Jumaat, 2 September 2011
TUDIAA!! Kebimbangan Ayahanda Tun Dr Mahathir Berasas..
PUTRAJAYA Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan sesetengah pihak yang semakin serius cuba memburukkan-burukkan imej pemimpin yang berjuang untuk kemerdekaan negara.
Kata Dr. Mahathir, selain kontroversi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang menghina pejuang lampau, beliau juga pernah dimaklumkan terdapat pelajar sekolah yang diajar bahawa tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Datuk Onn Jaafar adalah pengkhianat negara.
‘‘Saya khuatir kerana kecenderungan ini sudah semakin rancak malah ada yang sehingga ke tahap mendewa-dewakan komunis sedangkan gerila itu telah membunuh ramai anggota keselamatan yang berjuang untuk negara,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.
Dr. Mahathir menambah, selain tidak menjangkakan kecenderungan menghina pejuang kemerdekaan negara itu boleh wujud di negara ini, beliau juga terkejut dan terkilan kerana Pas dilihat memulakan kecenderungan itu.
Ketika ditanya apakah yang perlu dilakukan dalam menangani kecenderungan itu, Dr. Mahathir menjelaskan, kerajaan wajar memberikan penerangan yang jelas kepada rakyat mengenai siapakah sebenarnya kumpulan gerila komunis.
‘‘Perjuangan mereka adalah untuk menjajah negara ini dan menjadikan negara ini negara komunis. Itu bukan perjuangan kemerdekaan seperti Tun Abdul Razak, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain,” katanya. - Utusan
Kebimbangan Ayahanda Tun Dr Mahathir berasas..ada orang mahu mengubah sejarah..
Pemimpin Pas yang lain turut mempertahankan kenyataan Mat Sabu. Mereka mengatakan tindakan komunis menyerang balai polis Bukit Kepong adalah satu tindakan menyerang penjajah. Komunis menyerang pada tahun 1950. Mungkin benar..kenyataan itu.
Namun..
Mungkin mereka lupa dengan keganasan dan kezaliman pasukan komunis pada masa tersebut. Bukan sahaja balai polis, malah perkampungan juga telah diserang dan dimusnahkan. Apakah perkampungan penduduk juga dikatakan 'penjajah'? Bagaimana pula dengan kes penculikan, rompak dan rogol terhadap rakyat biasa, yang dibuat oleh pihak komunis? Apakah itu salah satu penentang kepada penjajah British? Apa kaitan merogol anak bangsa dengan penjajah British?
Selepas Jepun menyerah kalah. British menguasai semula Malaya. Namun komunis enggan meletak senjata dan terus melipatgandakan usaha dengan memberontak dan memporak-perandakan keadaan. Sedangkan, waktu tersebut, kita sudah didalam proses untuk merdeka. Pihak komunis, bukan mahukan kemerdekaan, tetapi mereka mahu menjajah Malaya dan menjadikan Malaya sebagai negara Komunis!! Itu yang perlu kita fahami niat mereka.
British pula melepaskan negara ini dengan bersyarat (satukan semua kaum). Namun British menjangkakan Malaya takkan aman lebih daripada 10 tahun. Kerana kita berbilang kaum dan mereka menjangkakan, komunis akan menjadi masalah sebenar kepada kerajaan Malaya pada waktu tersebut.
Namun dengan kebijaksanaan pemimpin dan kecekapan pasukan keselamatan kita, akhirnya kita berjaya menyelesaikan kedua-dua masalah terbesar itu, dan menafikan British untuk kembali lagi ke negara ini.
Bacalah buku sejarah. Buat kajian sendiri..kemudian selidik betul-betul.. fahami lah..
McTheory:
Kerajaan Singapork sudah mengubah sejarah, dengan mengatakan penduduk asal Singapork ialah bukan Melayu.. Apakah kita mahu sejarah kita pun begitu?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
erm.. melayu mudah lupa kan..
politik..=.=
Catat Ulasan