memo menunjukkan perkhidmatan bas dihentikan.. |
Satu demontrasi suara rakyat! menunjukkan ketidak puasan hati terhadap kerajaan negeri yang tidak mahu campur tangan dalam menangani isu bas tempatan di Sungai Petani.
Sedangkan kerajaan negeri di beritahu lebih awal tentang pengumuman ini. Langsung tiada tindakan dari Exco Jawatankuasa perumahan dan kerajaan tempatan si Phahrolrazi.
Sepatutnya kerajaan negeri melalui exco kerajaan tempatan boleh menyelesaikan perkara ini dengan mengeluarkan tender mencari pengusaha bas yang lain. Bukan hanya dengan tengok saja.
Kalau depa kata ini kerja kementerian, mai sini Mc nak habaq. Kerja kerajaan negeri bukan hanya tebang balak dan korek pasiaq. Bantu rakyat susah pun kerja hangpa juga. Lani penduduk Sungai Petani takdak infrastruktur pengangkutan bas. Sampai nak ada yang nak pi kerja pun susah.
Takkan takdak cara lain yang boleh selesaikan perkara ini? Awat tunggu sampai rakyat dah memberontak baru ambil tindakan? Akai takdak ka?
Pada yang nak tunjukkan perasaan tidak puas hati tu, mai pakat ramai-ramai kita berkumpul di stesan bas Sungai Petani pada pukul 10.00 pagi ni. 10 disember 2011.
Lagi ramai datang, lagi besar suara kita.
McTheory:
Bagitau kerajaan negeri, jangan dok lena..
2 ulasan:
Depa nak heran apa, masing-masing naik kereta Mercedes. Rakyat punya problem, biaq pi kat depa. Nama pun KEDAH SEJAHTERA. Sejahtera kat depa saja.
Kalau madrasah pun depa sanggup roboh, apalagi pasai bas.
KALAU TAKAT TUNJUK PERASAAN SAJA SIKIT PUN DEPA TAK HERAN,KAN DEPA PUN PERNAH TIDOK ATAS JALAN DI KUALA KANGSA.
Catat Ulasan