Selasa, 26 Julai 2011

PERGHH PANAS!! SEKSINYA PELAYAN KAT KEDAI NI!!


LOS ANGELES - Terdapat beberapa kafe kopi Vietnam di Santa Ana, selatan California yang menyediakan pelayan wanita seksi, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelayan wanita itu memakai pakaian singkat dan skirt mini semasa melakukan tugas di kafe tersebut di Orange County yang dikenali sebagai Little Saigon.

"Ini merupakan trend baru dan kita tidak boleh memaksa orang daripada meniru idea yang baik," kata seorang pengurus Cafe Lu, Natalie Nguyen yang berumur 36 tahun.

Seorang pengurus Café Di Vang II di Garden Grove, Dan Nguyen berkata, kafenya turut menawarkan minuman kopi yang kuat pada harga rendah.

Walaupun dibubuh gula dan susu, kopi itu amat pekat sehingga tiada pelanggan yang dapat minum lebih daripada dua gelas.

Seorang pelayan seksi di Cafe Lu, Annie Pham berkata, ramai rakan setugasnya menyembunyikan kerjaya mereka itu daripada pengetahuan keluarga masing-masing kerana budaya Vietnam terlalu konservatif.

Namun kebanyakan pelanggan berasa selesa apabila berada di kafe seperti itu.

"Saya mengenali ramai pelayan wanita itu. Saya berasa selesa berada di sini," kata seorang pelanggan di sebuah kafe seksi itu, Nguyen Than.




Nak tengok lagi? klik SINI

Kalau Mc mau tersedak minum kat kedai ni.. he he he.. patut la ramai pelanggan, rupanya macam ni strategi depa woo..

McTheory:
Sambil makan, boleh cuci mata ye..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itulah strategy bisnis ada VALUE ADDED...tapi jangan puak PAS tahu penuh dengan diaorang pulak...Best ooooh..