Ahad, 24 Julai 2011
PANAS!! DARJAH KEBESARAN PADA PUAK PAKATAN RAKYAT!!
Kalaupun ada satu benda yang membuatkan penulis kagum dengan pemimpin Pakatan Rakyat ialah kebolehan untuk menipu dengan muka selamba, tak kira betapa jelas punlah bukti yang ditunjukkan.
Kita dah lihat ini dalam banyak kes, seperti video seks dengan pelacur China yang melibatkan Anwar Ibrahim dan yang terbaru kisah Mat Sabu mendakwa dirinya dilanggar land rover polis dalam satu kejadian pada 9hb Julai 2011.
Cakap pasal perhimpunan haram Bersih yang gagal itu, ada banyak betul penipuan yang dilakonkan pengikut termasuk membabitkan orang yang sudah meninggal dunia. Begitulah terdesak orang Pakatan Rakyat mahu mencalar imej kerajaan sehingga ke tahap yang disebutkan.
Dalam keadaan biasa, ini bukan kerja manusia tapi kerja binatang.
Balik pada Mat Sabu, ironinya, penafian Mat Sabu yang dia dilanggar Land Rover polis berlaku sebaik sahaja polis menunjukkan bukti bervideo yang Mat Sabu sebenarnya terjatuh sendiri akibat membuat pusingan U secara tiba-tiba dengan motosikal.
Takkanlah Mat Sabu tak boleh nak membezakan sebesar-besar kenderaan macam Land Rover dengan Waja? Lagipun motor yang dinaiki Mat Sabu buat pusingan U di belakang Land Rover, bukan di depan!!! Ayat yang digunakan ‘waktu itu banyak kekeliruan’, kepala hotak dia!!!
Nampak sangatlah Mat Sabu penipu dan pengikut Pakatan akan menyokong saja segala jenis penipuan yang dibuat Mat Sabu.
Kematian TBH pun begitu juga. Begitu banyak penipuan yang dilakukan dalam kes yang membabitkan kematian akibat bunuh diri ini. KIsah tragis dijadikan isu politik yang tidak ada kesudahan.
Tapi jangan yang berkaitan dengan pemimpin BN. Walaupun sipi-sipi atau tak kena langsung tapi masih boleh dijadikan isu oleh penganut Pakatan. Sebagai contoh, penipuan Datin Sri Rosmah Mansur membeli cincin berlian bernilah USD24 juta sebelum ditukar kepada RM 24juta itulah.
Apa bukti sangat yang ada tu? Hanya screen shot komputer yang boleh dibuat sesiapa tapi itulah yang mereka nak sangat rakyat percaya. Dan sebaik saja penipuan itu dipatahkan, semua balaci buat senyap seolah tiada apa yang berlaku. Betul-betul bangsat.
Permainan psikologi tidak bermoral oleh kepimpinan PAS, DAP dan PKR ini memang memualkan. Dalam dok bercakap tentang politik kotor (dalam kes video seks Anwar), pemimpin Pakatan sendiri bermain politik kotor sentiasa, bukan setakat cakap saja tapi boleh dibuktikan yang mana kotornya tu.
Isu pembunuhan model Altantunya yang semakin tidak masuk akal ini pun masih cuba dihidupkan oleh Pakatan Rakyat dengan membawa masuk peguam dari Peranchis yang kononnya terlibat dalam ‘skandal’ pembelian kapal selam Scorpene antara kerajaan Malaysia dengan DCNS dari Peranchis.
Walhal dimana yang berkaitan? Transaksi jual beli kapal selam dengan kematian seorang wanita? RPK yang menjadi dalang kepada fitnah inipun sudah mengeluarkan kenyataan bahawa ia adalah permainan politik Anwar Ibrahim untuk menghalang Datuk Seri Najib dari menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.
Semua ini tidak berasaskan fakta pun melainkan persepsi semata-mata, jauh lagilah 4 saksi dan sebagainya kan. Tapi memang menjadi minat pemimpin PAS DAP dan PKR untuk bermain dengan sentimen rakyat. Kalau nak lawan jasa, depa tidak ada sebesar kuman pun yang nak dibangga-banggakan sangat serta dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia. Lepas tu bila kalah pilihanraya, semua orang ditudingkan salah, walhal dia yang tak betul.
Penulis dah selidik, tiada universiti yang menawarkan Bachelor Degree dalam hal penipuan, soalan cepu emasnya dimana pemimpin Pakatan belajar membelit sehingga rupa dan masih kekal berkuasa kerananya.
MyKMU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan