyokong PAS tetap menerima segala keistimewaan dan bantuan sebagai Melayu di bawah pentadbiran UMNO. Itulah bukti bahawa perjuangan UMNO berasaskan kasih sayang.

Sebaliknya, perjuangan PAS adalah berdasarkan bencikan UMNO – benci sebenci-bencinya. PAS lebih bencikan UMNO dari Yahudi, lebih bencikan UMNO dari kafir harbi dan lebih bencikan UMNO dari syaitan. Dan perhimpunan Bersih ini adalah kemuncak PAS mendemonstrasikan kebencian mereka terhadap UMNO. PAS lupa bahawa benci sesama saudara seagama mahupun sesama manusia adalah kerja syaitan.

Oleh yang demikian, satu-satunya cara bagi kita menghadapi orang-orang PAS yang tenggelam di dalam hasutan syaitan ini ialah dengan berdoa agar dibukakan hati mereka setelah segala usaha kita mengembalikan mereka ke pangkal jalan melalui penerangan dan pujukan tidak berjaya.

Tidak ada cara yang lebih baik untuk berdoa selain dari mengadakan solat hajat besar-besaran bagi menentang perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini. Biarlah mereka mengaruk dan membuat kemusnahan di tengah bandar, kita hadapinya dengan iman dan takwa semoga Allah melindungi kita semua, termasuk saudara-saudara kita di dalam PAS yang membenci kita.

Justeru, disarankan agar Perkasa dan UMNO bergabung mengadakan solat hajat di mana-mana kawasan atau di beberapa kawasan serentak pada hari 9 Julai ini. Ini adalah lebih baik dari berkonfrontasi dengan manusia yang telah hilang pertimbangan menjadi pengikut syaitan Ambiga, iaitu alat DAP.

Kita tunggu dan lihat sama ada lebai-lebai, ustaz-ustazah, muslimin muslimat, ulama-ulama di dalam PAS akan memilih jalan Allah atau jalan syaitan untuk ‘menyelamatkan’ negara ini.

Malaysia Instinct

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KALAU PEMBANGKANG INGIN JUGA UNTUK MENGADAKAN PERHIMPUNAN BERSIH MAKA BIARKAN, KITA SAMA-SAMA TENGOK DAN PIHAK BERKUASA MESTI MENJALANKAN TINDAKAN YANG TEGAS.

APA YANG SAYA KESALKAN IALAH JIKA PIHAK YANG MENENTANG PERNIMPUNAN PUN NAK TURUN SAMA MAKA ITU ADALAH TIDAK WAJAR.

PEMUDA UMNO TIDAK SEHARUSNYA TURUT TERLIBAT DALAM PERHIMPUNAN TERSEBUT WALAUPUN TUJUANNYA ADALAH UNTUK MENENTANG PERHIMPUNAN BERSIH ITU SENDIRI.

HARAP PEMUDA UMNO FIKIR MASAK-MASAK TERLEBIH DAHULU SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK TURUT MENENTANG PERHIMPUNAN BERSIH ITU. KALAU KITA KATA SETIAP DEMONSTARI ITU MENDATANGKAN KESUKARAN, KEMUDARATAN, LALU LINTAS TERGANGGU DAN LAIN LAIN MASALAH MAKA KENAPA KITA HARUS JUGA TERLIBAT SAMA.

JIKA BERLAKU PERTEMBUNGAN SUDAH PASTI AKAN BERLAKU SESUATU YANG TIDAK DIINGINI.

MAKA SAYA BERHARAP PEMUDA UMNO MEMBUAT PENDIRIAN YANG SEWAJARNYA, JANGAN DIIKUT HATI YANG MARAH NANTI KITA YANG PARAH.

FIKIR-FIKIRKAN LAH SEBELUM BERTINDAK.

WARGA SEBELUM MERDEKA

Tanpa Nama berkata...

nak tahu x kenapa perkasa n pemuda umno pon nk berkonfrontasi jgk ms bersih nnt? sbb dorang tahu klu dorang xturun, himpunan sure akan aman punye. so kenelah turun utk buat kecoh sekaligus membuktikan bhwa akn terjadinya huru hara ms perhimpunan.

ce pkir elok2 sape yg start buat kecoh mase bersih 1.0 dlu?? klu water canon xdisembur, insyaAllah himpunn akn aman. spatotnye tugas polis mengawal keselamatan. bukannye menimbulkn huru hara n nk soh para demonstrator bertempiaran lari.

wlu apa2 pon, isu ambiga pertahankan murtad tu mmg saya xsokong. dan utk bersih ni, bukan kehadiran kami ke perhimpunn tsebut sbgi tanda menyokong ambida tu. sebaliknya hanya utk menyampaikan suara rakyat yg xdidengari atau sngaja buat2 pekak oleh kerajaan pusat n sprm.