Rabu, 6 Julai 2011

PANAS!! ANWAR BAWAK LARI DANA BERSIH??


Oleh: Fareed Dawood

Menjelang 9 Julai, iaitu Hari Keramat bagi Anwar Ibrahim dan Ambiga tetapi mungkin menjadi Hari Kiamat untuk rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan titah Yang DiPertuan Agong agar perhimpunan yang tidak membawa kebaikan itu dibatalkan sahaja. Dengan dua pihak iaitu Patriot dan Perkasa pantas akur dengan titah Tuanku, keadaan menjadi tenang sedikit. Tinggallah Ambiga yang masih berdolak-dalih dan memberi syarat pula untuk menjunjung titah membatalkan Bersih.

Ambiga memberi alasan untuk mohon mengadap YDP Agong sebelum membuat keputusan.

Namun, hakikatnya keputusan Ambiga bukan bergantung kepada YDP Agong dan bukan lagi atas dirinya sendiri. Keputusan Ambiga terletak pada tuannya, iaitu penyumbang terbesar kepada dana Bersih 2.0 ini.

Ambiga sendiri telah mengakui menerima dana yang besar dari berbagai pihak, terutama pihak asing untuk menjayakan Bersih. Melihat dari persediaan yang dilakukan untuk Bersih, dengan beribu-ribu T.Shirt, poster, risalah-risalah, kempen besar-besaran, pengurusan logistik, IT, jurugambar dan sebagainya dengan persiapan untuk tenaga pendemonstrasi lebih kurang 300,000 orang atau lebih, bayangkan sajalah berapakah kosnya. Lebih dari itu, Bersih juga menggerakkan demonstrasi yang sama di luar negara. Kos ini juga harus mengambil kira wang jaminan untuk yang tertangkap di peringkat awal.

Walaupun tidak semua peserta demo akan mendapat upah, memandangkan ramai puak-puak tolol PAS yang benar-benar ikhlas berdemo percuma kerana percaya konon mereka berjuang untuk kehidupan yang lebih baik, tetapi pastinya, ramai juga yang agak ‘cerdik’ dan perlu diupah bagi memastikan jumlah peserta yang mencukupi.

Dan pastinya juga, para pemimpin Bersih iaitu yang sebahagian besarnya terdiri dari pemimpin pembangkang, menerima imbuhan khas yang bukan sedikit untuk membolehkan mereka mengkhianati negara sendiri. Kemungkinan besar jumlah yang diterima mereka pula berbeza-beza di mana lebih tolol orangnya, seperti Mat Sabu dan Hadi Awang, lebih rendahlah nilai yang diterima mereka. Lebih ‘cerdik’, seperti Anwar, Ambiga dan DAP, lebih tinggilah imbuhannya. Itupun jika Ambiga atau Anwar tidak terlebih dahulu menyonglap sebahagian dana yang diterima.

Dengan pelaburan yang sebegini besar, sudah pasti pemberi dana tidak boleh menerima pembatalan Bersih begitu saja. Mereka tidak mungkin menerima apa-apa alasan pun kerana pastinya mereka telah diberi jaminan oleh Anwar Ibrahim yang demonstrasi tetap akan berlaku dan majoriti rakyat menyokong Bersih. Dan mereka juga, seperti kebanyakan penyokong Anwar dalam kes 16 September, mati-matian percayakan momokkan Anwar konon dia mendapat sokongan majoriti rakyat.

Nampaknya, kini giliran penyumbang dana pula dikencingkan oleh Anwar Ibrahim manakala Ambiga pula tersepit di tengah-tengah. Maka fikirlah sendiri, cerdik atau tidak cerdiknya peguam yang tidak tahu undang-undang ini.

Hari ini, terdapat sumber-sumber dalaman memberitahu bahawa Anwar telah membawa keluarganya lari keluar negara. Mungkin Anwar telah dapat membaca kesudahan yang tidak menyebelahinya dalam isu Bersih ini lalu telah terlebih dahulu menyelamatkan diri.

Apa yang kita tidak faham ialah, kenapa passport Anwar tidak dirampas sedangkan umum tahu dia ke sana ke mari mengkhianati negara sendiri di luar negara? Jika benar, Anwar telah pun cabut lari dan tidak kembali, apakah ini bermakna yang Anwar juga akan terus bebas di luar negara sepertimana Raja Petra? Justeru, di manakah keadilan bagi Saiful dan rakyat keseluruhannya yang diheret ke dalam politik gila sehingga berpecah belah selama bertahun-tahun gara-gara kegilaan seks Anwar? Di manakah keadilan bagi Tun Dr. Mahathir, Najib dan kerajaan yang difitnah Anwar tanpa henti siang dan malam?

Apapun, yang pastinya, jika benar dia telah pun cabut, Anwar tidak perlu berhadapan dengan rakyat, dengan polis atau dengan YDP Agong. Sebaliknya, Ambiga yang perlu berhadapan dengan semua masalah ini kini dan mungkin juga perlu menjawab kepada mereka-mereka yang berkenaan mengenai dana yang telah dibelanjakan.

Tidak mustahil, di hadapan Ketuanya, Anwar akan meletakkan kesalahan ke atas Ambiga jika Bersih 2.0 dibatalkan dan gagal mencapai matlamat menggulingkan kerajaan pada 9 Julai ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro,

Sedih tgk melayu dijadikan hamba kerakusan politik kafirun,diperbodoh-bodohkan dengan imbuhan yg berapa sen sgt,diperbodohkan dengan cerita fiksyen kafirun yang terang-terang tak masuk dek akal.

Andai kata terjadinya apa-apa pada Negara Malaysia ni disebabkan kebodohan bangsa Melayu yg sebuk sgt nak berdemo ni,aku takkan MAAFKAN DUNIA DAN AKHIRAT!!!

Andaikata Malaysia ni jadi macam negara-negara Arab,AKU TAKKAN MAAFKAN KORANG DUNIA DAN AKHIRAT!!,terutama korang yg berBANGSA MELAYU.

Ni lah dia yg Tun Mahathir selalu sebut...MELAYU MUDAH LUPA!Lupa yg dia Melayu,duduk di Tanah Melayu,Nama Melayu tapi perangai macam Yahudi!!

Aku benci MELAYU yg sokong BERSHIT!