Ahad, 23 Oktober 2011

TUDIAA!! PRU ke 13 ni UMNO Kedah Bungkuih lagi??

Ada satu kumpulan yang mengelarkan diri mereka Istiqlal Center. Mereka ni sebuah badan bebas yang terdiri dari sukarelawan IPT selesai menyiapkan sebuah kajiselidik berhubung 'Sikap Politik Terkini Rakyat Kedah' berhubungan dengan pasca Bajet 2012 di seluruh negeri Kedah. Kumpulan yang menamakan diri mereka Istiqlal Center itu telah menemui 1440 rakyat Kedah secara rambang tetapi masih mengikut peratusan kaum yang terdapat dalam satu-satu kawasan DUN.


Antara beberapa penemuan agak menarik dalam kajiselidik tersebut ialah:

1) PAS 'kalah' di 3 kerusi DUN iaitu Jeneri, Bukit Lada dan Ayer Hitam, di samping mengekalkan kesemua yang dimenangi pada PRU 12.

2) BN 'kalah' di 4 kerusi DUN iaitu Derga, Gurun, Guar Chempedak dan Bakar Bata, di samping mengekalkan semua kerusi yang dimenangi PRU 12.

3) Sekali imbas faktor 'luar bandar dan bandar' dan 'komposisi kaum' menjadi faktor yang ada hubungkait. Misalnya BN amat sukar memenangi kawasan di mana majoriti bukan Melayu melebihi 20%. Bakar Bata misalnya mempunyai bukan Melayu 30%, meletakkan Datuk Bashah dalam keadaan sukar kalau masih mahu bertahan di situ.

4) Umumnya sokongan rakyat terhadap PAS/PR dalam konteks memerintah Kedah adalah seperti berikut:


Maklumat yang Mc dapat di atas Mc ambil dari blog Pas Kedah. Mc bukan nak suruh kita yang baca ni percaya, tapi Mc nak bagitau, depa kat sana dah mula psywar terhadap orang UMNO/BN.

Apa mereka harap dengan kabar dan berita macam ni, boleh membuatkan UMNO/BN Kedah lemah dan menyerah? Jangan pulak ada yang betui2 menyerah.

Benda ni biasa la, ni di namakan reseach syok sendiri. Sendiri kaji, sendiri selidik, sendiri puji, sendiri tulis. Kemudian sendiri senyum sorang2, silap2 gila lagu tu la.

Nak bagitau ni, Mc ada buat reseach pasal kumpulan IPT yang sukarela tu, jawapannya, nama kumpulan Istiqlal Center tu, dalam Malaysia ni tak wujud pun. Paling dekat cuma ada kat Jakarta. Takkan depa import tukang reseach dari Jakarta kot?

Kalau kumpulan pun tak wujud, macam mana dengan reseach ni? Boleh pakai ka?

Tak payah Mc bagi jawapan la, sendiri fikir.

McTheory:
memang puak Pas ni kaki pembelit.

5 ulasan:

Ayam Piru berkata...

Istiqlal! qlal!qlal! bunyi macam ayam piru berkokok pun.

Mana mai pulak kumpulan ni.

Kaji selidik 1440 orang shj cara rambang.

Sex rambang di Pulau Pinang dan Selangor lagi banyak daripada tu.

Oii! kawan 1440 orang boleh wakili seluruh rakyat negeri Kedah ka ?
Agak, agakla kalau nak buat, buatlah betul-betul.

Macam tak cukup bajet saja.

Kalau tak cukup bajet minta kat Najib kut-kut dia boleh bagi.

Barulah nampak pro.

Tanpa Nama berkata...

