Khamis, 15 Disember 2011

PANAS!! BUKTI NYATA KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH HUTANG BERJUTA-JUTA!!

Dalam artikel yang lepas, Mc pernah mempersoalkan tentang hutang berjuta Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Namun selepas Mc difahamkan rakan blogger Sungguh Ka pernah membuat pendedahan ini. Mc pun dengan sukacitanya mendedahkan apa yang patut rakyat Kedah hatta Malaysia baca mengenai hal ini.


Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPT/JPS/DFT/US/K03. Kampus sedia ada terletak di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Permasalahan bergelodak antara BDB dan Kedah Sato berkenaan : KUALA KETIL, 1 November 2010 (Isnin): Kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) di Kampung Pantai Chicar, Kuala Ketil dalam daerah Baling dalam pembinaan.


·         Difahamkan projek  pembinaan kampus KUIN adalah sekitar RM180,000,000.00.
·         BDB (Bina Darulaman Berhad – GLC milik Kerajaan Negeri Kedah) membuat loan dari BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) sebanyak RM340,000,000.00. Di sini Kerajaan Negeri Kedah sebagai guarantor loan ke atas cagaran tanah kampus KUIN seluas 1,500 ekar milik BDB.


Perkara
RM
Bayaran balik loan setiap tahun selama 15 tahun.
40,000,000.00
Perbelanjaan penyelenggaraan dan pengurusan.
22,000,000.00
Jumlah perbelanjaan setiap tahun sehingga projek siap yang perlu disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah
62,000,000.00


Nilai defisit budget Kerajaan Negeri Kedah berakhir tahun 2010 adalah sekitar RM20,000,000.00.

Persoalannya, di manakah Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan PAS nak korek RM62,000,000.00 ini bagi menyiapkan KUIN…..?

Dengan defisit RM20,000,000.00 ditambah pula kos penyelenggaraan KUIN RM62,000,000.00, Kerajaan Negeri Kedah terpaksa menanggung hutang ini saja sebanyak RM82,000,000.00.
Kalau macam ni la gayanya, boleh BANKRUPTSAH BANKRUPT…….

Renung-renungkanlah…….

Patut la jawapan dari Ustat Jijan lebih kurang bunyinya “pinjam dulu pikiaq kemudian……. Esok nu sapa jadi MB pulak pikiaq la macam mana nak bayaq…….pakat-pakat pikaiq”.

Adakah mungkin terlalu asyik tengok RM ni, kebajikan rakyat serta pembangunan Negeri Kedah terlalai. Bukit mana, denai mana, paya mana, sungai mana, lurah mana, hutan mana pulak perlu dirobek bagi menyelesaikan masalah-masalah lain. Janganlah pula rumah terbakar kampung tergadai…….

Fikir-fikirkanlah…….

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tu alasan con sultan dari BINAFIKIR lah Bina kemudia fikir macam mana nak bayar(bala la tu)

Tanpa Nama berkata...

Bodoh sungguh kerajaan PAS Kedah. Depa pandai korek lubang luas-luas konon depa pejuang Islam ..poodahhh.,,lepas tu suruh orang pikiak macam mana nak kambus lubang. La ni sebelum kita kambus lubang MAI KITA RAMAI-RAMAI KAMBUS DEPA DULU DALAM PRU 13 NI buang masuk dlm lubang tu .baru lubang tak luas sangat. Padan muka depa amboih!!!!!

Tanpa Nama berkata...

itulah pandai sgt mb mat jan. tak lepas nak byar balik loan gadai teloq haaaang la. kami rakyat x mau pikiaq langsung pasai hutang2 yg hg buat. yg kami tau undi yg kami bg kat pas keparat msa 2008 akan berpatah balik ke BN. kami dah x pecaya pd PAS bangsat. HIDUP UMNO...HIDUP BN!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Tu hutang untuk buat pembangunan, tapi hutang yg belum dibayar untuk pembekal semasa pun dah nilai berjuta-juta. Rektor yang diambil pun putaq alam shah..dah putaq duit pembekal banyak dah..semua tak berbayar..tempoh kredit sampai 6 bulan dan ada yg dah cecah setahun lebih. Macam nie ka kerajaan Islam...Islam tak ajar untuk kita hutang sampai macamnie...Jadi bagi pembekal-pembekal baru yang rasa nak supply barang ke Insaniah..hati-hatilah...jgn sampai bankrap dengan janji-janji manis nak segerakan bayaran kepada pembekal. Pirahhh....urus duit pun lingkup...tambah nak urus negeri...pirahhhhh

Tanpa Nama berkata...

senang saja nk tuduh org mcm2,org nei tk betol,org sana tk betol.kalu dah kerajaan pas kedah tk boleh bayar tak kan bank boleh luluskan pinjaman.sama mcm mana kau nk buat loan,check income bulan2 lepas ke tidak.62bilion tu bkn bayar dalam masa satu tahun,pinjaman rumah ko pn max 30thn.apalah!kerajaan pas ka,kerajaan umno kaa yg buat benda baik kita sokong laa,utk anak bangsa kita jugak.bknnya dia buat disko.Tolong buka hati dan minda anda...terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

pas pelingkop negeri..depa x dak duit student jadi mangsa dengan kenaikan yuran...

Putra berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.