Khamis, 1 September 2011

SOKONG KOMUNIS!! Pas Hari Ini, Kesan Tarbiah Dap Berjaya!!



Mc pun pelik dengan kenyataan pemimpin-pemimpin Pas pada hari ini. Masing-masing mempertikaikan hari kemerdekaan negara. Mula-mula mempertikaikan UMNO sebagai pejuang kemerdekaan. Kemudian kata pulak UMNO menolak pejuang kemerdekaan yang dulu-dulu seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir dan Ahmad Boestamam.

Mana ada, mereka tetap dicatat dalam sejarah sebagai diantara pejuang yang berjuang untuk kemerdekaan. Cuma cara mereka dan jalan mereka lain. Cara Tunku Abdul Rahman lebih kepada 'diplomasi' ianya berkesan dan dengan kebijaksanaan Tunku juga yang menyebabkan semua rakyat Malaysia bersatu dibawah satu bendera 'Perikatan' (Kapal Layar).

Pas harus akui, bahawa UMNO parti yang telah memerdekakan negara kita. UMNO telah membawa panji-panji sebagai ketua dalam perikatan memenangi hampir semua kerusi Parlimen yang dipertandingkan 51 daripada 52 kerusi hingga membuatkan British terkedu dengan Tunku Abdul Rahman yang berjaya mengabungkan semua kaum utama dibawah satu bendera.

Apa yang Pas dengki sangat?

Mc akui, mula-mula Parti Komunis Malaya, PKM atau lebih dikenali sebagai komunis, memang bersemangat nak memerdekakan Malaya dari tangan British. Tetapi selepas mereka mengetahui bahawa kerajaan Persekutuan yang di ketuai oleh Tunku telah mewujudkan Malaysia dan British pula telah pulang ke ke tanah air mereka.

Pihak komunis dengan segala upaya memberontak dan membuat kacau, dengan niat agar dapat menumbangkan kerajaan baru Malaya dan menjadi penjajah baru. Namun, hasrat mereka dapat dipatahkan dan pasukan keselamatan kita, dan berjuang dengan segala upaya untuk menghapuskan askar komunis sehinggalah komunis pernah digelar sebagai, musuh nombor satu negara pada satu ketika.

Pelbagai onar dan kezaliman yang ditinggalkan oleh askar komunis kepada rakyat Malaysia khususnya kepada pasukan keselamatan. Menyebabkan rakyat Malaysia tidak akan lupa pada kezaliman komunis pada satu ketika dahulu.

Orang macam komunis ni yang kita perlu panggil pejuang kemerdekaan?

Agaknya puak Pas ni gila ka apa?

Apakah selama Pas bersahabat dengan Dap ni, akibat terlalu mengikut, menyebabkan Dap telah 'mentarbiah' Pas, sehingga Pas 'mengkomuniskan diri' dan menistiharkan menyokong komunis sebagai pejuang kemerdekaan?

Jika ini benar, sememangnya Dap telah berjaya memanipulasikan otak Pas untuk menjadi cenderung kepada komunis.

Tahniah Dap!! Anda memang hebat!!

McTheory:
Dap hebat, atau Pas yang bodoh?

5 ulasan:

C L J berkata...

RUPANYA DAP YANG BERJAYA MENTARBIAH PAS. MANA PERGI KATA KATA PAS NAK TARBIAH DAP ????

Surat Untuk Pemimpin berkata...

MOHON LINK BLOG KAMI

tamingsari berkata...

Pemimpin Pas mana ada inisiatif sendiri. Bila Dap berusaha membawa balik chin peng kembali ke Malaysia pas cepat2 turut sama. Bila pkr bawa isu 16 September pas cepat pecaya dan angan2 nak jadi menteri itu dan ini. Bila ambiga hindu bawak isu bersih pas cepat2 terjun sampai mat sabu hampir terbunuh.

Inisiatif gerenti tarak punya. Pas unpama penumpang je. Inisiatif belit dan fitnah je.

Tanpa Nama berkata...

Pelik...komunis dianggap pejuang kemerdekaan.Nak tanya orang2 PAS..Kemerdekaan Malaysia tahun berapa?...komunis serah senjata tahun berapa?
Selepas bertahun-tahun malaya merdeka dan penjajah keluar dari malaysia ni puak2 komunis masih lagi mengangkat senjata...nak memerdekan malaysia dari sapa pulak?

Tanpa Nama berkata...

Sah dah sejak cawangan DAP berjaya di wujudkan dlm parti pas itu sendiri iaitu dewan perhimpunan penyokong pas yg dianggotai oleh rata ratanya ahli DAP maka access DAP kpd pas telah menjadi sgt terang dan hala tuju pas sedang dipengaruhi oleh DAP dlm senyap....dewan himouan penyokong pas atau cawangan DAP dlm pas ini sedikit demi sedikit mengorak langkah dlm menentukan hala tuju pas dan kini khabarnya mereka sedang mula mendesak agar dewan ini diberikan hak mengundi dlm muktamar pas.....pak syeikh dlm saf kepimpinan pas yg sekolah tak berapa tinggi ni sgt teruja melihat sokongan bukan islam tetapi lupa muslihat sebenar dewan perhimpunan ini yg sebenarnya kebanyakan mereka adalah ahli DAP....lihatlah kesannya pada pas hari ini....dasar pas sedikt sebanyak berjaya diubah mengikut telunjuk DAP....lama kelamaan PAS bukan shj dilembu dan di untakan DAP malah mereka juga akan menetukan siapa yg patut memimpin parti PAS spt mana mereka mahukan mat sabu jadi Timbalan presiden spt dlm muktamar yg lepas......apa org kita tidak sedar??.