Beginilah puak-puak PAS sudah terpengaruh dengan kelakuan Anwar si Penipu itu. Lihat Anwar, kononnya pada 16 September 2008, dia akan jadi Perdana Menteri kerana sudah ada lebih dari 31 orang ahli parlimen Barisan Nasional akan menyeberang menyertai PKR, tapi sampai hari ini tak ada seorang pun ahli parlimen Barisan Nasional menyeberang menyertai PKR yang dari PKR menjadi ahli bebas banyak pula 10, 5 parlimen dan 5 DUN, ini adalah mainan politik Pakatan Rakyat, PAS pun bukannya tidak biasa dengan pembohongan, dalam Harakah@Haramjadah, penuh dengan pembohongan, dan pembohongan yang saya ingat hingga ke hari ini adalah satu artikel pada tahun 1997 yang kononnya Menara Kuala Lumpur telah hampir roboh dan orang ramai dihasut oleh Harakah supaya jangan pergi dan melancong ke Menara Kuala Lumpur, tapi takdir Allah Taala hendak menunjukkan kebenaran kepada puak-puak penipu dalam Harakah@Haramjadah dan juga pemimpin PAS penipu supaya insaf, hingga kini Menara Kuala Lumpur masih teguh berdiri kerana bangunan itu diperiksa secara berkala supaya sebarang masalah boleh diketahui segera dan tindakan pemulihan diambil, inilah konsep ikhtiar dalam Islam, pihak kerajaan sedar akan kelemahan manusia tidak akan sesekali dapat menandingi kesempurnaan Allah yang Maha Besar. Renung-renungkanlah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



Encik Mohamad.

Tanpa Nama berkata...

Kepada blogger Dari Kedah Ke KL, nasihat saya sebagai orang kebanyakkan yang selalu berurusan dengan masyarakat kampung dan orang-orang biasa, sebenarnya kebanyakkan rakyat Malaysia tidak ada masalah dengan Kerajaan Barisan Nasional, malahan sokongan padu diberikan oleh rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional kerana kepercayaan rakyat terhadap kesungguhan dan daya usaha Kerajaan Barisan Nasional untuk membangunkan negara dan rakyat. Tetapi selepas era Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, keyakinan rakyat mulai luntur kerana kegagalan pihak kerajaan untuk mengekang kenaikkan harga barang-barang yang begitu keterlaluan, begitu juga dengan pembangunan di luar bandar, pembangunan patutnya dibuat dengan bersungguh-sungguh, banyak projek yang jadi gajah putih, kerana rosak di sana sini disebabkan pemilihan kontraktor yang tidak cekap dan ini mungkin berlaku perbuatan rasuah di peringkat pelaksanaan, selain itu, keselamatan negara ketika ini terancam, bukan dari segi jenayah saja, tapi dari segi kelakuan segelintir pihak terutama di pihak yang kononnya pejuang kebebasan dan hak asasi manusia yang sebenarnya tali barut Pakatan Rakyat berbuat itu dan ini hingga mencetuskan kegelisahan di kalangan kaum dan agama telah menyebabkan rakyat menjadi geram. Begitu juga dengan sikap jabatan-jabatan kerajaan dan juga agensi kerajaan yang sengaja melambatkan kerja kerana mahukan 'duit kopi' untuk melakukan kerja dengan lebih lagu, ini boleh mengundang rasa tidak senang orang ramai kepada Kerajaan Barisan Nasional. Pihak Kerajaan Barisan Nasional selaku Kerajaan Malaysia perlu meletakkan agen-agen perisik di setiap jabatan dan agensi terutama melibatkan permohonan dan penguatkuasaan untuk memantau gejala yang tidak sihat ini. Ini kerana saya mendengar rungutan dari pihak-pihak orang kampung sendiri yang berasa terkilan kerana permohonan yang bertahun-tahun tak selesai-selesai sedangkan ada permohonan yang boleh diselesaikan dengan mudah. Perkara ini bukanlah suatu perkara main-main, ini melibatkan imej kerajaan, walaupun sehingga kini saya berurusan di kaunter jabatan kerajaan, saya tidak pernah berjumpa dengan kes sedemikian, tapi saya tak ada melibatkan permohonan atau penguatkuasaan, tetapi melibatkan bayaran bil saja. Oleh itu perkara ini perlu diketengahkan untuk membetulkan keadaan, tidak guna kerajaan membuat berbagai dasar untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat tetapi di peringkat perlaksaan arahan kerajaan dibakul sampahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Renung-renungkanlah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



Encik Mohamad.

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dgn pandangan En. Mohamad.....utk banci ni, takkan 1440 je responden nye....rasanya Pas guna pembanci hantu utk banci ni...he3x

McTheory berkata...

Mc terima komen en Mohamad dengan hati yang terbuka.. sama juga macam apa yang Mc rasa.