Jumaat, 7 Oktober 2011
PANAS!! Benarkah Anwar Masih lagi Sakit Tulang Belakang?
Anuar Shaari, salah seorang pegawai yang mengiringi Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Umum PKR itu menjalani rawatan sakit tulang belakang di Munich bertanya, jika sekarang diwar-warkan sakit tulang belakang Anwar masih belum sembuh, kenapa dahulunya, selepas menjalani pembedahan di Munich diwar-warkan sudah sembuh.
“Kita dapat tengok sms-sms daripada keluarga, sahabat handai, petugas-petugas Datuk Seri Anwar pada ketika itu menwar-warkan pembedahan itu telah berjaya.
“Kalau tengok selepas 2004 sehinggalah tahun 2008 sebelum timbulnya cerita Saiful diliwat, Datuk Seri Anwar telah pusing hampir tiga suku dunia untuk menjalankan aktiviti-aktivitinya.
“Beliau kononnya telah bertugas di University Georgetown sebagai Pensyarah Jemputan, telah bertugas dengan Amir Qatar sebagai Penasihat Ekonomi, memenuhi undangan-undangan ceramah yang tidak sedikit dan tenaga perlu dikorbankan terutamanya apabila melibatkan penerbangan-penerbangan jarak jauh.
“Semua ini melibatkan kesihatan. Maknanya, pembedahan itu berjaya lah”, katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur semalam.
AIDC :Perbicaraan Datuk Seri Anwar, sudah sampai ke penghujung dan akan dipanggil saksi dari Munich iaitu Dr Thomas Hoogland. Saudara melihat bagaimana ?
Anuar : Pertama sekali, saya tidak nampak apa keperluannya Dr. Thomas Hoogland ini dipanggil sebagai saksi sebab beliau bukan alibi.
Saya fikir, ini adalah taktik Anwar untuk membuktikan dari segi perubatan, beliau tidak sihat untuk melakukan aktiviti seks.
Ini taktik Anwar untuk mengatakan bahawa, beliau memang tidak ada kemampuan dan sakit belakang.
Anwar dirawat di Munich tahun 2004 ?
Tahun 2004, beliau bersusah-payah, bersungguh-sungguh untuk pergi ke Munich untuk menjalani rawatan tulang belakang.
Sedangkan pada waktu yang sama, pada tahun yang sama kerajaan telah menawarkan segala kelengkapan dan perubatan yang terbaik untuk merawat, kononnya sakit tulang belakang Datuk Seri Anwar di Malaysia.
Menteri Kesihatan ketika itu adalah Datuk Chua Jui Meng, yang sekarang ini telah menyertai PKR. Boleh tanya kepada Datuk Chua Jui Meng, kelengkapan yang kerajaan tawarkan.
Malahan ketika itu, Datuk Chua Jui Meng sendiri telah mengkritik Anwar, kenapa perlu beliau mendapatkan rawatan di luar negara sedangkan rawatan yang ditawarkan dalam negara itu mampu untuk menyembuhkan sakit belakang beliau.
Datuk Chua Jui Meng sendiri yang menawarkan rawatan perubatan kepada Anwar ?
Saya fikir, atas kepentingan politik, Chua Jui Meng akan cakap lain lah nanti. Itu semua atas kepentingan politik dan tujuan utama Anwar adalah untuk menunjukkan dia tidak mampu untuk meliwat Saiful.
Alasan yang dicari tadi, mungkin beliau tidak berkemampuan untuk melakukan penetrasi terhadap Saiful.
Saudara ada di Munich semasa Anwar dirawat di Munich ?
Saya ketika itu berada di sana bersama tiga hingga lima orang. Keputusannya amat memberangsangkan sekali. Kita dapat tengok sms-sms daripada keluarga, sahabat handai, petugas-petugas Datuk Seri Anwar pada ketika itu menwar-warkan pembedahan itu telah berjaya.
Kalau tengok selepas 2004 sehinggalah tahun 2008 sebelum timbulnya cerita Saiful diliwat, Datuk Seri Anwar telah pusing hampir tiga suku dunia untuk menjalankan aktiviti-aktivitinya.
Beliau kononnya telah bertugas di University Georgetown sebagai Pensyarah Jemputan, telah bertugas dengan Amir Qatar sebagai Penasihat Ekonomi, memenuhi undangan-undangan ceramah yang tidak sedikit dan tenaga perlu dikorbankan terutamanya apabila melibatkan penerbangan-penerbangan jarak jauh. Semua ini melibatkan kesihatan. Maknanya, pembedahan itu berjaya lah.
Tapi kenapa sekarang mahu dibawa kembali Dr. Thomas Hoogland untuk membuktikan bahawa pembedahan itu tidak berjaya.
Saya fikir, ini ada satu kecelaruan. Semata-mata untuk menutup aktiviti Anwar. Anwar sekarang ini berada dalam keadaan amat terdesak untuk menggunakan apa juga alasan, apa juga orang yang beliau ada untuk menafikan penetrasi telah berlaku terhadap Saiful.
Setelah dibebaskan dari penjara, Anwar terus ke Munich. Katanya sakit tulang belakang ini tidak timbul lagi kerana telah mendapat rawatan di Munich ?
Masa itu, pembedahan telah berjaya. kalau kita tengok selepas itu, beliau tidak memakai bengkung dalam tempoh itu, beliau boleh berjalan secara normal, boleh menaiki tangga secara normal.
Cuma dalam keadaan-keadaan tertentu, beliau akan mengenakan bengkung dan apabila menaiki tangga, menurun tangga, minta dipimpin. Maknanya, keadaan itu boleh diubah suai mengikut keperluan.
Kalau beliau mengatakan beliau tidak lagi sembuh seratus peratus, itulah alasan yang akan digunakan. Tapi secara keseluruhannya, sms menyatakan dari keluarga, sahabat-handai dan juga petugas-petugas di Munich, pembedahan telah berjaya.
Pembedahan yang Anwar alami di Munich adakah sangat kritikal hingga menerima pelawat dari keluarga terdekat sahaja ?
Selepas sahaja dibedah, Anwar menerima hampir puluhan pelawat sehari. Beliau juga boleh melakukann interview dengan CNN selepas beberapa hari dibedah.
Dan kalau difikir secara logik, kalau pembedahan itu kritikal, ia tentu mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Perlukan rehat yang secukupnya, perlukan rawatan jangkitan kuman dan sebagainya.
Tetapi, keadaannya tidak berlaku. Keadaan di sana, memang Anwar menerima tetamu setiap hari. Ini tidak menggambarkan pembedahan itu adalah satu pembedahan yang kritikal.
Bermakna, isu sakit belakang ini digembar-gemburkan. Tetapi pembedahan itu bukanlah seperti yang digambarkan ?
Ya, saya fikir dalam keadaan ini, Dr. Halili Rahmat, bekas Bendahari PKR boleh mengesahkan. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Beliau adalah seorang doktor yang bertauliah.
Beliau turut serta dalam penerbangan awal Datuk Seri Anwar ke Munich dan di Bangkok. Dan beliau diberitakan ada sama dalam bilik pembedahan ketika pembedahan dijalankan. Orang yang paling layak untuk berbicara perkara ini adalah Dr. Halili.
Dr Halili sendiri pun sudah keluar PKR dan tidak percaya kepada Anwar ?
Ya. Saya fikir ini antara puncanya lah. Beliau melihat sendiri, beliau mempunyai kepakaran yang ada dan beliau tahu sejauh mana seriusnya penyakit Anwar ini.
Beliau tahu apa yang cuba digambarkan Anwar ketika itu untuk menarik simpati masyarakat dunia terhadap beliau. Atas sebab ini dan mungkin atas satu sebab lagi, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR.
Saya difahamkan, Anwar memakai bengkung atau sakit belakang ini kerana cuba menggambarkan kerana ditumbuk semasa ditahan di lokap tahun 1998. Tetapi, apabila dilihat interview dengan Dr. Halili, Anwar pakai bengkung ini semenjak tahun 1994 lagi kerana faktor terjatuh dari kuda. Ada kontradiksi di sini ?
Saya fikir, rekod perubatan ini kita tak boleh nafikan. Memang Anwar jatuh kuda pada tahun 1990-an dan di situ penyakitnya bermula.
Alasan Anwar, beliau ditumbuk ketika di dalam lokap, hanyalah sebagai pencetus untuk menyemarakkan lagi kemarahan orang ramai yang kononnya beliau dizalimi.
Saya tak nafikan, sentuhan fizikal itu berlaku. Tetapi, Anwar ini adalah seorang spinner. Beliau boleh menyemarakkan lagi api kemarahan rakyat dengan menyatakan beliau telah dizalimi. Sedangkan penyakit itu adalah penyakit lama.
Dan tidak mustahil juga, beliau sendiri yang berkehendakkan keadaan itu berlaku, melalui provokasi, mungkin juga kita pun tidak tahu.
Apa agaknya tujuan Dr. Thomas Hoogland dipanggil jadi saksi ?
Saya tidak tahu apa tujuan mereka sebenarnya. Tetapi, pada pandangan saya, masyarakat harus mempersoalkan, mengapa Dr. Thomas Hoogland dipanggil ?
Adakah untuk membuktikan bahawa Anwar mengalami penyakit yang tidak membolehkan beliau melakukan hubungan seks ?
Perkara ini haruslah dibuktikan secara saintifik. Dan kita tahu, apabila penyakit tidak boleh melakukan hubungan seks ini, bukan sahaja faktornya sakit pinggang, banyak lagi faktor lain. Dan ini perlulah dibuktikan secara saintifik.
Kalau itu hujah yang Anwar ingin mainkan, sebenarnya beliau perlu memperincikan perkara ini dengan lebih mendalam. Dan saya tidak fikir, alasan ini akan membuktikan bahawa memang Anwar tidak mampu untuk meliwat Saiful.
Saksi terbaru Anwar iaitu Najwan Hilmi yang berkata ketika diwawancara media Barat tidak mungkin Anwar meliwat kerana Anwar adalah warga emas iaitu berumur 60-an dengan pemuda berumur 20-an. Saiful boleh menolak bila-bila masa, katanya. Saudara melihat bagaimana ?
Kita tidak tahulah apa yang berlaku sebenarnya. Tetapi, secara saintifiknya, ini pernah dibuktikan, warga emas..ramai telah dibuktikan. Warga emas melakukan hubungan seks malah secara paksa, merogol pun.
Bukan mustahil ?
Banyak berlaku dan tidak mustahil. Jika Anwar nak memulakan alasan ini, satunya, analisa perubatan dan bukti-bukti saintifik perlu digunakan.
Tapi benda ini tidak pelik, orang berumur 80 tahun pun masih mampu untuk melakukan hubungan seks. Dan perkara ini pernah dibuktikan.
Banyak lagi faktor yang harus diambil kira. Keinginan dan seks seseorang, keupayaannya. Dan kalau kita tengok, fizikalnya, Anwar ini seorang yang aktif. Beliau aktif bersukan, aktif untuk menjaga kesihatan dirinya. Jika faktor ini juga perlu diambil kira.
Anwar AIDC
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Biasa dah tu. Kalau nak melepaskan diri otak DSAI ni mmg bijak. Kalau terpaksa beliau akan panggil pakar2 perubatan lain yang kamceng ngan dia untuk membuktikan beliau mati pucuk. Kes ni dah lama dah kenapa baru sekarang dia nak cerita dia ni tak mampu nak sondol belakang sebab sakit tulang belakang? Kenapa tak dari awal lagi dia bukak cerita dia tak mampu melakukan benda ni? Sudah la orang dah meluat dah dengan temberang kau ni DSAI
Meluat dah dengar Alasan ko ni DSAI. Lepas ni ko nak bagi tau dah MAti pucuk lak la. Kes Liwat sakit tulang belakang. Kalau yang ko kesana kemari buat ceramah dan melanggan Pelacur tu tak sakit pulak tulang belakang ko kelakar betul la.
Catat Ulasan