Rabu, 3 Ogos 2011

'ANAK' TERUS MENABUR FITNAH


Di khabarkan, ANAK yang di ketuai oleh Mazlan Aliman telah bergerak dengan memberi borang tanah kepada generasi muda Felda. Di dalam borang tersebut, generasi muda di janjikan tanah sekiranya pembangkang menang pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti. FITNAH-FITNAH juga di tabur semasa borang ini di sebarkan.

Inilah usaha-usaha jahat ANAK yang sangat tidak bertanggungjawab. Mereka yang di dalangi oleh pembangkang, akan cuba sedaya-upaya untuk menghancurkan Felda. Mereka tidak sedar, dengan perbuatan mereka ini akan menghancurkan Felda itu sendiri.

Tahukah bahawa Felda tidak membuat apa-apa keuntungan dari tanah-tanah peneroka? Malah Felda pula yang membantu peneroka. Sebahagian besar dari saham tanah-tanah yang diuruskan oleh Felda Holdings ini di miliki oleh peneroka melalui Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Bayangkan sekiranya tanah-tanah ini di beri kepada orang lain? Maka pada masa itu, Felda akan mati dengan sendirinya. Fikirkanlah...

AKU ANTI FITNAH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"ANAK" patut tukar nama ke "ANAKPR"!!! dia bukan mewakili Felda tapi ALAT parti pembangkang untuk merosakkan hubungan FELDA&KERAJAAN.