Khamis, 7 Julai 2011
PANAS!! UMNO BAHAGIAN ALOR SETAR PULAK BERGOLAK!!
Ishh.. lepas satu, mai pulak satu masalah. UMNO kat Kedah ni tak pernah sunyi dengan masalah. Mc sebenarnya dah malas nak taip pasal masalah cerita dalaman UMNO Kedah ni. Tapi disebabkan Mc takmau biarkan masalah yang ada berlarutan, kadang-kadang kita kena tegur juga.
Takut nanti jadi macam cerita pasal UMNO Bahagian Kuala Kedah, hangpa cucuk sana, hangpa cucuk sini, last sekali Mc juga yang kena. Namun bila Mc tengok pemimpin muda berbakat macam Dato Latt Shariman tu, Mc rasa Kuala Kedah ada harapan besar untuk menang.
Ada hamba Allah hantar email kat Mc, cerita pasal UMNO Alor Setar, yang mengamalkan sistem cantas mencantas. Macam-macam jugalah cerita yang Mc dapat. Mc nak dedahkan tapi takut nanti jadi macam yang lepas.
Mulanya Mc ingat ini cuma cerita bawaan mulut atau kabar angin, tapi bila siasat, serupa ada kebenarannya.
Mc bukan nak dedah masalah sesiapa, atau nak cari masalah dengan sesiapa, cuma kita kalau buat kerja, biar ikhlas. Matlamat kita apa, tujuan kita apa. Amanah parti bagi kita, kita buat dengan sebaik mungkin.
Cerita cucuk mencucuk dan cantas mencantas ni sepatutnya dah lama selesai. Sekarang ni, sepatutnya semua bahagian UMNO di Kedah tengah sedia nak bertempur dengan Pas dan bukannya nak bertempur sesama sendiri.
Nak kata UMNO Kedah dah gerakkan kempen secara menyeluruh, khabarnya kempen agak perlahan. Memang ada bergerak, tapi serupa naik basikal, 10km sejam.
Contohi UMNO Selangor, kempen SSDE dan ceramah diseluruh Selangor, memberi impak yang besar. Malah sokongan rakyat Selangor pada UMNO sudah kembali pulih.
Kalau rasa nak jadi Kerajaan Kedah pada PRU ke 13 ni, Mc rasa UMNO Kedah patut 'bangkit' bergerak dengan lebih laju. Banyak sangat komplen kata UMNO Kedah ni lembab, mandom.
Tolonglah..ahli UMNO kat sana sendiri kata, bukan Mc kata..
McTheory:
tegur salah, tak tegur pun salah jugak!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
DAH BEBUIH NAJIB BAGI PERINGATAN BROO. KLU UMNO X BERUBAH MMG KOMUNIS AKAN UBAH LERR GAMAKNYEE..ADOIYAIIII
Takpe...Kedah negeri pas. UMNO jadi tukang sorak je kat DUN.
apa cerita nie, tulisan main layang sahaja...macam tak ada fakta
tulis biar penuh dengan fakta, kalau betul apa dikata pakat-pakat kita perbetul dan kalau apa dikata tak betul, pakat-pakat kiat perlingkup penulis emal yang sahaja buat cerita...untuk mengesahkan cerita kena check semua fakta supaya berlaku adil kepada semua,,,tak gitu mctheory
mat fakta
abu,
mc ada nama dan jawatan yang dipegang, cuma mc taknak dedahkan. ini cuma nasihat dari seorang blogger yang juga rakyat Kedah. Kalau perlu mc akan dedahkan segala bukti dan fakta, masa tu kalau malu, siapa yang malu. mc ka umno aloq staq?
yea dedahkan sahaja, berani kerana benar,,,daripada duk main cerita atas angin sampai timbul persepsi lain baik cerita aje...jangan jadi macam penulis gosip artsi dalam surat kahabr yang duk main cerita sahaja, tapi nama tak buh pun
..nanti orang kata cerita rekaan pulak,,,fakta tu kemukakan
Catat Ulasan