Khamis, 29 September 2011

PANAS!! Dap mewujudkan kembali semangat Komunis di Malaysia!!



Kenyataan terbaru Lim Kit Siang bahawa DAP mahu bertanding di kawasan Melayu jelas menunjukkan bahawa DAP kini tanpa berselindung memperlihatkan apa yg selama ini tersirat di benak mereka iaitu mahu menguasai Malaysia.

Lebih-lebih lagi apabila segelintir pihak meramalkan bahawa PRU 13 akan berlangsung tidak lama lagi. Percayalah DAP akan menggerakkan kempen mereka secara agresif. Nafsu untuk menjajah Malaysia dan menjadikan Malaysia ini 'chinese country' semakin membuak-buak.

Sebenarnya, DAP tidak mampu menguasai Malaysia tanpa mendapat sokongan org Melayu. Dan yang pasti mereka juga amat memahami fakta ini. Jadi apakah strategi mereka? Selain memperkudakan Melayu PAS dan PKR, mereka kini mengatur langkah lebih progresif iaitu dengan meletakkan calon Melayu pada PRU 13 nanti sebagai ayam tambatan mereka.

Tapi percayalah Melayu tersebut hanyalah boneka untuk merealisasikan nafsu komunis mereka. Mereka bukannya mahu bertuankan Melayu tapi semata-mata mahu mengkhayalkan fikiran org Melayu agar menyokong mereka.


Bagi GAD, DAP adalah lebih berbahaya dari Parti Komunis Malaya (PKM). Taktik DAP amat halus dan licik. Tidak mudah untuk menghadapi strategi DAP ini tanpa jati diri yg kukuh dan kebijaksanaan dalam berpolitik. Jika PKM, semua mengetahui yg mereka menggunakan taktik kekerasan untuk merampas negara ini. Dan tidak sukar untuk kerajaan menanganinya. Hantarkan saja askar-askar untuk menghapuskan mereka.

Tapi bagaimana untuk menumbangkan DAP ini? Bolehkah kerajaan menghantar askar untuk mengalahkan mereka. Sudah pastilah tidak. Ini kerana DAP adalah komunis dalam bentuk yg baru iaitu satu organisasi politik yg berjuang mengikut perlembagaan. Cara untuk menumpaskan mereka mestilah juga melalui perlembagaan iaitu pilihanraya.

Sudah berapa ramai umat Melayu Islam yg telah tertipu dan terpesona dengan pelbagai helah yg disajikan oleh penganut komunis itu. Dan setiap kali itulah maruah Melayu Islam diinjak-injak dan dipermainkan sewenang-wenangnya oleh parti rasis itu. Dengan memakai songkok dan lengkap berbaju Melayu semasa berkempen di kawasan Melayu, menggunakan ayat al-Quran dan hadis sebagai modal politik serta berceramah ala ulama agung di dalam masjid adalah strategi licik yg mampu mengkhayalkan umat Melayu.

Sikap org Melayu yg mudah tertarik dengan individu bukan Melayu/Islam yg mesra ajaran Islam @ budaya Melayu turut menyumbang kepada 'kehebatan' DAP ini. Percayalah DAP tidaklah sekuat mana. Sebenarnya sikap umat Melayu Islam lah yg menyebabkan DAP merasakan yg mereka mampu menakluk Malaysia ini.

Jadi apakah penyelesaian kepada masalah ini? Untuk menumbangkan ideologi DAP ini, selain perpaduan umat Melayu Islam yg sering diperkatakan, cara lain ialah dengan memiliki pengamatan politik yg tajam dan dapat membaca dengan baik segala strategi politik parti komunis ini. Jangan bersangka baik sangat dengan segala tindak-tanduk DAP.

Mereka bukannya ikhlas mahu membela nasib Melayu dan bumiputera. DAP hanya mahu memusnahkan pemerintahan Melayu Islam/peribumi di negara ini dan menggantikannya dengan kerajaan Cina. Peganglah satu perkara - DAP @ org Cina sama sekali tidak akan senang duduk selagi mereka tidak dapat menguasai Malaysia. Mereka kini sedang giat berusaha ke arah itu. Persoalannya apakah satu hari nanti mereka mampu menduduki tampuk pemerintahan negara? Hanya masa yang mampu menjawabnya.

Apakah peranan kita sebagai umat Melayu Islam? Senang saja dan tidak memerlukan bayaran satu sen pun. Apabila PRU 13 tiba nanti, anda undi @ pilih saja BN. Hanya BN yg mampu menjaga kestabilan negara dan memastikan Malaysia terus aman. Mungkin ada yg akan mengatakan bahawa BN pun bnyk melakukan kesalahan. Ya, BN diterajui oleh manusia yg tidak lari dari kesilapan. Tapi tidak semua yg melakukan penyelewengan. Hanya segelintir saja yg melakukannya.

Sekurang-kurangnya BN tidak membuatkan satu-satu kaum @ penganut agama di negara ini berasa terancam di bawah pemerintahannya. BN juga tidak mengamalkan politik rasis seperti DAP yg sering memperlekehkan org Melayu dan Islam. BN juga tidak seperti DAP yg sanggup memecahbelahkan perpaduan sesama rakyat Malaysia demi meraih undi. Dan yg penting BN bukan komunis seperti DAP!

Gerakan Anti Dap

McTheory:
Klik untuk Group FB Sokong Haramkan Dap!! SINI

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baru tahu kah? Jadi apa rakyat wajib buat untuk membenteras fahaman komunis?