Jumaat, 30 September 2011

ISU GEREJA!! TUANKU SULTAN SELANGOR AKAN BERTITAH DALAM MASA TERDEKAT




Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijadual memberi titah berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama bulan lepas, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata, Sultan Selangor menyatakan perkenan memberikan titah mengenai nasihat dan pandangan terhadap isu itu dalam “dua tiga hari lagi" ketika beliau mengadap Baginda pagi tadi.
"Kerajaan negeri Selangor akan akur dengan segala nasihat dan jalan penyelesaian yang akan dikemukan oleh Baginda selaku Ketua Agama negeri,” katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di sini.

"Tuanku bersetuju untuk memberikan titah yang awal supaya tidak payah terlalu ramai orang berbincang mengenai perkara ini,” katanya. - Bernama


PMK
SAMA SAMA KITA NANTIKAN

Tiada ulasan: