Khamis, 20 Oktober 2011

KASI PANAS!! Benarkah Negara bakal Bankrup kerana hutang?



Pembangkang memang terpukul dengan pembentangan bajet 2012 oleh Perdana Menteri. Dengan sebegitu banyak faedah yang diberi kepada rakyat, mereka hampir tidak punya modal untuk membalas balik dari segi perincian. Yang mampu dilakukan ialah cuba menghasut rakyat dengan mengatakan bajet itu bajet pilihanraya dan kerajaan tidak mampu melaksanakannya.

Dan Perdana Menteri sendiri dah jelaskan, membentangkan bajet yang tidak mampu untuk dilaksanakan hanya akan ‘membunuh’ diri’, yang mana disebut dalam konteks politiik.
Tapi itu tidak cukup untuk menghentikan dakyah dan fitnah pembangkang dan sekali lagi Laporan Bank Negara Malaysia 2011 digunakan sebagai taktik terbaru untuk menghasut rakyat menolak bajet yang telah dibentangkan. Pembangkang cuba memberikan bayangan seolahnya hutang negara sama macam hutang individu.

Sedangkan ia adalah 2 perkara berbeza, USA dilapurkan berhutang sebanyak USD14 trillon dan adakah kita lihat mereka jatuh bangkrap?

Taktik bercakap separuh betul (peringkat awal) dan tidak bercakap benar kemudiannya semakin popular di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat. Ingat kita Anwar saja yang guna taktik sedemikian, rupanya ada ramai lagi, tidak terkecuali Ahli Parlimen Seputeh, Teressa Kok.


Jawapan penuh kementerian kewangan di Parlimen berhubung dengan soalannya mengenai jumlah hutang negara, hanya dipetik yang mana penting pada pembangkang saja oleh Teresa Kok, fakta selebihnya tidak dipedulikan dia tau sebab yang penting padanya ialah tajuk, dan tajuk juga yang suka dibaca oleh penyokong pembangkang.

Maklumlah, zaman SMS dan Twitter sekarang, siapa yang suka baca panjang-panjang pun ye tak?
Fakta yang hilang (the missing link) itu ialah 96% atau RM 421 billion adalah daripada sumber tempatan manakala selebihnya (RM 16 billion atau 3%) adalah hutang luar negara. Sumber dalam negara ini macam biasalah, duit EPF dan lain-lain lagi, yang mana itu bukan suatu yang baru, dah lama dah, masa Anwar dalam kerajaan dulu pun perkara ini dah dilakukan.

Dari laporan diatas jelas menunjukkan yang hutang luar negara kita yang rendah. RM 16 billion tu dalam konteks sebuah kerajaan memanglah rendah, kalau individu atau syarikat, mau berbelas kalau tak berpuluh keturunan pun masih tak selesai hutang lagi.

Kebanyakkan negara, prestasi kewangannya diukur berdasarkan jumlah hutang luar, bukan hutang domestik dengan lebih tinggi hutang luar bermaksud lebih teruk prestasi kewangan sesebuah negara tersebut. Fakta itu sengaja tidak diperbesarkan Teresa kerana kalau diperbesarkan ia hanya akan menunjuk kehebatan kerajaan memerintah dalam menguruskan kewangan negara.

Jangan kita lupa, dalam soal berhutang, yang paling penting ialah kemampuan untuk membayar balik. Setakat yang kita ketahui sekarang, adakah duit EPF kita atau mana-mana sumber dinyatakan tidak terkurang walaupun sesen.

Soal hutang ni pun bukan semuanya yang negatif. Sebelum itu, jangan campur aduk hutang bank dengan hutang along dan hutang-hutang yang lainnya. Kalau rakyat dengan 5 ke 6 orang anak perlu berhutang untuk memiliki rumah dan sebagainya, apa yang kita jangka bila bercakap tentang hutang dari sudut sebuah kerajaan seperti Malaysia.

Hutang semua ini untuk apa? Untuk membangunkan negara dan memakmurkan rakyat, apa yang lebih penting dari itu?

Dengan minyaknya, buku teks budak sekolah, subsidi tol dan macam-macam lagi, memang lah nak kena pakai duit banyak. Penulis nak cakap ada banyaklah subsidi di Malaysia, yang mana penerimanya tidak kira melayu atau cina atau india. Semua ini memerlukan wang untuk membiayainya.

Tapi yang penting untuk semua orang ingat, hutang kerajaan tak sama macam hutang individu. Masalahnya bukan sebab behutang tapi macam mana kita menguruskannya.

Kupasan penuh hutang negara, boleh rujuk disini

MyKMU

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau anda berhutang dng adik atau abg atau bapa anda..perlukah anda membayar hutang itu? ya benar..yg namanya hutang luar atau dalam nilai yg anda harus bayar adalah sama.. dan untk pengetahuan umumhutang semasa negara adalah 437.2 billion..jika faedah 5% sethn beerti 21.86 bilion setahun..bayangkan kalau defisit berterusan dan hutang terus meningkat..adakah ini fakta atau hati tuan pengarang??