Jumaat, 15 Julai 2011

TERKEHEL!! POLIS MALAYSIA TAK CUKUP GANAS!!

aksi menyembah Ambabiga!!

Oleh: Tarmizi Md. Jam

Pembangkang a.k.a NGO haram Bersih, memainkan isu kematian penyokong mereka dalam perhimpunan haram 9 Julai lalu dengan mengatakan kematian tersebut adalah akibat dari polis yang bertindak ganas. Dilaporkan simati terkena air berasid dan gas pemedih mata menyebabkan dia sesak nafas dan meninggal dunia.

Blog-blog pembangkang melaporkan bahawa arwah dikatakan patah tulang rusuk kerana dibelasah polis. Gambar beliau jatuh dan kemudian terlentang mati dengan baju kuning disebarkan bagi dijadikan bukti yang polis telah ‘membunuh’ peserta demonstrasi.

Namun, ternyata Allah S.W.T tidak bersama dengan manusia yang sanggup mempermainkan soal nyawa orang lain, apatah lagi penyokong sendiri. Penipuan pembangkang telah terdedah dengan seluas-luasnya kini.

Yang mati adalah Baharuddin Ahmad, 58, seorang pemandu teksi tetapi gambar yang disebarkan ialah gambar Suhardi yang masih hidup, mempunyai dua orang isteri, seorang di Bangi dan seorang lagi di Salak Tinggi. Suhardi dikenali penduduk setempat sebagai Ustaz Selongsot kerana sikapnya yang suka membuat onar.


Allahyarham Baharuddin didapati meninggal kerana komplikasi jantung dan tidak sedikitpun dicalarkan oleh polis. Arwah juga langsung tidak terkena gas pemedih mata.

Suhardi dilaporkan mengakui telah diarah berlakon mati oleh pemimpinnya dan gambarnya diambil bagi dijadikan bukti keganasan polis. Gambar sebelum dan selepas mati yang jelas dirakam tanpa halangan sekali gus membuktikan yang ianya telah dirancang.

Soalnya, kenapa pembangkang sanggup mempermainkan nyawa penyokong mereka sendiri? Mereka mendedahkan penyokong mereka kepada bahaya dengan menolak tawaran Stadium Melawati yang lebih besar dan jauh dari kesesakan kota. Mereka membawa penyokong mereka ke jalanraya, dan dengan sengaja menyuruh penyokong mencabar dan mempermainkan polis agar polis bertindak terhadap mereka. Terdapat juga bukti kukuh di mana mereka terlebih dahulu ‘menyerang’ polis atas arahan pemimpin mereka. Dan apabila penyokong mereka meninggal dunia, mereka memanipulasi pula kisah nyawa yang telah melayang itu.

Jelas pembangkang tertekan kerana Bersih 2.0 tidak mencapai matlamatnya untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai Dataran Tahrir. Mereka menjangkakan penyertaan beratus ribu sehingga keadaan tidak terkawal dan polis terpaksa bertindak tegas atau lebih baik jika tentera terpaksa masuk campur. Mereka mengharapkan media asing dapat melaporkan tragedi berdarah itu secara besar-besaran untuk memberi alasan kukuh supaya kuasa besar masuk campur dan memberi kata dua agar kerajaan berundur mengikut ‘kehendak rakyat’.

Namun, itu tidak berlaku, dan kematian pula hanya satu. Cerita paling ganas yang boleh mereka laporkan ialah tembakan gas ke arah perusuh yang berlindung di Hospital Tung Shin. Itupun disangkal oleh pentadbiran hospital tersebut. Lagipun, kenapa perlu berlindung di hospital, kenapa sejak dari mula tidak menurut arahan polis agar bersurai dan pulang bersantai di rumah? Salah siapa jika dengan sengaja melanggar undang-undang?

Lebih dari itu, tiada siapa yang patah riuk, tiada siapa yang buta atau hancur kepala lutut terkena belantan atau sepak terajang polis. Kalau ada pun yang cedera hanyalah kerana terjatuh atau tertolak dalam kesesakan perusuh dan polis. Ini termasuklah Anwar sendiri yang cedera dalam keadaan dikelilingi penyokong dan bukannya ketika dikepung polis.

Semakin meroyan pembangkang apabila media pro-kerajaan termasuk media alternatif juga giat mengambil gambar, menjadi saksi kepada semua kejadian. Ini menyebabkan percubaan pembangkang untuk memanipulasi kebenaran serba tidak menjadi. Satu persatu penipuan mereka didedah, disebar dan diketawakan.

Bersih 2.0 telah gagal seratus peratus dan tindakan terdesak untuk memutarbelit kematian penyokong sendiri adalah bukti utama kegagalan tersebut. Bukti sampingannya pula ialah pembalut leher Anwar dan kerusi roda Mat Sabu.

Media asing yang masih ingin memainkan berita ‘polis Malaysia ganas’ dan ‘kerajaan Malaysia kejam’ seharusnya berfikir dua kali. Jangan nanti, tidak fasal-fasal, Mat Salleh yang dianggap bangsa paling maju dan bijak kini jatuh setaraf dengan lebai tolol dan penuntut bingai yang berdemo bersama Ambiga.

Malaysia Instinct

Tiada ulasan: