Ahad, 25 September 2011

AIIYOO! KARPAL PENING, NIK AZIZ MAIN DRAMA


1 Malaysia dah tau perangai karpal singh & nik aziz ni,apa saja isu berkaitan dengan Hudud,Negara Islam yang dicakapkan oleh nik aziz,karpal singh orang pertama akan bersuara,lalu nik aziz dengan muka tebal 44incinya mula tukar gear R dan mempersalahkan media yang sengaja memputarbelitkan kenyataan yang dibuatnya,walhal dah sah sah benda tu keluar dari mulut nik aziz sendiri..

Bila menjelang saja PRU nik aziz akan guna drama 20tahun dahulu iaitu HUDUD sebagai modal bagi menarik balik undi orang melayu yang nampaknya makin menjauhi pas sejak akhir akhir ini,lantas nik aziz sanggup mencabar sekutunya Dap keluar dari pakatan jika tak mahu menyokong pas melaksanakan HUDUD di Kelantan.Punaisehat PKR juga telah menyatakan sokongan tak berbelah bagi kepada nik aziz bagi melaksanakan hudud di kelantan.kerana dia sudah tau yang sokongan rakyat khususnya orang melayu makin hilang dan bagi menyelamatkan dirinya..

Karpal singh mula bersuara yang penubuhan negara Islam tidak ada dalam perlembagaan pakatan justeru mereka hanya mahu menubuhkan negara kebajikan


baca petikan dibawah


Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata, beliau terkejut dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyatakan DAP boleh memilih untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya membantah rancangan Pas menubuhkan sebuah negara Islam.
"Ia adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz memberi ruang kepada Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.


"Saya berpendapat isu berhubung negara Islam telah pun diketepikan dengan resolusi yang diterima pakai pada muktamar Pas yang diadakan tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.


Karpal menyebut resolusi Pas bahawa parti itu tidak akan meneruskan matlamatnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Malaysia sebaliknya berusaha ke arah penubuhan negara kebajikan.


"Adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz dalam tempoh yang singkat telah lupa berhubung resolusi itu,” katanya.
Pemimpin Pakatan Rakyat tidak bersetuju hasrat kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum Hudud dan hasrat parti itu menubuhkan negara Islam. - Bernama

jadi selama ini adakah PR bermain drama dengan pengundi atau penyokong mereka? bila PRU saja masing masing baru nak tunjuk kepala bawa isu itu bawa isu ini yang bertentangan dengan prinsip.Sanggup tikam kawan sebab nak undi..

Yang merana & menanggung akibat ialah rakyat..sudah la pakatan rakyat,korang bawa lah haluan sendiri jangan memperbodohkan rakyat lagi..rakyat dah jelik dengan permainan kamu semua..


pmk
pas tikam dap,dap tikam pas..last2 anwar gak sedap dapat main..

Tiada ulasan: