Ahad, 9 Oktober 2011

TUDIAA!! Pelajar Sekarang Kena Belajar Erti Bersyukur!!



Geleng kepala bila Mc baca Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Muhammad Safwan Anang memberi komennya mengenai bajet 2012.

Ini jenis manusia yang tak tahu bersyukur!

Nama kata Presiden Persatuan Mahasiswa Islam, tapi perangai dan caranya tak serupa orang yang pandai tentang Islam.

Kerajaan dah anugerah baucer rm200 untuk pembelian buku. Itu sepatutnya dah membantu. Pinjaman atau biasiswa dapat, baucer dapat. Apa lagi yang tak cukup?

Dia fikir, dia seorang agaknya yang pernah belajar? Dah nama pun pelajar, bukan saja belajar untuk lulus diploma atau ijazah, kena belajar juga untuk menguruskan hidup.

Kalau rasa nak pegang duit lebih, buat la kerja luar. Banyak kerja tambahan yang boleh dicari untuk ringankan beban. Siapa suruh cari kerja haram, sedangkan yang halalnya berlambak-lambak lagi dok ada.


Masalah dengan pelajar sekarang ni ialah, bila dapat duit biasiswa atau pinjaman, ramai yang menghabiskan dengan memberi benda2 yang tiada kaitan dengan belajar. Contohnya handphone mahal, canggih, baju2 mahal, menghabiskan duit dengan melepak dan buat perkara yang tak sepatutnya dibuat. Bila duit dah habis mulalah gelisah, cari kerja sampai tak dapat tumpukan pada pelajaran.

Pelajar kena belajar uruskan diri. Bukannya main belanja sesuka hati.

Bersyukur apa yang ada. Semua kemudahan sudah disediakan, pelajar hanya belajar dan bukannya habiskan duit dengan enjoy dan beli barang yang tidak sepatutnya.

Masalah berkaitan dengan kewangan memang selalu ada dan akan tetap ada. Duit tak akan pernah cukup selagi kita tak belajar erti bersyukur!

McTheory:
Apakah Islam tak mengajar kita erti kesyukuran?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Budak2 berpolitik masa kat U pdhal mak bapak soh pi belajar dpt result elok then kuar dpt keje bagus, bukan jd keldai..spesis plg aku benci!!

Benci wannabe politician